Raya Tu Raya Jugak. Sejarah Merdeka Jangan Pernah Lupa Pulak.

3 comments 31 August 2011

Tanggal 31, bulan 8, 57.. MERDEKA..!!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54 semua..

Aku tau, ramai antara kita yang kurang dapat mood merdeka tahun ni sebab mood raya mengatasi segalanya, kan? Hehe..

Tapi takpe, sambutan hari kemerdekaan tahun ni pon dah dianjakkan ke 16 September depan. Disambut sekali dengan sambutan Hari Malaysia.

Walaubagaimanapun, ulang tahun Hari Merdeka tetap jatuh pada 31 Ogos.

Oleh tu, pada hari ni, aku nak ajak korang semua. Sama-sama kita ambik sedikit masa beberapa minit untuk "refresh" balik pengetahuan kita tentang saat-saat pengisytiharan merdeka dibuat.


Video Youtube Pengisytiharan Kemerderdekaan Tanah Melayu


Marilah sama-sama kita hayati erti kemerdekaan sebenar.

Memang pada zahirnya kita bebas merdeka daripada penjajah. Tapi, adakah itu bermaksud minda dan budaya kita pun turut merdeka daripada dijajah? Hmm..
Read On

Patutla Ramai Blogger Ucap Selamat Hari Raya Awal-Awal

17 comments 30 August 2011

Haih, seminggu lagi nak raya. Para bloggers dah siap-siap ucap Selamat hari Raya awal-awal kat blog masing-masing. Kenapa ramai yang ucap cepat sangat ek? Semangat nak raya mengalahkan puasa ke?

Hehe.. Daripada pemerhatian aku. Diorang yang ucap awal-awal ni bukan sebab "excited" nak raya ke apa. Tapi sebab kalau kita ucap lambat, contohnya malam raya baru nak ucap. Nanti takde orang nak baca ucapan kat blog kita tu. Sebab, semuanya pun dah ada kat kampung. Kan? =p

Aku ucap lambat ni. Tah ada orang baca ke tak tah. Tapi takpe, aku tetap nak ucapkan kat korang semua, para pembaca blog Jejaka Terhangat:


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Maafkan diriku sekiranya ada terlanjur kata, ataupun ada perkataan-perkataan kat blog ni yang dah berjaya mengguris hati korang. Kira 0-0 la yek. Boleh kan? Hehe..


Boom..!! KebaBooMM..!!

Tu dia, malam raya. Pukul 12 tengah malam. Bunyi mercun mengalahkan bunyi meriam. Diorang ni nak raya ke nak berperang? Tak tido la aku jawabnya ni.
Sabor je la. Grrr..!!
Read On

Bagus Jugak Raya Dengan Merdeka Bertembung Kan??

16 comments 29 August 2011

Biasa, tahun-tahun sebelum ni. Tepat pukul 12 tengah malam, masuk 31 Ogos. Laungan merdeka, disusuli dengan letupan bunga api.


Merdeka..!!!

-> Tapi, lepas laungan merdeka tu, konsert yang melalaikan dibuat.


Merdeka..!!!

-> Tapi, anak-anak muda berpeluk-pelukan sambil tengok bunga api. Pastu berbawak ke hotel.


Merdeka..!!!

-> Orang kita semakin jauh dari budaya sendiri. Lebih agungkan budaya barat.


Iya, zahirnya memang kita merdeka. Tapi, mentaliti kita masih dijajah. Itu lebih teruk sebenarnya. Merdeka kita sekarang ni hanya sekadar laungan.

Merdeka, ucapan yang hanya keluar dari mulut. Tapi tidak dari hati. Korang semua pun tau tu kan? Tak perlu nak nafikan.


Berbalik pada tajuk entri. Tahun ni raya "clash" dengan merdeka. Ramai orang kita dah balik kampung. Merdeka kurang disambut. Raya lebih diutamakan.

Positifnya, sekurang-kurangnya, tahun ni orang kita kurang ternoda masa sambut malam merdeka tu. Musim "menanam biji benih" dah dikurangkan.

Ada bagusnya jugak Hari Raya dan Merdeka ni bertembung kan?
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...