Showing posts with label jejaka terhangat. Show all posts
Showing posts with label jejaka terhangat. Show all posts

DIGI Wwwow Awards. Ada Jugak Orang Dengki Mendengki Ek?

30 comments 28 April 2011

Woah, sekarang ni para bloggers semua tengah tergila-gilakan DIGI WWWOW Awards. Masing-masing mintak diundi. Mana taknya. Hadiah yang ditawarkan untuk juara setiap kategori agak superb..!!

Alkisahnya, Digi Awards ni dah lama. Tapi, aku tak dapat join. Tak tau kenapa. Bila tekan submit je, website tu jadi bengong (hang). Kempunan aku. Just mampu tengok kawan2 blogger berkempen je kat Bloggers Chat Room sana.


Voting Kontest: Otai Mesti Menang?

Dan perihal biasa terjadi kalau voting contest camni. Mestila "blogger otai" yang dijangka akan bolot tempat pertama. Orang berpengaruh, no wonder la boleh dapat nombor satu kan?

Yang jadi persoalan, atau timbul rasa tak puas hati orang lain bila blogger baru (newbie) kalahkan ranking blogger otai. Orang mula la mengata. Main tipu la, guna taktik kotor la. Itu la ini la. Padahal bukti takde. Nak main tuduh2 plak.

Tak percaya? Meh baca entri salah sorang blogger ni. Ranking dia dalam award tu agak tinggi berbanding blogger otai. So, ada yang tak puas hati:




Okey, meh aku bagitau korang. Kalau blogger otai sekalipun, tapi kurang promote link dia. Takde punya orang nak undi. Lagipun, alam maya ni luas. Ingat promote kat blog je dah cukup ke nak dapatkan kita kedudukan pertama?

Mungkin ada orang yang blog dia tak femes. Tapi, kat facebook kawan dia beriban. Ada kemungkinan jugak dia boleh kalahkan otai dalam voting kontest ni kan?


Nasihat Untuk Blogger Baru

Sekiranya korang blogger baru. Tak bermksud korang akan sentiasa duduk kat ranking bawah. Apa yang perlu korang buat adalah, teruskan berusaha.

Walaupun korang kurang pengaruh, tapi lama-lama korang boleh ke atas jugak. Dengan syarat, jangan pernah menyerah kalah. Dan, jangan SPAM. Nanti orang menyampah. Takde siapa nak vote dah. Hehe..


Kategori: Must Follow Personality

Owh, sebelum terlupa. Harini sekali lagi aku cuba untuk submit penyertaan aku ke DIGI Awards tu. Dan, YESSS..!! Kali ni berjaya. Ahaks..

Aku masuk dalam kategori Must Follow Personality. So, mintak jasa baik kawan-kawan semua. Undi la Jejaka Terhangat yek.

Senang je, klik kat link bawah ni. Masukkan perkataan (capcha), pastu klik "vote". Selesai. Terima kasih banyak2 kalian. =)


Read On

Kisah Penukaran Domain Jejaka Terhangat Kepada Dot Com.

43 comments 26 January 2011
Yosh..!! Akhirnya blog Jejaka Terhangat ni dah tukar jugak dari blogspot kepada dot com. Terima kasih kat NetKL Network di atas kerjasama diorang dalam menjayakan proses penukaran domain ni. Fuuhh, sungguh pantas dan efficient. Terbaek la service diorang. Tu je yang mampu aku katakan..


Kisah penukaran domain kepada dot com.

Situasi:
Jejaka Terhangat masuk ke website NetKL dengan muka blur, tak tau arah mana nak dituju. Tetiba dia ternampak satu function "Live Chat Online" kat header website tersebut. Tanpa segan-silu, Jejaka Terhangat pon klik kat chat tersebut dan perbualan antara dia dan Liza, wakil NetKL mula dirakamkan..




Kahkah.. Agak tak boleh blah soalan pertama Jejaka Terhangat. Takpe, kita teruskan perbualan antara mereka kat bawah ni. Scroll dan baca. Tak mau malas-malas..


JT:

haha..ok..kalo camtu nak mulakan soalan

macam mana nak start register nama domain?

Liza:

ok...saya terangkan ya

anda pernah beli hosting/domain dari NetKL ke sebelum ni?

jika belum,

ini cara2nya :


mula2...

1) regiser nama anda di sini dulu : http://billing.netkl.com/register.php


pastu

2) login ke Client Area : http://billing.netkl.com/clientarea.php


pastu

3) baru lah buat Order : http://billing.netkl.com/cart.php?a=add&domain=register (jika anda mahu beli DOMAIN sahaja)

so, anda nak beli domain shj? atau domain dgn hosting sekali ya?

JT:

buat masa ni domain sahaja

Liza:

i see... boleh...

JT:

cara pembayaran macam mana?

Liza:

anda nak guna domain ni kat blogspot ke?

JT:

a'ah, blogspot..

Liza:

jika begitu, anda tahu tak nak buat setting2 yg perlu, tuk pointkan domain .com tu ke blogpsot anda?

mcm ni : http://www.google.com/support/blogger/bin/answer.py?hl=en&answer=55373

JT:

owh..kena baca sendiri gak..ok. hehe..

Liza:

setting dia memang sgt rumit...

so

jika anda tak mahir, anda boleh minta kami tolong butkan...tetapi, dgn setup fee RM3 tambahan shj

sila lihat ini : http://billing.netkl.com/cart.php?gid=18

kos2 yg terlibat ialah :

harga domain .com = RM31.60 setahun

kos setup = RM3 (bayar sekali shj)

jumlah = RM34.60

so, kami akan buatkan semua setting2 tu dari A-Z

JT:

ok..faham..maksudnya kat situ memang dah pakej sekali dengan service..btol?

Liza:

ya

JT:

kalau cara pembayaran dan masa utk domain tu siap brapa lama?

Liza:

http://www.netkl.com/payment.html

siap dlm masa 20min

tetapi, selepas 2-3jam, baru domain tu boleh berfungsi

JT:

owh, begitu..

terima kasih puan liza atas butir-butir tu..nanti kalau ada masalah lagi saya rujuk kat puan lagi ye.. :P


Jejaka Terhangat membuat pembayaran dan menghantar email pengesahan. Namun ada masalah la pulok..


Liza:

anda dah buat Order ke tadi ya?

JT:

ya..ada buat order tadi

ada apa2 maklumat ke.

Liza:

ya, technical team saya kata, tak jumpa order anda

ada dapat invois tak tadi?

jika ya, apa no. invois tu ya?

JT:

dekat email feedback ye?

Liza:

bukan yg itu...

JT:

owh..belom validate code?

camne nak buat?

Liza:

tak mengapa...kami tolong buatkan order tu anda secara manual kat sini.. boleh?

boleh berikan nama domain com yg anda nak kami registerkan?

JT:

http://jejakaterhangat.com/

daripada blogspot - http://jejakaterhangat.blogspot.com/

email: jejakahangat@yahoo.com
password: usaharapakunakletakatsini

Liza:

ok...bagus

kami buat skrg...

dan siap dlm masa 20 min lagi

tunggu email kami skjap lagi ya

JT: 

baik

2 jam kemudian..

Liza:

kami dah pun buatkan setting2 tu...

anda boleh check blog anda skrg )

JT:

ok..terima kasih..blog dah ada perubahan..

Liza:

ok..all the best, JT !

JT:

orait..thanks for NetKL support..

Liza:

welcome

Special scene (director's cut)

JT:

Liza free tak lepas kerja ni. Kita makan sama jom.

Liza:

Balik ni husband saya ambil. Anak 8 orang dah tunggu kat rumah tu..

(live chat alert: Jejaka Terhangat is now offline)


Woah, memang cepat diorang buat kerja. Siap ada "live chat" tu. Lagi senang nak deal ngn customers kalo ada apa-apa masalah. Memang efficient. Bagus-bagus..

OK.. Cukup dah promote NetKL. Tiba masanya untuk berblogging dengan lebih serius dengan domain:




Woit..!! Ape motif besar2 tu. Nak menunjuk ke ape? Kehkeh..=p
Read On

Tahniah: Post ke 100 Jejaka Terhangat..!!!

35 comments 15 December 2010

Wahh, tak sangka. Pejam celik dah 3 bulan rupanya bloG Jejaka Terhangat ni. Dan post ni pulak entri ke 100 aku selama 3 bulan berblogging. Tahniah untuk diri sendiri. Ahaks..

Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yg sudi datang ke blog ni. Samada yg jadi silent reader, ataupun follower, dan jugak komentator blog ni..

Terima kasih lagi sekali. Tanpa anda, siapalah Jejaka Terhangat. Hehe, kan dah tertacing. Hilang kehangatan aku sebentar. Ngehh..!!


Soalan kepada Jejaka Terhangat:


Ramai reader blog ni yg tanya:

Best ke blogging guna identiti rahsia? Nape tak letak muka sendiri je kat blog ni?


Jawapan aku:

Kalo letak muka sendiri nanti takut blog ni meletop cepat sangat pulak. Aku tak sedia untuk semua tu.


Haha, poyo jek ayat.. Takde la. Sebenarnya aku berblogging ni sesaje je. Tak harap jadi femes mane pon. Sekarang purata UV blog ni mencecah 400++ sehari pon aku rasa macam tak percaya jek..


Blog Pilihan Malaysia 2010 utk blogger baru pon aku tak masuk. Bak kata blogger Nazirul Kamil:

Dalam berblog usahla kite terlalu mengejar populariti, berblogla seikhlas hati, berikan yang terbaik. Nescaya populariti akan datang seiring. Keep on blogging. Jgn pernah ada rasa putus asa..=)

Best kata-kata dia. Hope aku dapat pegang sampai bila-bile. Dan lepas ni aku jugak berharap dapat bagi yg lebih baik utk blog ni..

Err, tiba-tiba rasa macam nak tukar tagline blog ni jadi camni la pulak..


Tingkatkan Kontroversi, Hangatkan Prestasi..


Amacam, orait tak? Ahaks..
Read On

Tips Blogging: Rahsia Trafik Jejaka Terhangat Setelah 10 Hari Berblogging..

59 comments 15 October 2010
Masuk harini genap 10 hari bloG Jejaka Terhangat ni dibuat. Ni hasil trafik 7 hari terbaru mengikut nuffnang analytical:


Not bad la bagi bloG yg baru bertapak kan? Kat sini aku just nak share tips apa yg aku buat selama 10 hari berblogging, untuk dapatkan trafik macam tu..

1. Blogwalking.

Blogwalking dah jadi benda wajib untuk kita promotekan blog kita. Tapi promote bloG kat chatbox je tak cukup nak dapatkan  trafik tinggi. Kita perlu buat lebih drpd tu..

2. Ping/promote blog kat Search Engine.

Aku ping blog ni kat semua Search Engine yg ada kat internet ni terutama Google dan Yahoo. Tujuan ping ni supaya "keyword" dari search engine senang utk masuk ke bloG kita..

3. Tulis entri yang agak panas (isu semasa).

Pembaca suka isu semasa. Tapi jangan copy paste berita internet semata-mata. Sertakan sekali elaboration atau pendapat persendirian korang..
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...