Lolz, Kata Undi Rahsia. Tapi..


Semalam aku dapat panggilan telefon dari Merdeka Center. Katanya, dia nak buat survey tentang keadaan politik kat sekitar selangor.

Pergh, punya la lama survey tu. Banyak soalan kena jawab. Nasib baik la surveyor tu perempuan. Setengah jam punya survey pon tak terasa sangat. Kehkeh..=p

Soalan awal-awal pasal keadaan negeri selangor. Survey tu lebih kepada nak tau samada rakyat puas hati dengan pentadbiran parti sekarang atau tak. Yang tu aku tak keberatan lagi nak jawab.

Tiba-tiba, dah penghujung survey tu. Boleh pulak dia tanya camni:


"Parti mana yang anda akan hantar untuk mewakili parlimen di kawasan anda untuk pilihanraya umum yang akan datang?"


Lolz.. Soalan apekah? Kata undi rahsia. Tapi, survey ni jelas-jelas nak tau parti mana yang akan kita undi nanti.

Mungkin memang ni sebenarnya agenda survey ni dibuat kot. Untuk "project" parti mana yang akan menang untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Sebelum aku jawab soalan tu, aku gelak dulu. Pastu aku cakap:


"Tak payah la jawab soalan ni ye. Biarlah rahsia"


Pergh, mana bleh camni. Undi rahsia beb. Kalau dah tau seseorang tu nak undi apa untuk pilihanraya nanti, macam-macam benda yang boleh dilakukan. Mengugut, rasuah, hantar pengundi hantu, dan sebagainya.

Oleh tu, kalau korang pun dapat panggilan telefon macam ni. Soalan last tu korang jangan la jawab yek. Sekian..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

13 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...