Blogger Perempuan Lebih Ramai Daripada Lelaki. Benar Atau Mitos Semata-mata??

Korang rasa, antara lelaki dan perempuan. Mana yang lebih ramai jadi blogger?

Aku sendiri pun tiada jawapan yang betul-betul tepat. Tapi, aku rasa blogger perempuan lebih ramai berbanding lelaki.


Alasan aku kata perempuan lebih ramai:

1. Follower lebih banyak perempuan

Aku selalu perhatikan follower aku. Biasanya dalam 10 orang follower, hanya DUA daripadanya adalah lelaki. Dan selebihnya perempuan. Walaupun tak semua yang follow adalah blogger. Tapi, most of them adalah blogger.


2. Komentar lelaki kureng

Dalam setiap entri aku, biasanya komentar perempuan lebih banyak berbanding lelaki. Dan aku perasan, kat mana-mana blog pun. Memang biasanya pun komentar perempuan jugak yang memonopoli.


3. Lebih ramai blogger perempuan join contest/segmen

Cuba tengok penyertaan untuk contest ataupun segmen. Kebiasaannya, penyertaan daripada perempuan lebih banyak kan? Adakah ni bermakna blogger lelaki memang sikit? Ataupun lelaki memang malas nak join contest/segmen ni?


Kalau mengikut logik, memang perempuan lebih banyak benda yang diorang nak ceritakan. Sikit punya hal pun semua nak tulis kat blog. Berbeza dengan lelaki, hal personal biasa simpan dalam hati je. Mungkin sebab ni jugak la blogger perempuan lebih ramai daripada lelaki. Tak gitu? =p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

16 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...