Penat Blogwalking? Jom Lepak Kat Sini Pulak..20 comments 15 January 2011
Caution: This entry was made to promote my own blog.
Korang penat buat blogwalking? Ke sini sana cari shoutbox blog orang? Sori mengatakan, kat blog Jejaka Terhangat ni dah tak guna lagi shoutmix mahupon cbox.ws. Sekarang aku dah beralih ke meebo. Diletakkan kat sidebar blog ni (betul-betul kat bawah follower box).. Owh, ada yg tak nampak ke? Aku pon pelik. Kalo view guna mozilla, meebo room tu memang tak nampak. Best view kat Google Chrome, baru nampak.. Kenapa guna meebo? 1. Aku dah muak dengan message spam. Setakat ni kat meebo ni takde lagi spam. 2. Boleh borak, chatting direct dengan visitor blog ni. 3. Boleh nampak terus jumlah viewer yang tengah online kat blog ni. 4. Link url blog masih boleh dipromote kat situ.. Walaupon meebo ni agak berat, tp setakat ni aku masih berpuas hati. Dapat chat dengan kebanyakan blogger secara terus seperti Kyle, Nieza Micha, Cik Kangkung, Red Vixien, cik Azie, Misaki dan ramai lagi.. Kalo korang pon terasa nak berborak-borak sesama blogger. Jom la join kat meebo room tu. Sekali-sekala lepak2 chatting pon best gak. Ngehh.. note: Pastikan anda edit nickname supaya nama anda tidak lagi ditag sebagai "guestxxx" bila masuk ke blog ni. Jejaka Terhangat Movie Review: Khurafat28 comments
Pagi tadi tengah bosan-bosan aku saje la dok gatai tangan pergi booking cite Khurafat kat GSC Summit USJ. Tayangan pukul 2. Alang-alang dah booking, harusla tengok kan. Hehe..
Firstly, aku nak bagitau. Aku bukanlah extremist cerita melayu. So, review aku ni mungkin banyak berbaur tak puas hati kat filem ni. Korang layankan je la ek. Ngehh.. Sinopsis cerita Khurafat ni engkorang tengok la sendiri kat sini ye: Cerita ni pasal seorang lelaki innocent, Johan dan isterinya Aisyah yang diganggu oleh hantu syaitan. Diorang suspek Anna, bekas kekasih Johan yang hantar hantu tu utk kacau-bilaukan rumahtangga diorang. Dari mula sampai habis, aku takde perasaan SERAM pon kat cerita ni. Dan ada jugak terasa ngantuknya most of time. Bukan apa, cerita camni dah terlalu biasa.. Mana taknya, scene hantu dia MESTI muncul mengejut dan diiringi oleh 110 desibel sound, bunyi terkejut. So, sebenarnya kat sini bukan SERAM, tapi TERKEJUT. Adakah teknik camni memang standard cerita melayu? Hmm.. Sape yang tak tau beza antara SERAM dan TERKEJUT sila klik link bawah ni: Ye, itulah yang dimaksudkan dengan terkejut. Seram ke? Tak pon kan. Overall, camtu la cite dia. Tengok kiri, takde benda. Bila tengok depan, "Warghh.!!" Budak depan aku sampai termelompat sebab terkejut.. Kalo kat depan takde. Kat atas pulak "Warghhh..!!" (sekali lagi, kalo hantu tu muncul mesti pakej dia 110 desibel sound yg membantu anda utk tergezut). Yang aku rasa paling tak boleh terima, Johan tu punya la cari punca siapa yg pedajal, hantar hantu tu kat diorang. Siap pergi sergah makcik satu tempat kerja dia lagi untuk dapatkan penjelasan.. Ghupe-ghupenya semua tu disebabkan diri dia sendiri. Dia sendiri yg cari tok bomoh utk sihir Anna utk suka kat dia. Syarat sihir tu, si Johan tak dibenarkan sama sekali tinggalkan Anna. Kalau tak, dia akan kena balik.. Dalam hati aku, "Ape ke bengap sangat. Diri sendiri yg puja syaitan dengan bantuan bomoh. Boleh pulak lupa".. Keseluruhannya, cerita ni biasa je. Aku lagi suka cerita Congkak. Adalah jugak seramnya. Drama seram terbaik, Kekasihku Seru. Yang lain-lain masih di standard yg sama.. Rating JT bagi filem Khurafat ni: 2.5/5 Kalo korang nak kasi rating lebih2, pergi buat review sendiri ek. Wakaka.. p/s: Aktiviti pemujaan syaitan ni lebih kepada sihir, bukan khurafat. Film maker dia patut kaji dulu sebelum gunakan term tu.. [Follower BloG Review] Blogger Sabahan Unik, Aretikz Terbaek Wokk..!!19 comments
Semalam selesai sudah Jejaka Terhangat review blog brader Muhd Burn. Harini tiba giliran blogger sabahan yang mesra, sedara Aretikz..
Err, tapi aku bagi tau awal-awal bah. Review kali ni agak susah sebab blog Aretikz memang dah terbaek. Takde banyak cacat cela pon. Tak caya korang tengok ni sendiri.. URL BloG - http://segalaceritera.com/ Tagline: CeRiTeRa SeLaGi BoLeH! Untuk makluman, blog Aretikz guna platform wordpress. Sebab tu banyak keistimewaannya.. Ni aku bag point-point kenapa korang WAJIB terjah blog Aretikz: 1. Load blog laju. Rasanya memang Aretikz saja pilih theme camni kan. Simple dan takde header. Dengan ketiadaan widget mengarut lagi. Sebab tu blog Aretikz sangat laju load. Bagus2.. 2. Gaya penulisan the BOMB.!! Fuhh, gaya penulisan Aretikz pon best. Walaupun entri dia panjang lebar, tp reader takkan lost focus masa baca. Perenggan pon cantik je susunannya, ayat tak terlalu panjang dalam satu perenggan.. 3. Entri-entri yg sangat kreatif. Haha, yang ni aku kasi 6 bintang out of 5. Banyak entri dia yg sungguh kreatif. Bukan setakat lawak-lawak. Tapi diselitkan sekali unsur nasihat. Siap ada hadith dan dalil2. Respek2.. Entri ni best. WAJIB korang terjahh..!!! a) Edisi Klasik : Nenek Kebayan Dan Snow White (Lawak Nasihat) b) Maaf, Blog Ini Terpaksa Ditutup (Superb Kreatif) 4. Sistem komen best. Ni yg best dgn wordpress. Sistem komen guna threaded comment. Owner blog dan komentar bleh berinteraksi dgn lebih efficient. Eh, ada "CommentLuv". Sambil drop komen, korang bleh promot entri skali. Best btol..!! 5. Alexa rank mantop. Walaupun page rank masih nil, tapi alexa rank blog Aretikz cukup mantop. Saing-saing ngn blog Jejaka Terhangat ni gakla (nak jugak). Haha.. 6. Kedudukan ads 100 markah. Blogger lain pon bleh rujuk nuffnang ads kat blog Aretikz ni. Sebab, semua ads dia pada kedudukan yg nuffnang kehendaki. Thumbs up.. Overall, blog Aretikz, Segalanya Cerita ni terbaek bah. Sesiapa yg nak blog simple can mudah load bleh la jadikan blog Aretikz ni sbg rujukan. Teruskan blerblogging ye bro Aretikz.. Eh, takde nak komplen pape ke JT? Haha, takde nak komplen pape. Just nak bagi suggestion je. Apa kata Aretikz gunakan "numbering page" instead of "next, previous page" tu. Dengan tu, senang sket reader nak selak-selak entri Aretikz yg lepas-lepas kan? =) Owh, sebelum terlupa. Nak kasi tips gak skali cmne nak naikkan jumlah "LIKE" facebook fanpage dgn lebih cepat. Caranya, add kawan kat fb sebanyak yg boleh, dan "Suggest to friends". Ngehh.. Tu je review aku setakat ni. Bagi sesiapa yang berminat nak direview camni jum terjah sini:
Subscribe to:
Posts (Atom)
|



