Kenapa Aku Selalu Tulis Pasal Facebook??15 comments 20 March 2012Ada orang kata, idea blog aku ni banyak bersumberkan facebook. Iya. Aku tak nafikan. Sebabnya, facebook ni fenomena sekarang. Semua orang pun ada facebook. Dan, macam2 gelagat manusia yang kita boleh perhatikan kat sana. Baik, buruk, kelakar, sedih, keagamaan, macam-macam ada. So, aku rasa, kalau aku tak kupas sesuatu yang menarik dari facebook, ianya adalah satu kerugian. Walaubagaimanapun, tak semua isu facebook aku akan ulas. Sebab, kalau nak kupas semua, ianya takkan habis. Maklumla, manusia ni macam2 ragam. Betol tak? Pasal isi blog, aku tak berapa berkenan tulis sesuatu isu berulang kali. Bagi aku, bosan la kalau asyik baca isu yang sama, dalam satu blog. Mungkin sebab tu jugak kot sekarang aku jarang update blog. Idea dah kering. Hehe.. Facebook boleh jadi sesuatu yang bawa faedah, dan boleh juga jadi sebaliknya. Terpulang pada kebijaksanaan seseorang. Tapi, berdasarkan pemerhatian aku. Lebih ramai menggunakan facebook secara "bodoh" berbanding bijak. Aku harap, korang semua pun gunakan la facebook secara bijak ye. Err.. Tapi, tak best gak. Kalau semua orang bijak. Aku pon semakin blur, nak tulis apa pasal facebook lepas ni. Kahkah.. Ok, kidding. =p Jom Ramai-Ramai Jadi Pembantu Rumah. Gaji Minimum Amah Masyuk Woah.13 comments 17 March 2012
Korang semua dah tau pasal sepakatan yang dicapai oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia, pasal gaji minimum pembantu rumah indonesia?
Gaji minimum yang dipersetujui adalah RM700 sebulan. Kira ok la tu kan? Haha, tak semudah tu. Korang tau tak? RM700 tu hanya untuk satu pengkhususan je. Maksudnya, kalau amah tu diambil kerja sebagai tukang masak, tugas dia hanya memasak. Tak boleh buat kerja lain. Kalau nak dia jaga bayi, korang kena ambil sorang lagi pembantu rumah, yang khas untuk jaga bayi. Tambah RM700 lagi. Dah jadi RM1400 sebulan, hanya untuk buat 2 kerja. Pengkhususan yang ditawarkan ada empat, memasak, jaga bayi, jaga orang tua, mengemas rumah. Nak semua khidmat tersebut. Bayor la korang RM2800 sebulan. Hak hak, tak ke masyuk jadi pembantu rumah sekarang ni? Malaysia ni pon baik hati. Ikut je demand Indonesia tentang hal ni. Mungkin sebab rasa bersalah kot. "Indonesia melaksanakan pembekuan sementara (tidak menghantar pembantu rumah ke Malaysia) pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia. Kesan gaji minimum pembantu rumah Indonesia Bagi aku, hal ni adalah berita baik bagi orang Indonesia. Tapi, berita buruk kepada orang Malaysia yang nak menggaji pembantu rumah. Mahal kot RM700 sebulan. Pastu, dia hanya buat satu kerja je pulak tu. Aku rasa, tak ramai kot yang nak ambik pembantu rumah Indonesia secara LEGAL lepas ni. Ye la kan, kalau yang legal tu mahal. Orang mesti nak ambil yang illegal punya. Ala, macam video cetak rompak la. Kan berlambak kat pasar malam tu. So, pendatang tanpa izin pon aku rasa akan terus meningkat lepas ni. But, from the bright sight of view. Orang Malaysia sendiri pun akan berminat untuk cebur bidang pembantu rumah ni. Sebab gaji dah naik. So, tak payah la kita import orang Indonesia lagi. Kalau orang kita sendiri pun dah tawarkan diri. Tak gitu? =) Sebab Kenapa Cikgu Perlu Add Facebook Student Dia.21 comments 13 March 2012
Dulu, aku pernah bagitau. Couple zaman sekarang ni dah jadi macam trend. Semua orang pun nak bercinta. Budak sekolah pun tak terkecuali.
Malah, diorang lebih advanced. Buktinya, korang tengok je status facebook budak2 sekolah ni. Paling best, siap panggil 'umi-abi' lagi tu. Grr, memang gelimat betol. Oleh sebab itu. Aku nasihatkan. Semua cikgu sekolah perlu add facebook student dia. Untuk pantau supaya student-student dia tak jadi gedik. Contohnya, macam cikgu kat bawah ni: Haha, kan dah kena sebijik dengan cikgu dia. Padan muka. Seluar dalam pun mak ayah belikan lagi. Ada hati nak 'umi-abi'. Bluwek..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|





