Beli Gadget Ikut Penggunaan. Bukan Ikut Suka11 comments 29 March 2012Kalau cakap pasal gadget. Handphone, komputer, kamera, atau lain2. Lelaki tak banyak masalah. Sebab, mereka tau dan faham apa yang mereka beli tu. Biasa aku perhatikan, perempuan ada masalah sikit pasal benda-benda macam ni. Bukan masalah apa. Cuma, masalah dalam penggunaan barang tersebut. Contohnya, ada kawan perempuan aku yang beli laptop mahal. Brand Vaio. Cantik. Spec laptop tu pon kemain tinggi. Laptop perfect. Harga hampir 5K jugak la. Bila ditanya, apa buat dengan laptop tu. Katanya, just surf internet. Youtube, Facebook. Pastu ada la jugak untuk assignment. Guna microsoft words, powerpoint. Aku macam.. "WOII, TU JE?.. Kalau engko guna untuk tu je. Laptop harga 1K je pon dah cukup". - Ni monolog dalaman aku je. Ahaks.. Katanya lagi. "Aku beli laptop ni, sebab dia nampak cantik". Warghh..!! Bengang. Sebab cantik je dia beli laptop tu. Padahal, penggunaan dia sangat minimum. Berbanding spec laptop dia yang mampu untuk gunakan lebih maksimum lagi. Baik bagi aku. Kita tukar laptop. Haha.. Sama la jugak dengan henpon. Bila tengok kawan pakai BlackBerry. Ramai yang tak nak kalah. Pakai Iphone4s. Nak nampak urban lagi. Pakai Samsung Galaxy Note. Baru ikut trend. Bangga keluarkan henpon depan kawan2. Pastu, bila tanya buat apa dengan henpon tu. Jawapannya pasti akan menggegarkan medula oblongata korang. "Ala, macam biasa la. SMS, call.. Kadang-kadang main Angry Birds. Kalau untuk kamera, aku ada DSLR dah" Grrrr..!! Tensionnya dengar jawapan camtu. Rasa macam nak lempang diri sendiri pon ada gak. Haha.. Natang tu mampu buat banyak benda lagi. Kata pun henpon mahal. Kalau setakat nak SMS dan call je, baik engko pakai 'tiga tiga sekupang' (3310) je. Adehh.. Aku tau. Diorang punya duit. Lantakkan la nak beli apa pon kan. Tapi, kalau kita beli satu benda, tapi tak gunakannya sebaik mungkin. Namanya membazir. Dan, membazir tu kawan siapa? Korang jawab la sendiri. So, kat sini aku sarankan. Kalau korang nak beli apa-apa barang. Kenalpasti dulu keperluan dan kemampuan korang. Buat research sikit. Harga barang yang korang nak beli tu, sesuai tak dengan fungsi dia, yang akan korang gunakan nanti. Jangan main belasah je beli. Hanya sebab ia nampak menarik, cantik dan ikut trend. Akhir kata, Jadilah pengguna yang bijak yek. =) p/s: Pasal gadget lelaki bijak. Pasal rokok, hilang kebijaksanaannya. =p Contest: Cerita Seram - Suara Tetamu Malam12 comments 25 March 2012
*Ini adalah entri kontest anjuran Syaf. Sila klik banner di bawah kalau korang nak join.
Fuh, kalau nak diceritakan pasal kisah seram. Aku pasti, ramai antara kita yang pernah alaminya, kan? Aku pun tak terkecuali. Korang nak tau apa kejadian seram yang pernah aku alami? Ok teruskan membaca. --------- Cerita bermula ----------- Kejadian ni berlaku lebih kurang 20 tahun yang lepas. Waktu tu aku berumur 5 tahun. Aku tinggal bersama keluarga aku di rumah setinggan, 2 tingkat. Kami duduk 8 beradik, bersama mak dan ayah. Kami sekeluarga selalu masuk tidur awal. Pukul 10 malam, lampu di rumah ditutup semuanya. Adik-adik aku yang masih kecil tidur bersama mak dan ayah di bilik bawah. Manakala aku, abang dan kesemua kakak akan naik ke tingkat 2. Tidur di ruangan masing-masing. Masa tu, kami cuma beralaskan cadar, dan ditutup oleh kelambu. Jika kelambu tiada, confirm, bangun pagi badan penuh bintik2 merah akibat digigit nyamuk. Aku ada tabiat yang pelik. Tak tahu kenapa. Setiap malam, aku pasti akan terjaga. Dan pada suatu malam, seperti biasa, aku terjaga dari tidur. Aku tak pasti waktu tu pukul berapa. Tapi, keadaan sekeliling sangat gelap dan sunyi. Cuma cahaya bulan purnama yang memberikan sedikit sinar yang malap, masuk ke dalam kamar aku melalui tingkap yang ditutupi oleh langsir. "Patutla sejuk, tingkap tak tutup rupanya. Nyamuk pun mesti banyak masuk nanti", fikir aku. Perlahan-lahan aku bangkit, dan dekati tingkap tu, dengan niat untuk menutupnya. Tiba-tiba, "Zass", satu bayang-bayang putih melintas dari luar tingkap. Ianya lalu dengan sangat pantas. Aku tak nampak jelas apakah bendanya tu. Aku kaget dan tercengang, berdiri diam seribu bahasa. Tiba-tiba, "Woof, wooff". Anjing menyalak dari luar rumah aku dengan salakan yang amat kuat. Aku tersentak. Terkejut. Cepat-cepat aku meluru masuk ke dalam kelambu. Tingkap tadi aku hanya biarkan sahaja ianya terbuka. Hanya satu perasaan aku masa tu, TAKUT. Aku teringat orang kata, kalau anjing menyalak. Maksudnya dia nampak "sesuatu". Mungkin apa yang aku nampak tadi, sama seperti apa yang anjing-anjing tu nampak. Sebab tu mereka menyalak. Badan aku menggigil. Aku tarik selimut, dan pekup muka aku dengan bantal. Dengan harapan, aku dapat terlelap segera. Tapi, harapan aku meleset. Semuanya tidak berakhir begitu sahaja. Selepas anjing-anjing tersebut menyalak dengan kuatnya, kedengaran pula suara tangisan halus, betul-betul di luar tingkap yang terbuka tadi. Tangisan diselangi dengan suara mengilai. "Ee hee heeee".. Ini pertama kali aku dengar suara mengilai secara nyata. Biasanya, hanya di kaca tv, dalam filem-filem hantu. Tak terfikir sedikit pun yang aku akan alaminya sendiri. "Ee hee heee".. Aku semakin takut. Jantung aku terus berdegup kencang. Mustahil aku dapat tidur lagi dengan perasaan yang amat takut ni. "Ee hee heeee", makhluk tu terus mengilai. Tapi, kali ni kedengaran suara tersebut semakin jauh. Lebih perlahan. "Woof wooff", salakan anjing seperti mengikut ke mana makhluk tersebut pergi. Bunyi salakan juga semakin jauh. Semakin perlahan. Namun, ia tidak berhenti. Suara mengilai dan salakan anjing sepertinya sedang berlawan antara satu sama lain. Sedikit lega dalam hati aku. Kerana kedua-dua bunyi hilaian dan salakan tersebut tidak lagi kuat dan dekat seperti tadi. Hujan turun tiba-tiba. Bunyi rintikan hujan menutup segala bunyi lain yang ada pada malam tu. Hati aku mula tenang, dan akhirnya aku tertidur dengan bantal yang masih terpekup di muka aku. Itulah peristiwa seram yang pernah aku alami. Aku tak pernah nampak hantu. Tapi, suara "orang mengilai" yang pernah aku dengar tu, mampu untuk menaikkan bulu roma aku. Aku rasa, suara hilaian tu mungkin milik pontianak yang tersesat jalan. Persoalan tu aku terus simpan dalam fikiran aku, tanpa dikongsi dengan orang lain. Termasuk keluarga aku. Sebab, aku sendiri tak yakin. Adakah apa yang aku alami pada malam tu betul-betul berlaku, atau mimpi aku semata-mata. 18 tahun berlalu. Kami sekeluarga tidak lagi duduk di rumah setinggan yang dulu. Kami dah pun berpindah rumah. Adik-beradik aku pun semuanya dah besar. Kadang-kadang, bila kami berkumpul beramai-ramai. Kami akan berkongsi cerita apa yang pernah kami buat kecik-kecik dulu. Tergelak-gelak bila terkenangkan kenakalan masing-masing masa kecik dulu. Kami ceritakan semuanya. Tengah syok berbual, tiba-tiba, Kak Ngah aku bukak cerita, "Akak masa kecik-kecik dulu selalu dengar suara orang mengilai dari luar rumah". Aku terkejut. Cerita dia sama seperti apa yang aku pernah alami dulu. Aku semakin yakin. Apa yang aku pernah alami dulu bukanlah perasaan aku semata-mata. Tapi, memang betul-betul terjadi. Walaupon 20 tahun dah berlaku, suara hilaian pontianak tu masih jelas terngiang-ngiang dalam kepala ni. Shhuuuh kau pontianak. Tiada apa yang aku nak pulangkan pada kau. Grrr.. --------- Cerita TaMMaT ----------- Untuk mengakhiri entri ni. Dengan segala hormatnya aku mengetag (1) Phat the Great, dan (2) Misz Nadea untuk sama-sama menjayakan lagi kontest ni. Ngehh.. Berfikiran Positif Tu Bagus. Tapi...13 comments 24 March 2012Korang jenis berfikiran positif tak? Haha, tak payah jawab. Tau dah. Tiada seorang pun akan mengaku yang dia berfikiran negatif, kan? Berfikiran positif tu memang satu sifat yang baik. Malah, dituntut lagi tu. Sebab tu la aku sangat respek kat mereka yang berfikiran super positif. Tiada terdetik sedikit pun perasaan pandang serong pada manusia lain. Dalam apa-apa isu pun, fikirannya sentiasa bersih. Pergh, korang mampu? Aku? Jujur aku katakan. Aku tak mampu nak sentiasa berfikiran baik macam tu. Sebab, bagi aku. Berfikiran negatif tu pon perlu jugak. Kenapa perlu berfikiran negatif? Ok, cuba korang perhatikan kat mereka yg terlalu fikir positif ni. Sentiasa baik sangka pada orang. Orang jenis ni biasanya kurang fikirkan akibat yg akan berlaku. Contoh, isu hutang. Terlalu percaya dan baik sangka pada kawan. Akibatnya, kawan melarikan diri. Pastu baru terhegeh-hegeh nak menyesal. Menangis tak berlagu. Sekiranya dia fikir negatif, yang kawan dia akan lari. Sekurang-kurangnya dia akan buat persiapan. Mungkin buat surat perjanjian, berserta saksi dan sebagainya. Kan mudah nak dakwa sekiranya kawan dia tu gagal jelaskan hutang. Contoh lain, isu moral. Kita terlalu bersangka baik pada anak-anak muda kita. Biarkan diorang keluar lewat malam. Kita cakap: "Ala, diorang dah besar. Mesti tau bezakan baik dan buruk". Tapi, apa akibatnya? Diorang memang tak reti bezakan baik dan buruk. Buktinya, masalah sosial negara kita semakin teruk. Couple pon dah jadi trend. Nampak tak? Disebabkan fikiran positif kita tu, lebih banyak perkara negatif yang akan berlaku pada masa depan. So, macam aku kata. Dalam apa-apa hal pun, berfikiran positif tu memang perlu. Tapi, jangan sampai yg negatif tu kita tak ambil kira terus. Dapat? Jap, sebelum tu, aku nak tanya. Pernah tak korang jumpa orang yang suka letak dompet dia merata? Pastu bila dompet dia hilang, dia kata: "Dah hilang, nak buat macam mana. Dah takdir yang Allah tetapkan. Berserah je la. Mesti ada hikmah sebaliknya" Grrr..!! Ni la sikap super positif yang aku maksudkan. Memang mintak kaki betol.
Subscribe to:
Posts (Atom)
|





