Salah Ke Aku Berblog Tanpa Profil?


Woah, macam best topik yang Jejaka Terhangat nak bincangkan ni. Blogger tanpa profil? Apa tu? Kalau tak tau. Meh aku terangkan..

Blogger tanpa profil maksudnya blogger yang tak gunakan identiti sebenar dalam berblogging. Dalam blognya tiada gambar sebenar blogger. Ataupun maklumat privasi tentang blogger tersebut..

Baik ke dia. Jahat ke? Hensem ke, hangat ke? Semua pasal diri blogger tu kita tak tau. Apa yang best sangat jadi blogger tak berprofil ni. Salah ke jadi macam diorang?

Kehkeh. Aku sendiri pon dalam kategori blogger tanpa profil. So, persoalannya. Salah ke jadi blogger tanpa profil ni?


Jawapan 1: Salah

Memang salah pon kalau engko nak jadi blogger tanpa berprofil yang bertujuan nak hentam orang lain je. Blogger macam ni la yang orang kata "takde jantina"..

Berani sebab berselindung sebalik tiada identiti. Takpun berani memaki hamun, mencarut, menyumpah dan sebagainya disebabkan orang tak tau siapa diri dia yang sebenar..

Bagi aku. Blogger tanpa profil macam ni memang hampeh. Aku ada jumpa beberapa blogger yang macam ni. Rasanya mesti korang pon jumpa jugak kan?


Jawapan 2: Tak Salah

Tak jadi kesalahan kalau blogger tanpa profil ni berblog berlandaskan niat dia baik. Lagipun, buat apa taruk gambar sendiri kat blog. Nanti gambar kena curi, jadi mangsa photoshop edit. Kita jugak yang melenting. Ahaks..

Dan sebenarnya, ramai lagi blogger tanpa profil yang baik kat alam maya ni. Contohnya Saya-Anonymous. Dia baik tau. Header blog Jejaka Terhangat ni dia jugak yang buatkan secara PERCUMA. Thanks ye blogger tanpa profil Saya-Anonymous. Hehe..

Dan jugak, terdapat blogger yang merasakan berblog tanpa profil ni cool. Terasa lebih bebas berbanding beridentiti sebenar. Selamat datang ke alam blogger tanpa profil ye ~NaNaOsaki~. Best ada kawan baru. Kehkeh..


Cabaran blogger tanpa profil.

Blogger yang berblog dengan identiti sebenar, mereka berkelebihan "menjual diri" dengan membuat vlog sana sini (vlog ke?). Menjadi tumpuan blogger lain (macam artis pulak). Dan blogger beridentiti sebenar lebih mudah dapat tarikan blogger lain (lebih2 lagi blogger cantik/kacak).

Blogger tanpa profil pula tak macam tu. Mereka perlu berusaha lebih utk dapatkan tempat di dunia blog. 100% usaha berdasarkan penulisan. Dan bukan pada rupa paras. Tak dinafikan, blogger tanpa profi jugak boleh berjaya.

Tapi perlu lebih usaha lebih keras berbanding blogger identiti sebenar. Fuuhhh..!!!

Sampai sekarang aku masih tak dapat buktikan blogger tanpa profil ni boleh dapat tempat di hati pembaca berbanding blogger dengan profil sebenar. Grrrr..!!!!

Gurau2 je. Aku berblog bukan sebab nak femes sangat pon. Cukuplah asalkan penulisan, pemikiran aku sampai kat pembaca. Sebab tu lahirnya blog Jejaka Terhangat ni. Ngehh..


Korang pulak macam mana. Apa pendapat korang terhadap blogger tanpa profil? =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

33 comments:

  • macam JT ckp td..as long niat baik bukan menghantam orang tak salah..so teruskan jela..tapi cm xbest je xnampak rupe JT yg sebenar..

    heheheh

  • Assalamualaikum, aku rasa tak ada profile lagi bagus :), hehehe orang tak kenal sangat :)..

  • aku pon terkategori dalam blogger tanpa profil. dan aku bangga menjadinya

    1. sebabnya muka aku bukan hensem mana. sekarang kalau cun, hensem, gedik-gedik, macho mesti orang suka.

    kalau aku letak gambar. entah-entah semua orang lari. entri bagus macam mana pon bukannya orang pandang.

    2. aku menulis bukan untuk popular. cukup la kalau ada yang sudi membaca penulisan aku. dan aku lagi bangga kalau orang dapat berfikir dalam menilai sesuatu.

    3. untuk keselamatan. dalam dunia maya ni macam-macam boleh berlaku. sedangkan yang realiti pon pelbagai masalah timbul. inikan pula hampir kita tak berapa kenali siapa yang melawat blog kita.

    kalau bagi awek yang berbangga dengan muka cantik berwaspadalah. bukan apa kalau buka youtube, masa blogwalking mesti akan jumpa sebuah web yang memanipulasikan gambar kamu. sebab itu pernah terjadi terhadap member rapat aku sendiri.

    ingatkan nak komen sikit je. terlebih la pula. sorry jejaka terhangat. hehe

  • mmg ade impian nk jadik blogger tanpa identiti ni jgk. penah try sekali, tapi tak update. mmg mencabar gak kan nk kaut pembaca melalui penulisan je. tapi saye suke!

    yang penting entry, ape gune org folo sbb muke cantik tapi isi takde pn..kn!

  • saye lebih suka baca penulisan blogger tanpa profil ni..tp blogger tanpa profil yang baik2 la..sebab penulisan mereka lebih beilmiah saye rasa..



    contoh2 blogger tanpa profil yang saya rasa hebat penulisan nye ialah mr. K penulis belog The Other Khairul..beliau sangat popular walaupun dia langsung tak pernah tunjuk pun rupa dia..beliau boleh dijadikan bukti yang blogger tanpa profil ni dapat tempat dihati pembaca..



    JT pun salah sorang blogger tanpa profil yang saya minat penulisannya..ringkas, padat dan tepat setiap kali menulis entry..saya selalu cuba jadikan JT contoh untuk tulis entri pendek2 yg padat..tapi tak pernah berjaya..mesti panjang2..terpengaruh dengan mr. K tu la gamaknye..hehe..



    alamak..terpanjang pulak mengomen kat sini..^_^

  • depends pda niat masing2..ada yg lebih selesa menyuarakan pendapat tanpa identiti beliau di ketahui umum . lgpun itu hak individu itu sendiri...xleh nak kata pape..mungkin dia ada sebab yg tersendiri..

    tp kalo xde profil ..pastu create blog semata2 nak hentam certain ppl..mmg tu tak patut.kirenya dia hanya berani ngn bayang2 sendiri....tp kalo ajak berdepan dia x berani..

  • hahhaa.. steady bebeh....

  • yg penting penulisan best. pembaca akan tetap tgu entri baru dan terjah blog. akhir kata, sy sokong blog blogger tanpa profil! sekian, peace!

  • tengok2 tada pic kan..hihihi spesies blogger tak da profil gak nie..wahahaha tapi msok segmen balik takbir BA kena jual muka lak..sob3 :((

  • Assalam...menarik.Aku sebelum ada Belog AdamXis ...pun dh ade belog tanpa profail...tapi sgt3 Low profail,tak amik port hal org...aku bercerita seorang diri kat sana...ha3

  • nice info.. happy blogging

  • tak salah la..itu hak individu itu sendiri :)

  • takut juga bla letak gmbr btul.. kang ada yg wat perkara bukan2..

  • hohoo , yg salah tu best ! :)

  • salam JT,

    Jika tanpa profil ada pro & kontra, dgn ada profil pun ada pro & kontra jgk... depends pd niat kite & pendedahan kite.. sama ada ada profil atau xde profil tp Kalau asyik2 buat entry musti tempek muke sndiri sana sini tuh... apa kes? Apa pula komen anda? yup, sy stuju even kte niat baik, nmun org yg baca blog kte tuh blom tentu coz sape2 pom buleh baca blog kite

    Saya pernah terbaca dlm blog org lain, pndapat beliau mnyatakan bahawa user dlm alam maya tanpa profil menunjukkan bahawa mereka adalah tidak jujur kerana seolah-olah berselindung dsebalik stiap lontaran idea/pndapat even negatif @ positif..mereka seolah2 x ikhlas...itu pndapat beliau...

    pepom saya respect setiap user alam maya ini even ada profile atau takde selagi mereka hormat sume org dan mereka mempunyai pendirian dlm membicarakan apa2 isu skali pom...

    biasanya stiap blogger dpt dinilai drpd penulisan beliau bagaimana sikap & pndiriann serta haluan mereka, sama ada blog lawak, hiburan atau peribadi, even ada profile atau xde... so awas dlm membuat entry dan memberi komen... peringatan ini utk saya jugak coz im human being slalu alpa & perlu dingatkn jgk..hehe..

  • oke je ta ade profile .tp tak yah lah sampai bg gambo antu tuh lagi ,tu melampau ..

    kalau ade profile ,tp tulis tipu2 boleh tak ? =="

  • xdak profil pon xpek..janji jgn menipu..hehe

  • Terpulang pada individu kan? tak salah kalau tanpa profile, mcm JT, okay jewp :)

    Jom singgah blog saya :D

  • Nak tanya jugak kepada blogger tanpa profile ni... Apa yang disorokkan? Apa yang ditakutkan? Kenapa perlu berahsia identiti? Sampai bila nak berblogging hanya dengan mengambil cerita orang lain untuk dijadikan entri sedangkan cerita sendiri boleh dikongsi...

    Tidak semestinya jika kita berkongsi cerita itu bermakna kita mengaibkan diri kita atau diri orang lain.. Pokok pangkalnya, terima dan baca kisah orang tu sebagai satu pengalaman.. Sebab masa lampau dan masa akan datang kita semua tak sama...

    Persepi orang kita, asal bercerita tentang masalah peribadi kat blog, itu dianggap meraih simpati murahan dengan menjaja cerita sendiri..

    **Buat blog ikut cita rasa sendiri je.. Siapa nak baca, baca.. Kalau tak nak baca, tak apa... Tak perlu nak kejar populariti sebab nanti diri sendiri yang kepanasan... =D

    SAKIT HATI

  • memang salah kalau nak hentam org je kerja mereka.. :)

  • @~ Cik Azz ~
    oleh sebab JT ni blogger tanpa profil. so, JT akan bagi jawapan berdasarkan pandangan JT..

    1. Apa yang disorokkan? Apa yang ditakutkan? Kenapa perlu berahsia identiti?

    Jawapan JT: yang disorokkan adalah identiti. takde takut apa2 pon. nak berblog dgn identiti sebenar lg best sbrnya. bleh join gath sana-sini. lagi hepi. sebelum ni JT ada je blog yang berprofil. dgn identiti sendiri, best jugak. takde masalah apape. cuma atas sebab2 tertentu, blog lama JT terpaksa ditutup.

    Dan JT pilih tanpa profil ni sbb ia lebih mencabar. di mana penulisan kita yang orang tengok. dan bukan pada brapa sosialnya kita.

    2. Berblogging hanya dengan mengambil cerita orang lain untuk dijadikan entri sedangkan cerita sendiri boleh dikongsi.

    Jawapan JT: cerita dan pengalaman sendiri tetap diketengahkan. tapi secara general. dan tak terikat cerita hal orang lain je. JT sendiri pon banyak gak cerita hal sendiri kat blog ni. Tapi diulangi, "general". mksdnya kalau dgn identiti pon sama jgk. takde bezanya..

    dan diingatkan. cerita hal sendiri kadang2 mampu membuka aib kita dalam kita tak sedar. benda tu la biasanya yg akan makan diri kita nanti. walaupon kita berblog dgn identiti sendiri tanpa masuk campur orang lain. tapi ketahuilah, dunia internet ni luas. kita tak jangka bila orang nak serang kita. sebab tu precaution tu perlu..

    kadang2 kita rasa kita dah berblog dgn baik. tak sakitkan hati orang lain. tapi dlm tak sedar, ada orang dah terasa dgn kita. apakah persediaan kita? jeng jeng..

  • saye x kesa pn pasal profil..
    yg penting penulisan tu mesti menarik...
    tp bes pe jd blogger tanpa profil nh..
    mcm misteri nusantara gitu...
    hehe..
    btw...saye suke belog JT..
    lalalala~

  • tak salah pun..baru lebih misteri hehe

  • aku tak kisah pun..janji apa jejka trhangat tulis tu berilmu..tu tak mengapa..:)..misteri..hahha..

  • saya blogger tidak berprofil yg hanya bersandarkan kepada entri2 yg ori..
    bukan yg dicelup..

  • Apsal ko jawab komen dari akak je ni.. Kang merajuk pulak para pengomen setia ko kat sini.... kehkehkeh...

    **Redha aje la kalau dah kena serang tanpa sedar tu... nak buat cmner... Dah mmg minat orang tu untuk menyerang je.. Bagi la dia peluang tu... hua3...

  • tak salah pon sebab tu hak masing2.. tapi kalau tak berprofail tu diharapkan jgn gunakan kelebihan tu untuk hentam org lain.. jgn jd org takde telur.. hehehe

  • Boleh je nak jadi x de identiti tapi kenalah baik.

  • macam yang JT tulis, kalau tanpa profil tujuan nak menghentam memang tak baik. Kalau tujuan yang baik okeylah kan. Blogger tanpa profil macam best, misteri~ :D

  • Wahhh...!! Nama saya ada dalam en3 ni :) Thankz yer JT..

    Btol..saya lebih mendapat kebebasan.. :) Lately bila saya jd blogger xde profile ni, saya mcm lg nk appreciate pembaca2 blog saya..pembaca yg komen2 en3 saya.. sbb saya tahu, diorang membaca blog saya dengan ikhlas..

    Sebelum ni kalau kat blog lama saya buat en3 meluahkan perasaan sedih saya ke..hepi saya ke.. bila ada org komen2 en3 saya tu..xtau la nape saya rasa mcm pengomen tu cam "bodek je lebih mamat ni", "ala..puji2 cam ada makna ni", "ntah btol ke tidak ikhlas nk puji2 aku ni"....lebey kurang mcm tu la lam ati saya..hehehhee...

  • as salam..

    oh~
    menarik entri ni.
    ysa pun kadang2 tak guna prifil sendiri.sekadar yang berkongsi dengan blogger, apa yang mampu dihidangkan dalam entri.

    @_@

    broadband rosak?dan bakal nak rosak? tak tahu nak baiki macam mana? lihat tutorial saya

  • adeii cik azz..

    xde profile x semestinye ciplak kehidupan org lain..

    stil, cerita pasal sndiri kt blog..cuma xdak tempek gmbar je..

  • pernah menjadi blogger tanpa profil dan betul, memang kena berusaha lebih... skarang pun just tempek gambar sendiri dekat profile pic jer...

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...