Macam Mana Caranya Kita Mati Nanti Ek?

22 comments 02 February 2011

Bila tengok kat berita, boleh kata setiap hari mesti ada berita pasal kematian. Jenis-jenis mati tu pulak macam-maacam. Ada yang eksiden, terjatuh bangunan, kena bunuh dan lain-lain..

Hmm, tiba-tiba aku terfikir. Macam mana la agaknya cara aku mati nanti ek. Sakit tua kah, eksiden kah, mati lemas kah, atau kena bunuh? Errkk, gilerr betol. Kenapa aku pikir macam tu?

Biasa orang akan renungkan bila agaknya masa diorang mati. Tapi, jarang yang pernah fikir "macam mana cara kita mati"..

Ye betol, memang korang akan cakap ajal maut di tangan Allah. Bahkan kematian tu satu-satunya qada' dan qadar yang kita tak dapat ubah. Semuanya dah tertulis bila dan bagaimana cara kita mati.

Mati itu pasti. Aku rasa tak salah aku pikirkan macam mana cara aku mati. Rasulullah sendiri suruh kita sentiasa ingat pada kematian..

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

So, start dari sekarang. Selain tanya diri sendiri bila agaknya masa kita mati. Tanya jugak soalan camni kat diri sendiri:

"Katakan esok aku mati. Macam mana la agaknya cara aku mati nanti ek?"





Pautan entri:

http://tazkirahjumaat.blogspot.com/2008/10/tj-mengingati-mati-hadis-kaya-harta-dan.html
Read On

[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!

204 comments
Woah.!! Buat pertama kalinya aku buat contest. Hadiah yang aku nak bagi ni pon bukan cikai-cikai. Hadiah berupa sebuah henpon e-Touch 212 Pro. Harganya RM150 sebijik. Amacam, berminat nak dapat free? Join contest ni dulu. Ahaks..



Meh tengok syarat2 contest:

a) Anda mestilah ada blog..
b) Anda mestilah merupakan follower blog Jejaka Terhangat ni.
c) Anda mestilah berada di Malaysia..
d) Satu blog boleh sertai sekali jer..

Orait, dah lepas syarat kelayakan contest? Bagus. Meh tengok apa pulak yg perlu korang buat..




Cara sertai kontest ni:

1. Buat satu entri yang bertajuk:
"[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!"

2. Kat entri tu, letakkan banner contest (besar) di atas dan linkkan ke entri ni..

3. Bagi sebab kenapa korang nak menang contest ni. Dalam sebab tersebut MESTI diletakkan nama Jejaka Terhangat dan di link kan ke blog ni..

4. Copy code banner (kecik) berikut dan pastekan kat sidebar blog korang..




5. TAG 6 orang blogger yang aktif (pastikan diorang tau ditag)..

6. Lastly, letakkan link entri korang kat komen bawah ni..


Dah, tu je. Senang kan? Budak tadika pon reti buat. Ngehh.. Pemenang akan dipilih berdasarkan peserta yang bagi sebab yang paling BEST..


PENYERTAAN KINI DITUTUP..!!!




*code banner sidebar menggunakan iframe. Anda boleh removekan banner setelah contest tamat.
Read On

[Follower BloG Review] Mari Warnai Blog Anda Bersama Milly Molly. Being Colorful BloG Yang Ceria.

13 comments 01 February 2011
Alops sume. Anda bersama Jejaka Terhangat lagi dalam slot Follower BloG Review. Kali ni aku excited sket nak buat review. Pasal blog ni ceria sangat. Cik Milly Molly. Entri ni khas untuk anda. Ngehh..




Tagline: i am AMY and i don't talk much


Nampak tak? Betol kan aku kata. BloG cik Milly memang nampak ceria. Template dia memang kalerful, sesuai dengan nama blog. Bukan tu je, banyak lagi yang buatkan aku excited tengok blog cik Milly. Baca point2 ni..


1. Template menarik.

Biasanya template yg terlalu banyak kaler akan buatkan satu blog tu nampak serabut. Tapi tidak kat blog ni. Mungkin sebab kaler yg digunakan semuanya bersifat lembut. Tak sakit mata.

Template, side bar semua nampak kemas. Header pon simple je. Tapi masih nampak menarik. Cool..

Warna "blockquote" pon comel. Dengan kata lainnya, colors rulez here. Kat blog ni, takde isu penggunaan warna yang tak match. Thumbs up..


2. Tiada widget merepek.

Blog ni dah cukup ceria dengan warna. Tak perlu lagi widget2 bukan2 yang boleh beratkan blog. Cik Milly dah buktika widget bukanlah keperluan utk mencantik dan menceriakan blog. Tahniah..!!


3. Entri menarik.

Cik Molly sangat rajin update entri. Baru-baru ni semakin rajin. Semangat blogging membara ek cik? Hehe.. Walaupun entri banyak bersifat personal, tapi masih up to date dan best nak dibaca.

Owh, tak lupe. Cik Molly gak rajin masuk kontest yek. Sesiapa yang ada kontest tu meh bagitau cik Molly cepat. Peluang nak dapatkan peserta ni. Ngehhh..


4. Sistem komen best.

Sistem komen yang menggunakan "pop up comment" memang aku suka. Plus takde "words verification" Bertambah la aku suka. Bagus-bagus. Hehe..


✿ Nurul Amilly'z Sarpani ✿ Amy ✿ Milly'z ✿ 23 ✿ University of Malaya (Accounting)
✿ Johor ✿ Love to Write but Hate to Talk ✿ 


Overall, blog Being Colorful ni memang dah menarik tertarik. Just nak bagi cadangan je supaya blog cik Molly ni bleh diupgrade. Terima la ni yek..=p

1. Nuffnang ads.

Blog ni tak cukup lagi satu ads, iaitu nuffnang leaderboard. Seelok2nya letakkan ketiga2 ads supaya peluang nak dapatkan earning tu lebih banyak..


2. Navigation bar.

Macam biasa, hidekan navigation bar (navbar) supaya takde orang gatai tangan tekan "Report Abuse" kat atas tu. Tutorial nak hidekan klik [sini].

3. Blog archive.

Blog archive sangat panjang. Cuba gunakan "scroll box" supaya archive tu lebih nampak pendek dan kemas..


Orait. Tu je kot. Cukup tak review aku ni? Kalau sape2 rasa tak cukup tolong la tambah kat komen bawah ni yek. Ngehh..
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...