Bila Lelaki Taburkan Janjinya

16 comments 31 January 2012
Dalam perhubungan, bab tabur janji ni dah jadi perkara biasa. Dan, kaum yang biasa taburkan janji-janji manis adalah lelaki.

"Lelaki suka berjanji. Tapi, suka langgar janji dia. Mencik ai ngan laki tau" - Luahan hati kebanyakan perempuan.

Janji manis untuk setia, tapi selingkuh juga. Berjanji untuk terima dia seadanya. Tapi, cari jugak spare tire yang lebih perfect.

Oh, lelaki. Adakah janjimu memang tak boleh pakai langsung?

Daripada pemerhatian aku. Lelaki ni suka tabur janji pun sebab perempuan jugak. Contohnya, kalau ada perselisihan faham, dan cuba untuk berbaik:

Fernando Jose: Iya la, Jose salah. Lain kali Jose tak buat lagi.

Rosalinda: Ah, Ros tak percaya la. Esok-esok buat jugak lagi kan?

Fernando Jose: Tak buat dah. Jose janji. Betul ni. Sungguh.

Rosalinda: Yeay, Te amor mi amor. Muah muah. XOXO.!!

Sifat perempuan. Perempuan takkan berpuas hati, sampai si lelaki berjanji yang dia takkan lakukan lagi kesilapan yang sama. Betul kan?

Lelaki pun sebab dah tau, perempuan hanya akan puas hati lepas dia berjanji. Dia pun janji la. Walaupun dia tau, lepas tu dia akan buat jugak. Kehkeh..

So, kepada perempuan semua. Kalau lelaki berjanji, korang jangan pulak pegang janji dia tu 100% yek. Sebab, kemungkinan besar, janji tu hanyalah untuk jaga perasaan korang pada masa tu je. Sekadar ayat pujukan. Tak lebih dari itu.

p/s: Cinta bukan diukur dengan kata-kata. Tapi, melalui perbuatannya..
Read On

Zaman Gelap Downloader Sudah Bermula. Uwaa..

12 comments 30 January 2012
Apa yang selalu korang buat dengan internet? Download lagu? Movies? Kalau iya, berita buruk untuk korang. Zaman gelap downloader kini sudah bermula.

Semuanya terima kasih kat SOPA (Stop Online Piracy Act).

Secara ringkasnya. SOPA adalah satu akta yang dikuatkuasakan untuk mengawal segala cetak rompak di internet.

File hosting yang biasa jadi tempat simpan file video, banyak yang dah kena remove. Bermula dengan tersitanya Megaupload.



Megaupload ditutup sepenuhnya. Uwaa..


Filesonic yang dulunya salah satu port terbaik untuk download movies, pun dah tukar konsep hosting diorang. Di mana, hanya pemilik akaun boleh download failnya sendiri. Serupa tak payah. Adehh..

Dan berikut adalah file hosting lain, yang terkesan dengan SOPA:

Megaupload - Closed, domain ceased by FBI Jan 19, 2012

Fileserve - Account deletion and affiliation program terminating Jan 20, 2012

File Jungle - (Owned by Fileserve) Deleting multiple files. Testing out blocking some USA IP addresses. Jan 21, 2012

Upload Station - (Owned by Fileserve) Deleting multiple files. Testing out blocking some USA IP addresses. Jan 21, 2012

VideoBB - Closed affiliate program Jan 21, 2012

4shared - Deleting files left and right Jan 21, 2012

VideoZer - closed affiliate program Jan 21, 2012

Uploaded - Blocked in the USA Jan 22, 2012

Filesonic - No Filesharing, strictly private for the time being Jan 22, 2012

Filepost - Started suspending accounts with infringing material Jan 22, 2012

Videobb - Closed affiliate program. Jan 22, 2012

Mediafire pun dah start remove file-file diorang. Harap jangan jadi nasib yang sama macam Megaupload dah la. Kalau tak, takde lagi port download yang best.

Ramai yang ambik UNIFI, ataupun Streamyx pakej laju sebab nak download. So, lepas ni korang boleh la tukar ke pakej paling rendah yek.

Sebab dah tak boleh nak download. Rugi je ambik pakej mahal-mahal. Kuang, kuang, kuang. Kuang asam SOPA. Grrr..
Read On

Siapakah Dia Si Pelindung Wanita??

33 comments 20 January 2012
Aku baru je lepas tengok ceramah Ustaz Kazim Elias.[Suami yang Terbaik]. Katanya, lelaki yang terbaik adalah, lelaki yang paling terbaik untuk isterinya.

Jadi suami memang senang. Ambik kursus kahwin. Pastu akad nikah. Korang pun bergelar suami. Senang kan? Tapi, nak jadi suami yang terbaik, susah.

Tahu tak korang wahai lelaki. Lepas akad nikah, si perempuan sah bergelar isteri korang. Maka, dia adalah 100 peratus bawah tanggungjawab korang. Makan minum, tempat tinggal, semuanya korang kena sediakan. Bukan lagi ayahnya.

Dan, menjadi kewajipan suami untuk memuliakan, dan melindungi isteri korang tu. Teringat aku kat soalan Ustaz Azhar Idrus, kat facebook beliau:


Sanggup ke korang terjun, untuk selamatkan isteri korang yang dibaham buaya? Soalan ni bukan main-main. Tapi untuk renungan.

Suami pelindung isteri. Tapi, kalau berdepan dengan situasi macam ni. Betul ke korang sanggup korbankan nyawa, untuk selamatkan isteri tercinta?

Sekiranya rumah korang dimasuki perompak bersenjata. Sanggup ke korang berdepan dengan perompak tersebut, yang nak buat perkara bukan-bukan kat isteri korang? Atau membiarkan saja, dengan alasan nyawa lebih berharga?

Kalau isteri sakit kuat, sanggup tak korang korbankan masa, kudrat, dan duit korang untuk menjaga, dan tanggung segala perbelanjaan rawatan dia?

Sanggup? Maka korang hebat. Sebab, sekarang, aku sendiri pun tak yakin.

Tapi, aku berdoa sangat kat Allah. Sekiranya aku berkahwin kelak, jadikanlah aku suami yang terbaik untuk isteri aku. Dan, jadikanlah aku sebagai pelindung dan pembela yang sebenar-benarnya bagi isteri dan anak-anak aku. Amin.
Read On

Cerita Macam Ni Lagi. Korang Tak Boring Ke?

20 comments 19 January 2012
Adeh.. Pekena la industri filem negara kita ni. Asyik genre cerita macam ni je yang diorang produce. Bajet boleh box office lettew.

Jujur aku kata. Aku agak menyampah dah sekarang ni. Lambakan filem seram berleluasa. Sampai, tengok trailer kat TV, aku dah naik bosan.

"Lolz, keluar cite seram lagi. Padahal tak seram pun. Suka sangat tayang benda khurafat, tahyul. Langsung tak berfaedah."

Sekarang ni, kat pawagam tengah tayang filem KERAMAT. Akan datang, minggu depan, akan keluar pulak filem Sumpahan Kum Kum. =_="


Filem KERAMAT yang sedang ditayangkan



FIlem Sumpahan Kum Kum yang akan ditayangkan.


Diorang kata, diorang terus produksikan filem bergenre seram macam ni, sebab permintaan ramai. Err, korang semua mintak cerita macam ni ke?

Kalau iye, sedih aku dengan korang. Aku dah naik menyampah dengan lambakan filem seram sekarang ni. Nak tengok trailer pon dah muak. Apa lagi nak tengok filemnya. Lagi tak terhingin.

Jangan suruh aku support industri filem negara. Kalau asyik filem tahyul, khurafat je yang diorang reti buat. Nak kata seram, tak seram pon sebenarnya. Grrr..

Nah, dengar ni:

Kesan Lambakan Filem/Drama Seram Kepada Masyarakat.



p/s: Aku teringinkan filem macam Ketika Cinta Bertasbih, Dalam Mihrab Cinta. Tapi malangnya, filem2 tu dari Indonesia. *Sigh..
Read On

Akibat Gilakan Hiburan

12 comments 17 January 2012

Dulu, aku pon macam korang. Agak taksub dengan artis. Semua penyanyi, pelakon aku kenal (tapi diorang tak kenal aku la. Ngeh).

AIM, Anugerah Skrin, dan seangkatan dengan artis, semua aku tengok. Akademi Fantasia pon layan. Tiap2 minggu tak missed woah. Bodo tak aku dulu? Haha.

Tapi biasa la. Jiwa remaja. Memang tak lekang dengan hiburan. Tambah-tambah lagi, platform hiburan kat mana-mana pun kita boleh dapat. Tak cukup kat TV, kat setiap pelusuk pentas dunia, kita pasti disajikan dengan hiburan.


Bila meningkat dewasa. Semua tu berubah. Aku tak lagi gilakan artis. Semakin malas melayan hiburan. TV pon tengok kadang2 je (sebab dah ada internet kot).=p

Kesan akibat remaja yang gilakan hiburan semakin jelas kelihatan. Remaja jadi sangat sosial. Seawal sekolah rendah pon dah ramai yang berkapel.

Remaja cepat terpengaruh dengan hiburan. Buktinya fenomena KPOP berleluasa dengan pantas. Gadis2 mula post status gedik kat facebook.

"Hensem kan bakal suami saya, Joon Boo Doh".

Bila disajikan dengan cerita cinta pulak.

"Sweetnya SeTan dalam drama Dora Selina. Saya nak BF yang macam tu. Awww..!!"

Dan, biasa yang cepat terpengaruh dengan semua ni adalah perempuan. Semakin banyak tengok hiburan, semakin jauh dia dari berpijak di bumi yang nyata. *Sigh.


Dan, bila dapat bergambar dengan artis, kemain seronok dia. Siap upload kat facebook. Tag semua kawan2. Nak kasi orang lain jelous la tu. Nyampah mak nok.

Sebab alpa dengan hiburan jugak, remaja kita semakin jauh dengan agama. Tahap sosial toksah kata lagi. Apa yang berlaku dalam negara pun, haram nak diambil tahu. Yang dia tau, hati harus seronok. Terisi dengan hiburan, hiburan dan hiburan.

Aku tak kata hiburan tu salah. Tapi, tak payah sampai nak taksub sangat la kan. Layan biasa-biasa je sudah. Tak boleh ke camtu? =_="

p/s: Kepada mak bapak. Tolong pantau anak-anak. Jangan sampai mereka jadi terlalu taksub dengan artis dan hiburan. Fenomena ni tak sihat.
Read On

Berapa Bijak Korang Jauhi Skandal??

22 comments 15 January 2012
"Ish. Sayang ni, abang dengan dia takde apa-apa la. Dia kawan je. Kami ambik gambar berdua bukan ada maksud lain pun. Sayang ni jelous tak bertempat la."

Buat pasangan yang bercinta. Samada hubungan yang halal, ataupun haram. Quote atas ni mesti selalu berlaku kat korang kan?

Pasangan korang tuduh korang curang, hanya disebabkan dia ternampak korang dekat, dan melayan perempuan lain. Padahal korang dengan perempuan tu bukan ada apa-apa pun. Just kawan je. Tak lebih daripada tu.

Dalam kes ni. Biasanya lelaki akan kata, "Ini la perempuan. Cemburu buta tak bertempat". Kawan pun dikatakan skandal. Sebab jelous punya pasal.

Perempuan yang cemburu buta memang dah salah. Tapi, lelaki yang bodoh, yang tak reti macam mana nak jauhi skandal jugak dah lakukan kesalahan besar.

Biasanya, ramai pasangan yang bergaduh besar sebab benda kecik macam ni. Lelaki bodoh tak reti nak elak skandal. Perempuan cemburu buta tuduh macam-macam. Seterusnya hubungan retak, dan akhirnya berpisah.

Sebagai lelaki, korang kena faham dan terima. Sifat perempuan memang camtu. Bila orang dia sayang rapat dengan perempuan lain. Dia akan cepat jelous, cemburu.


Nak elakkan cemburu buta perempuan. Korang kena la bijak jauhi skandal dulu. Tapi, realitinya. Ramai antara kita yang tak bijak. Terus melayan semua orang. Dengan menggunakan lesen, "Dia tu kawan je. Takkan itu pon salah kot".

Dah la melayan orang lain. Pastu korang nak dia faham. Kalau dia cemburu jugak, korang kata dia tak memahami pulak. Pergh, kejam. Sebenarnya, penyataan korang tu dah menyeksa hati pasangan korang secara tak langsung.


Cemburu, sifat yang pasti ada kat semua orang. Khasnya perempuan. Nak elakkan bergaduh sebab pasangan cemburu. Korang kena pandai jauhi skandal dulu.

Berapa bijak korang jauhi skandal? Ukurlah sendiri. Jangan hanya tau salahkan pasangan kuat cemburu, kalau korang sendiri tak pandai jauhi skandal. OK?


p/s: Kadang-kadang lelaki pun cemburu buta jugak. Macam aku kata, cemburu tu sifat yang pasti ada kat semua orang. Lelaki pun tak terkecuali.
Read On

Bagaimana Nak Tahu Seseorang Tu Boleh Mengawal Perasaan Marahnya?

22 comments 13 January 2012

Dulu, pernah seorang perempuan tanya soalan camni kat aku:


"Macam mana nak cari calon suami yang baik ek? Maksud aku yang tak cepat marah. Ye la, lelaki ni kan bila orang silap sikit pon nak marah"


Sebenarnya jawapan kepada soalan ni senang je. Berbalik pada tips yang Nabi s.a.w bagi kat kita. Petua mencari jodoh:

"Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat" - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Nabi tekankan, kalau nak cari calon isteri. Utamakan agamanya. Sama jugak dalam mencari calon suami. Carilah lelaki yang kuat penghayatan agamanya.


Eh, apa kena mengena agama dengan kebolehan control sifat marah?

Ha, kat sini ramai yang tak tau. Apa perkaitan penghayatan agama seseorang, dengan tahap kesabarannya. Nak tau? Baca ni molek-molek.

Konsepnya camni:

Orang yang jaga agama, nescaya akan jaga imannya. Orang yang jaga imannya, dia jugak boleh control tahap kesabarannya. Kenapa? Sebab, sabar adalah sebahagian daripada iman. Dan, orang yang menjaga agama, bermula dengan menjaga tiang agama islam itu sendiri. Iaitu SOLAT 5 waktu.

Ha, sekarang nampak tak? Seseorang yang baik penghayatan agama, bijak mengawal perasaan amarahnya. Nabi sendiri dah bagi tips, macam mana nak cari pasangan hidup yang terbaik. Tapi ramai yang tak nak ikut. Pasal apa?
Read On

Domain NetKL Naik Harga La Pulok. Cepat-cepat Renew Semua..!!

9 comments 12 January 2012
Woah, lama sungguh rasanya tak update blog. Ada la dalam seminggu jugak tak update. Dah beranak pinak lelabah kat sini. Hehe..

Pejam celik, dah hampir setahun rupanya aku pakai domain [dot com] untuk blog ni. Untuk entri bagaimana penukaran domain, KLIK SINI.

Dan, tetiba, dapat email daripada NetKL. Harga domain akan naik harga. Dari RM31.60 jadi RM35. Mulai 15 Januari ni.



Pengumumun daripada NetKL - Klik utk besar punya.

Fuh, memang kebetulan. Domain aku pon dah nak expired. Just in time. So, korang semua pun. Sesiapa yang pakai domain dari NetKL. Jom cecepat renew.

Bagi sesiapa yang blog dia lambat lagi nak expired. Korang pun boleh renew sekarang. Jangan tunggu sehari sebelum expired, baru nak renew.

Sebabnya, masa domain korang akan bermula mengikut tarikh akhir bila domain korang tu akan expired. Bukan hari korang renew. Contoh, macam ni:



Klik untuk besar punya..


Sedih, harga domain naik.

So, keputusan yang bijak adalah, cepat-cepat renew SEKARANG..!!
Read On

Sebab Kenapa Ustaz Azhar Idrus Dikatakan Sebagai Agen Iblis, Yahudi.

37 comments 04 January 2012
Bila sebut pasal sambutan tahun baru. Mesti sinonim dengan gambar2 macam kat bawah ni kan? Macam dah jadi aktiviti wajib pulak remaja terkinja2 tengok konsert.



Sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka


Biasa la fenomena tahun baru camtu kan? Dan, ini pulak hasilnya. Hasil daripada sambutan malam tahun baru tersebut.




Fenomena dah biasa. Sepertinya, kita wajib lalui perkara ni setiap tahun baru. Asyik hiburan. Masalah sosial meningkat. Tiada penyelesaian. Tiap tahun sama je. Rakyat pun dah letih sebenarnya dengan masalah ni.

Tapi, tahun ni. Sambutan tahun baru lain daripada lain. Program yang menjemput ustaz, terselit lawak dan hiburan. Program yang sangat bagus. Dapat elakkan remaja bersosial tanpa batas. Sebaliknya, dapat ilmu agama di malam tahun baru.





Tapi, biasa la. Bila sesuatu perkara baru dibuat. Yang dah lari drpd "adat" asal. Tak sama macam sambutan sebelumnya. Mula timbul rasa dengki kat setengah pihak.

Ustaz yang berjaya selamatkan lebih 70 ribu ummah, daripada dok terkinja-kinja dengan hiburan, dikatakan sebagai "Agen Iblis". Yahudi.





Korang tak payah pelik. Memang ada orang yang macam ni. Berusaha menjatuhkan orang lain. Tak kira apa jua cara sekalipun. Motifnya takde lain. Iaitu politik.

Bila Barisan National buat event. Menjemput artis. Melalaikan rakyat dengan hiburan. Dia tak kutuk. Sebab, dalam nadi dia memang pro kerajaan semasa.

Tapi, bila pembangkang buat event. Yang berjaya menyeru lebih ramai ummah datang. Lebih daripada program yang dianjurkan kerajaan. Rasa tak puas hati mula timbul. Lebih-lebih lagi pilihanraya dah nak dekat.

No choice. Terpaksa jatuhkan parti pembangkang tu dengan apa jua cara sekalipun. Termasuk fitnah ustaz yang menjayakan program tersebut.

Biarlah dia sorang yang macam tu. Terlalu taksub dengan politik. Sampai membutakan hati. Memfitnah orang lain, yang jauh lebih berilmu daripada dia.

Jangan korang pun jadi macam tu yek. Nak berpolitik tu tak salah. Tapi, jangan sampai gelapkan hati. Berat sebelah, dan bodoh sombong. Orait? =)
Read On

Siapa Kata Orang Muda Gilakan Hiburan Je??

15 comments 02 January 2012
Assalamualaikum semua..

Walaupon dah lewat sikit. Tapi kat kesempatan ni. Aku nak ucapkan jugak. Selamat Tahun Baru 2012 diucapkan kepada semua pembaca blog Jejaka Terhangat.

Kelmarin korang sambut tahun baru kat mana? Kat Dataran Merdeka? kat I-City? Atau kat rumah je?

Aku? Malam tahun baru kelmarin aku sambut kat Dataran Shah Alam. Dan, bagi aku. Ini la sambutan tahun baru paling terbaek. Tak macam kat tempat2 lain.



Kenapa Terbaek?

Seperti yang korang sedia tahu la. Progam malam sambutan tu diceriakan dengan Ustaz Azhar Idrus. Dibantu oleh Zizan Rajalawak. Serius, sangat BEST..!!



Kehadiran

Tempat berlangsung majlis sambutan tahun baru tu kat Dataran Shah Alam. Dan, aku terkejut jugak. Lebih 70 ribu orang membanjiri dataran tu. Dan, majoriti yang datang terdiri daripada anak-anak muda. Termasuk aku. Hehe..



Sejuk mata. Anak muda banjiri majlis ilmu

Pengisian

Slot yang paling best. Soal jawab tentang hukum. Zizan bacakan soalan daripada pengirim email. Ustaz Azhar jawab. Korang pun tahu kan. Ustaz Azhar bila bagi ceramah memang lawak. Dipasangkan pulak dengan Zizan. Adehh, mau senak perut dok gelak malam tu. Ketawa sokmo. Hehe..

Gelak tu gelak jugak. Tapi, yang paling penting. Isi yang disampai tu kita ambil sebagai ilmu. Itu la yang jadi tarikan utama anak-anak muda datang ke sana.



Salah satu bahagian dalam slot soal jawab. Best gilak..!!


Tahniah kat Kerajaan Negeri Selangor sebab berjaya buat program berilmu, bercorak islamik dan ceria macam ni. Inilah indahnya Islam. Tak larang hiburan. Asalkan semua berpada, dan tak lupakan solat.

Memang terasa suasana islamik kat program ni. Solat maghrib dan isyak pun dibuat berjemaah, di atas padang dataran tu. Terharu sangat rasanya.

Tepat pukul 12, tiada mercun mahupun bungapi, macam kat tempat-tempat lain. Tapi, bacaan Asma Ul Husna dibacakan beramai2. Menggambarkan suasana Islam yang sebenar.

Situasi ni jelas menunjukkan. Bukan semua golongan muda gilakan hiburan. Cuma, selama ni tiada program yang macam ni dibuat. Platform islamik tiada.

Bukan salah orang muda sepenuhnya masalah sosial menular. Tapi, berpunca daripada kerajaan jugak. Itula peranan kerajaan. Sediakan platform yang mampu naikkan suasana Islam. Bukan asyik pentingkan hiburan semata-mata.

Tahniah lagi sekali buat Kerajaan Negeri Selangor. Aku harap, program macam ni selalu dibuat. Baru la aku boleh berbangga, aku anak jati Selangor. Ngehh..=p
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...