|
Showing posts with label tak malu dalam bercinta. Show all posts
Showing posts with label tak malu dalam bercinta. Show all posts
Conclusion Entri: Perlu Ke Malu Letak Status In A Relationship..?32 comments 20 December 2010
Wahh, banyak komen aku dapat drpd entri lepas. Seperti yg aku jangka, ada yg jawab perlu malu letakkan status "in a relationship" kat facebook. Dan ada jugak cakap tak perlu malu..
Kebanyakan perempuan bagi feedback camni: Tak perlu malu, depends, menunjukkan setia kat si dia, sebagai tanda appreciate. Dan lelaki pulak ramai yg kata: Malu, belum confirm, kalau dah kawen tu boleh la kot. Haha, nampak perbezaannya. Adakah jawapan camni menunjukkan perempuan lebih setia dalam bercinta berbanding lelaki..? Dan adakah lelaki gunakan alasan camtu supaya orang tak tau dia tengah bercinta, dan ambil kesempatan untuk pasang lagi satu..? Papepon ni pendapat Jejaka Terhangat.. Kita PERLU malu tunjukkan hubungan kita kepada orang lain. Kerana malu itu, perisai orang beriman. Ahaks.. Kebanyakan jawapan yg pembaca bagi, semuanya berfikir ikut firasat, logik, dan akal fikiran semata-mata kan? Tapi, macam mana pulak kalau kita berfikir, sambil selitkan asas islam dalamnya. Adakah jawapan kita still sama? Walaupun dalam islam tak melarang kita berkapel secara mutlak, tapi larangan lelaki dan perempuan berdua-duaan tanpa ditemani mahramnya jelas dalam al-Quran kan? Dan kalau kita tengok keadaan sekarang, ada ke orang bercinta ikut kehendak islam? Kalau ada pun sangatlah minoriti. So, sebenarnya kalau bercinta sebelum kawen ni adalah satu "keaiban" untuk diri kita sendiri (sbb tak ikut syariat islam).. Tahukah korang yg Allah dah tutupkan setiap keaiban hamba-Nya? Jadi, kenapa kita pulak berbangga tunjuk aib kita kat orang ramai..? “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Sama jugak dengan orang yg berkapel, sambil tayang gambar pegang tangan, berpelukan. Semuanya tu bangga buka aib sendiri. Salah satu tanda akhir zaman, "manusia bangga menunjukkan aib sendiri." Kalau yg bertunang takpe la jugak letak "in a relationship". Sebabnya, supaya orang lain tau dia dah ada yg dilamar. Haram bagi orang lain kacau tunangan orang.. Kenapa perlu malu? Bila hilang sifat malu antara lelaki ataupun perempuan. Tu yang jadi maksiat berleluasa. Tak malu bercinta di depan orang lain. Dan bila masing-masing tak malu, kesannya apekah..? . . . Rasanya korang semua pon dah dapat apa yg Jejaka Terhangat nak sampaikan. Hope lepas ni kalau kita berfikir, selitkan sekali asas islam dalamnya. Mesti pandangan kita akan jadi lebih luas..=) reference: halaqah.net - jangan buka aib orang dan diri sendiri Perlu Ke Malu Letak Status In A Relationship..?52 comments
Korang ada facebook? Mesti ada punya kan. Status fb korang apekah? Married kah? In a relationship with *tutt* kah? Single kah? Atau singlet kah? Ahaks..
Tak kira la ape status korang. Just jawab je soalan ni: Bagi orang bercinta, perlu ke malu kalau letakkan status in a relationship kat facebook? Pian: Malu la weh, orang tengok.. Jennifer: I also shy shy cat.. Milah: Laa, bercinta watpe nak malu. Apparaa..!! Jack: True true true. Why u want to shy. Everybody couple maa.. Eh diorang ni. Ada cakap malu. Ada yang tak. Mane satu ni? Aku dah ada jawapan aku tersendiri. Tapi sebelum tu nak dapatkan jawapan korang dulu. Aku tau korang ada macam-macam pendapat kan.. So, sila la dropkan komen korang ye. Nanti aku akan bagi tau conlusionnya.. Soalannya: Dalam bercinta, perlu ke malu letak status in a relationship? Conclusion Entri: Perlu Ke Malu Letak Status In A Relationship..? (20/12/2010) Perempuan Tak Malu Dalam Bercinta: Gambar Ciumulut Diletakkan Dalam Facebook.45 comments 27 November 2010
Sebelum ni aku ada buat entri lelaki versus perempuan. Tajuknya "Antara Lelaki dan Perempuan, Siapa Lagi yang Tak Malu Dalam Bercinta?" Point aku perempuan lebih tak malu. Dan ramai jugak yang sokong penyataan aku tu..
Aku bukan anti dgn perempuan. Tapi perempuan ni kalau terlalu taksub dengan cinta, semuanya dia nak dedahkan, termasuklah aib diri sendiri.. Semalam, aku jalan2 kat facebook friends. Tekejut berok aku bila tengok sorang aweks ni letak gambar dia ciumulut dengan boifren dia. Tapi tang mulut tu dia censored la.. "Mak aih, tak malu giler minah ni". Dalam hati aku dok mengata dia. Gambar cium mulut tu aku tak nak letak kat sini. Rosak kesucian blog ni nanti. Ahaks.. AWAS: Jangan Pertaruhkan Maruah Bangsa Semata-mata Untuk Trafik.. Tapi aku share kat korang komen2 kat gambar tu. Meh tengok sini: Yang aku highlight tu komen yang boleh dikatakan agak SENGAL..!! Dia suruh kita open minded plak bab ciumulut ni. Aduiiyaii, rusak2.. Punyala aku rasa jelik dan sakit hati. Lastly aku drop komen camni: Memang antara petanda akhir zaman, manusia tak malu tunjukkan aib diri sendiri. Malah berbangga dengan keaiban tu. Tapi, kalau boleh kita kena la ada kesedaran. Jangan pulak kita ni jadi contribution kepada petanda akhir zaman sekarang ni.. p/s: Jangan lupa tegur kawan2 yg buat maksiat. Takde istilah kubur lain2 sebenarnya dalam Islam..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|



