Hati- hati ye korang. Lantai licin ni..
Sesiapa yang pakai Streamyx, ataupun Unifi. Pernah tak korang mengalami gangguan internet, disebabkan kabel problem? Mesti pernah kan?
Kabel problem ok lagi sebenarnya. Masalah aku, cable satu kawasan perumahan aku ni kena curi. Adoii. Peristiwa hampeh ni berlaku sebelum raya.
Hm, aku rasa la, pencuri tu mungkin takde duit nak balik raya kat kampung. Pasal tu cable TM kawasan rumah aku jadi mangsa. *Sigh..!!
Pencuri cable pon nak duit raya gak..
Dengan internet yang dah takde, menjadikan aku lebih tak semangat nak update blog. (Yess, ada gak alasan nak kasi kat korang. Padahal memang dah lama aku tak update blog, sebelum cable kena curi lagi). Hehe..
Cable kena curi, pihak TM tak boleh buat apa-apa dah. Terserah kat tuan rumah nak settlekan sendiri macam mana. Biasanya, masalah ni akan dilanjutkan pada bahagian maintenance perumahan (pemaju).
Ops, nanti sat. Pemaju perumahan kawasan rumah aku dah hilang. Lari entah ke mana. So, macam mana???
No fear my dear. Dalam kes ni, aku sambung sendiri je. Beli cable telefon kat kedai, semeter seringgit. Dan dengan menggunakan sedikit skill wiring, Abrakadabra.. Pooff, Streamyx aku pun kembali beroperasi. Yezza..!!!
Disebabkan aku happy, berjaya sambung sendiri cable TM aku. Jadi, entri ni pun tercipta. Hehe.. Sekian, Terima kasih. Dan tahniah sebab berjaya baca entri ni sampai habis. =p
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55..!!!
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
assalamualaikum...mcm mana sambung cable yg kena curi tu? p naik tiang telefon ke? kenapa berani sgt? wah! dtg rumah za jt..plisss...since balik dr u, smpai skrg tm tak sambung lagi cable tu.... :(
ookaaay tahniah! berani ye
Waalaikumussalam cik Zaza. sbrnya bukan sampai kat luar tu, sampai kena panjat bagai. cable yg kena curi tu dlm bangunan je zaza..adala dalam 10 meter cable yg kena ganti balik tu. lagipun, kabel telefon lain dgn kabel elektrik. jadi, tak bahaya pun.. =)
Tahniah JT !! pandainyeeee anak mak.. terharu :')
ni setia menanti entry baru encik JT :)
akhirnya JT dah kembali.. baru semalam dah sosek2 dgn CL and Reynn pasal jt.. ahaha. mohon ampun ya :p
@Ara Nadea
wahh, yeke cik Nadea. terharunya saye. hehe.. Terima kasih ye Nadea. :)
@Siti Safiyyah
wow..tak baek gosip2 tau. kalo ada apa2, tanya terus je kat tuan punya badan. kalo soalan tak melibatkan hati dan perasaan, insyaAllah akan dijawab dgn cemerlang. ngehh..
@Yuu Hidayu
anak mak mmg pandai..kalo yg tak pandai tu anak maknyah. Zzzz..
haha..itu jer..kemain la semangat giler ain klik tajuk post :">
Saya dah lama 0-0 dengan awak la :')
@Ain Dzaya
Haha..bagus la cik Ain. semangat itu yg kita mahu. hehe..
tolong pasang umah budu juga..pinjam line umah jt hohoho
@Mrs.BuduBilis
boleh je puan Budu..tapi sewa la line tu ye. sebulan RM999 hinggit. offer terbaek..!! =p
Lama sangat dah tak singgah sini.Pekabo?
@Scarlett O'Hara
Kabo baek Mrs O'Hara. hehe..anda pula bagaimana. ada baik? :D
tu bukan offer baik...tu cari nahas...ala kasi la pleee... T_T (melutut)
budu tag jt join segmen http://dindamaisarra.blogspot.com/2012/08/segmen-jiakreatifelt-blog-aku-cantik-tak.html
@Mrs.BuduBilis
hehe..orait boss..nanti saye deal ngn encik husband puan budu ye.. :D
Tahniah juga kepada En Jejaka terhangat kerana berjaya menyelesaikan masalah internet tu..hehe
Eh ni dah kemas blog ke belum?? banyak sawang lagi ni...
(sambil tunjuk2 kat semua arah)
@Pejuang Kesenian Extreme
Owh, sawang2 tu biarkan je dulu..skrg ni tgh mop lantai je lagi. awas, lantai masih basah dan licin ni. ahaks..
selamat kembali en jejaka.. :D..
nak buat mcmn pencuri tu nk cr duit tuk raya.. hehehe
@LadyBird
hehe, tu la..sabo je la kan? sob sobb....
alhamdulillah...selamat kembali..lama gak tunggu nie update blog...:)
JT kembali ! yeah, pc pon kembali ! hahaha
kabel kena curi orang ya....
Lawat sini sejenak bang....
Salam sahabat
MikeGayver yer !!!
@khusainikusi
wah, tunggu ke? terharunya JT. hehe..
@Pejuang Cinta
pejuang cinta the returns..selamat kembali ke sekolah yek..=p
@[PCL]
McGyver..selagi kita boleh repair sndiri, kita buat la. ye dop..mcm my name is Khan. he can repair almost everything..:D
Sy duduk rumah kampung. kedudukan rumah berkelompok . Tm ckp cable kne curi . So, nk ksan kt mne cable yg kne curi tu ?