Showing posts with label lawak cinta. Show all posts
Showing posts with label lawak cinta. Show all posts

Luahan Hati: Adakah Ini Namanya Cinta?

21 comments 06 August 2011
Luahan hati si lelaki:

Salam abang Jejaka Terhangat,

Abang, saya nak tanya ni untuk dapatkan kepastian. Kenapa ya, bila saya lihat rakan kelas kat kolej saya, hati saya jadi berdegup kencang? Nak kata saya demam mustahil la. Sebab breakfast tadi saya dah makan ubat.

Pastu, bila saya tengok dia cakap dengan lelaki lain, saya jadi jelous. Saya nak sangat cakap dengan dia, tapi rasa tak berani. Bila depan dia saya jadi gugup.

Kenapa ya abang. Saya tak faham perasaan saya ni. Adakah ini yang dinamakan cinta? Harap abang dapat tolong saya. Terima kasih.

(Budak kompius, 20 tahun - Tampoi )


Jawapan Jejaka Terhangat:

Waalaikumsalam. Alah, masalah adik ni kacang je. Tapi sebelum tu abang nak tanya. Adik tak pose ek, siap brekfast lagi time bulan-bulan puasa camni. Ish-ish, insaf la adik. Cintailah Yang Satu dulu sebelum nak bercinta dengan makhluk-Nya.

Yang kedua, abang nasihatkan adik pergi repeat kelas Biologi dulu. Sebab hati tak berdegup dik. Yang berdegup tu jantung. Tu la, len kali jangan tido time cikgu ajar.

Tentang masalah gugup adik tu sonang je nak settle. Adik pergi cakap kat belakang dia. Tadi adik kata depan dia jadi gugup kan. Belakang confirm ok. Selesai masalah.

Menjawab soalan adik. Adik rasa gugup, berdebar-debar, jelous pun ada. Memang sah ni. Tahniah, adik disahkan mengidap penyakit angau. Samada perasaan tu cinta atau tak. Abang pun tak tau. Kuikui. Jangan marah, bulan puasa.


Koleksi Siri Luahan Hati: (Klik untuk baca)

1. Luahan Hati: Pakwe Ku Play-Boye
2. Luahan Hati: Awekku Curang. Uwaaa..!!
3. Luahan Hati: Kenapa Si Dia Cepat Berubah?


Sekiranya anda ada mengalami masalah hati dan perasaan. Anda boleh emailkan kepada jejakahangat@yahoo.com. Atau PM kan kepada facebook Jejaka Terhangat di http://www.facebook.com/jejakaterhangat. Terima kasih..=p
Read On

Kenapa U Pegang I Boleh, I Pegang U Tak Boleh Pulak?

39 comments 28 January 2011
Situasi Pegang-pegang:

Mat Pegang: U ni hidung besar la. Gajah pun boleh muat tau.

Minah Gedik: Hihihi.. U ni lawak la. (sambil cubit pinggang Mat Pegang).

Mat Pegang: Adehh, sakit la u cubit i.

Minah Gedik: Padan muka u. Sape suruh sakat i. Hihihi..

Mat Pegang: Oo.. U cubit i ek. Nah, amik ni balik (sambil cubit pipi Minah Gedik).

Minah Gedik: Eii.. Ape pegang pipi orang ni. Gatal la u ni tau.

Mat Pegang: Eh, tadi u cubit pinggang i boleh. I cubit pipi u tak boleh pulak?

Minah Gedik: Memang la. I perempuan. U lelaki, lain..

--------------------------------------------

Situasi macam ni biasa sebenarnya. Perempuan suka cubit kalau lelaki dok menyakat dia. Tapi rasa janggal kalau lelaki tu cubit atau pegang pompuan tu balik. Lagi pon kalau pegang balik, lelaki tu akan dicop sebagai GATAL.

Ada orang cakap sebab badan pompuan lebih sensitif berbanding lelaki. So, lelaki tak boleh la nak sentuh2 pompuan ni. Tak tau la betul ke tak. Haha..

Kepada perempuan yg sama macam kes di atas. Korang ada jawapannya tak?

Kenapa korang boleh cubit lelaki yg dok sakat korang. Tapi lelaki tu tak boleh cubit korang balik..? =p
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...