Aku yakin, ramai di antara kita ada masalah dalam berat badan kan? Tak kira la korang nak tambahkan, atau kurangkan berat badan. Sesiapa pun pasti nakkan berat badan yang ideal.
Body Mass Index (BMI)
BMI adalah ukuran yang kita boleh kira sendiri. Adakah berat kita di tahap ideal, terlalu kurus (underweight), ataupun terlalu gemuk (overweight).
Siapa yang belum kira tu, meh sini kira dulu berapa BMI korang:
Amacam, OK tak BMI korang? Julat BMI ideal adalah dari 19-25. So, sesiapa yang kurang atau lebih, bermakna korang kena buat sesuatu untuk jadikannya ideal. Aku? Aku OK. BMI 21.2. Hehe..
Kirakan TARGET korang.
Benda yang paling penting dalam perihal seimbangkan berat badan adalah target. Sebagai contoh, korang tau yang korang overweight. Tapi, berapa berat yang korang perlu turunkan?
Kita tak boleh main belasah je nak kurangkan berapa. Kena ada targetnya. Dan, target tersebut kita boleh dapat berdasarkan rumus matematik BMI tu sendiri.
Contoh: Berat Mat Haron adalah 85KG, dan tingginya adalah 170cm.
Berdasarkan calculator di atas, BMI Mat Haron adalah 27.8. Kita tau yang dia perlu kurangkan berat badan dia. Tapi persoalannya, berapa?
Jumlah itulah yang akan jadi targetnya. Dan, kat sini aku ajar korang semua macam mana nak kira target tersebut.
Berdasarkan rumus BMI,
Body Mass Index (BMI)= Berat(kg)/(Tinggi x Tinggi) m2
Untuk BMI Mat Haron jadi ideal, kita letak target BMI dia sebagai 24 (nilai dalam julat ideal). Jadi, jumlah BMI yang dia perlu turunkan adalah: 27.8 - 24 = 3.8
Maka, berdasarkan target BMI yang diperolehi, kita boleh kirakan target berat yang perlu dia turunkan. Iaitu:
3.8 = Berat / (1.7 x 1.7) =====> Berat (target) = 11 KG
Kesimpulan: Mat Haron perlu turunkan berat sebanyak 11 KG supaya BMI dia berada dalam julat ideal.
Bagi untuk sesiapa yang nak tambahkan berat badan pun sama juga caranya. Cuma gunakan rumus BMI seperti kat atas ni. Senang je kan? =)
Bila dah ada target. Baru kita lebih fokus dalam apa yang kita buat. Dan, aku sarankan setiap dari korang ada natang ni kat bilik masing-masing. Untuk memudahkan korang observe BMI korang dari semasa ke semasa.
Ni la natang yang dimaksudkan - Alat penimbang berat
Kenapa tak ekjas tinggi?
Haha, agak-agak ada tak yang tanya soalan ni? Korang tau tak, bila dah umur lepas 20, ketinggian kita dah tetap. Dan, sampai satu tahap, ianya akan mula menurun.
So, sesiapa yang dah lepas 20 tu, lupakan je la nak ekjas tinggi yek. Tak dapat teman nak nolong. =p
Kesimpulan
Dalam nak tambah, atau naikkan berat badan. Paling penting kita kena ada target, mesin penimbang, dan DISIPLIN. Sebab, aku pasti setiap daripada kita pun secara teorinya tau macam mana nak atasi masalah berat badan. Cuma masalahnya tiada disiplin, malas dan sebagainya. Ye dop?
So, aku harap entri ni sedikit sebanyak dapat bantu korang atasi masalah BMI korang ye.
Harus ingat, walaupun berat badan ideal, tak bermaksud kita sihat dan bebas daripada penyakit. Pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat tetap kena amalkan. Barula penyakit susah hinggap kat kita. Orait? semoga berjaya. =)
*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
JT.....ade iklan seksis kat tengah2 blog (T_T)
bab berat memang sensitif. JT tau tak caracara nak kasi gemuk dengan cepat ? makanlah nasik 3,4 kali sehari berat badan ni memang susah nak naik . =,=" jeles tgk org len blh pakai bangle, lengan kita xcukup isi . sobsobsob.
hahha...ok BL normal cuma rangka saya terlebih sihat...hhihihi.... :senam
@i.am.who.am.i
dulu JT pon underweight gak. BMI 18 je. skrg berjaya naikkan berat sampai BMI 21.2 utk naikkan berat, mmg perlu makan berat 3 kali sehari. tp, tricknya adalah lebihkan makan protein berbanding karbohidrat. contohnya, bykkan makan daging lebih drpd mkn nasi. dan, amalkan makan pada lewat malam. tp bila berat dah ideal, jgn amalkan lagi makan lewat malam tu. takut terlebih berat plak nanti. hehe..dan satu lagi, utk maintainkan kesihatan, senaman jugak perlu diamalkan. paling malas pon seminggu sekali dah ok. =)
saya normal :)
BMI dah ok,,cuma nak tambah lagi sebab nampak kurus. huhu
adjust kan tinggi x leh ke? hehehe...
@Jejaka Terhangat patutlah ..igt kene makan nasi banyakbanyak. akanku makan laukpauk banyakbanyak lepas ni . thanks for sharing JT ! =)
sy terlebih =( nak nangessss...!!
kengkawan ..pakai PB jek..gerenty puas atieyyy..huhu
Alhamdulillaah saya masih jauh dari obesitas :D
salam..blh ajar tak bagaimana nak masukkan calculator BMI tu..