Perempuan, Seronok Tak Tayang Gambar Kat Facebook Bagi Semua Laki Tengok??

Semalam aku saja buat troll kat facebook. Aku buat untuk dapatkan feedback daripada kawan-kawan facebook aku. Aku tanya soalan ni:

Soalan: Seronok tak tayang gambar kat facebook bagi semua laki tengok?

Ada la beberapa gadis dan jejaka yang mencemar duli, turun komen bagi maklum balas pada soalan yang aku kasi tu.

Standard, mesti ada perempuan yang akan tanya balik "lelaki suka ke tengok?". Eh,lagi mau tanya. Orang dah kasi tengok. Kita tengok la kan? Ahaks.

Dan ada jugak perempuan kata, "kalau tak suka tak payah tengok".

Meh aku dedahkan satu kebenaran kat korang. Lelaki MEMANG SUKA tengok gadis2 tayang muka, pacak gambar dia besar-besar kat facebook. Tak dinafikan.

Gadis bertudung shawl, gadis tak bertudung, yang pakai ketat, seksi. Semua laki suka tengok. Dah nama pun lelaki, bila nampak peluang macam ni memang takkan dilepaskan.

Lelaki teruk? Iya, memang. Tapi, itulah hakikat yang korang semua kena tau dan terima wahai wanita. "Cuci mata" memang sebahagian daripada hidup lelaki.

Sebab tu aku tanya. Korang letak gambar besar-besar, posing konon-konon ayu pastu letak kat facebook tu apa motifnya? Memang saja tayang untuk jadi santapan mata lelaki la kan? Tolong la jangan hipokrit kata "tidak". Mencik tau.. =p


Suka pujian je..

Lagi satu yang aku perasan pasal pompuan yang suka tayang muka ni, diorang rasa kembang bila dipuji je. Bila orang kutuk sikit, mula la melenting.

Eh, tak percaya? Meh tengok ni sendiri:

Gambar 1:


Bila dipuji. Aiceh. Kontrol la konon-konon..

Gambar 2:


Bila tak dipuji, mula la melenting. Kahkah, lawak-lawak..


Sebenarnya, pujian yang korang dapat kat facebook tu mostly plastik semata-mata. Lebih-lebih lagi bila lelaki puji perempuan. Mesti ada udang sebalik spageti. Nak cari peluang untuk rapatkan diri dengan korang. Percayalah. Aku tak tipu.

So, fikir-fikirkanlah perempuan sekalian. Seronok tak tayang gambar kat facebook bagi semua laki tengok? Korang jawab la sendiri dalam hati. Adioss. =)

p/s: Tolong jangan bagi komen "tak semua camtu, tak semua camni" boleh tak. Bosan la komen typical camtu.

.................. Klik sini untuk ke sambungan topik ini.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

79 comments:

  • Mostly perempuan yang tayang gambar kat facebook memang bertujuan untuk tayang pada umum. Ada yang hendak tarik perhatian lelaki, ada yang hendak berlumba, siapa yang paling cun, paling cantik, paling seksi dan bermacam paling lagilah.

    Paling yang dikesali, walaupun telah bertudung, tetapi masih juga TAK NAK remove semua gambar yang tidak pakai tudung, sehinggakan gambar dalam bilik tidur pun di letaknya. Posing maut pula tu.

  • Err... kalu 0rg puji, MissCt trime, kutuk p0n MissCt trime.. Adil lg saksama.. huhu...

  • mmg la semua orang baik lelaki ke perempuan suka bergambar.. kalau tengok lelaki-lelaki maskulin pn sm je. bersepah gmbr dlm fb. tp i mostly suka ltk picture yang tak full body. ckup la pic muka ke. hehe.. tp tak byk pn letak. dlm blog pn nk kurang-kurangkn gmbr diri. better kita letak pic pemandangan.

    s0 cuba jenguk fb lelaki-lelaki maskulin yg suka bergaya cmne?

  • assalamualaikum,,hahhaha...xboleh blah yang gaduh bile orang cakap xcantik tu...trima dengan seadanya lah...hahaha..gelak geguling..gambar bese2 sudah XD

  • Haha.. suka entry ni.. like berjuta-juta lemon... *Ikhlas puji ni*.. Ekceli, dah lama perasan mende ni.. Sebab aku pernah 'tegur kasar' sorang pompuan kat fb... Aku cakap "perghh.. tayang lutut".. Teruk aku kena maki kat wall dia.. DEMM!

    P/s: Teguran macam ni ler lebih bagus, sarcasm.. siap censored.. Tak perlu nak tulis entry pedas macam mamat overseas tu.. DEMM sekali lagi... *Pujian ikhlas kali kedua*

    hahaha.. Ingat Hijau Ingat Daus!

  • "pujian yang korang dapat kat facebook tu mostly plastik semata-mata. Lebih-lebih lagi bila lelaki puji perempuan. Mesti ada udang sebalik spageti"

    sampai hati jt ckp camni.. aku puji ikhlas dari hati.. koh3...

    btw album awek mane punye komen ni ko sapu?? keh3.. nak tgk gak.. :P

  • Fariq, kita serupa.. aku pun selalu komen ikhlas baik punya.. wakaka..

    ko nak cari ker fariq? aku dah spy dah gmbr tu.. gelak guling2 aku tgk komen orang.. har3x~

    apapapun, selagi dapat tgur, kita tegur.. nak kata cntik pun xslah.. ckp jak " pergh ~ kiutnya, untung sepa jd suami.. ikhlas ni puji.. tp lagi kiut pakai tudung, pahala kan.. apatah lg wajib tutup aurat.. ikhlas ni tegur" <-- boleh pakai ker? keh keh keh..

  • wakakaka aretik.. takdenye nak cari.. aku biasa tgk gmbr yg muncul kat news feed tu je.. nak selongkar album org mmg tak la..

    btw. mmg betul tu, kita puji sambil selit teguran skit, kalo bley bg double meaning skit, kite nak marah tak psl2 pon tak bley, so kite tegur cara yg paling berhemah. kalo die dah tak bley trime gak, tu terpulang pada die plak.

  • hahaha...
    tak leh kene kutukan la tu..
    suke sgt di puji melambung2..
    rilek2 sudah..
    =D

  • kui3..pernah jumpa fesbuk gadis yg macam tu..kena puji kemaen lgi low-profile..bile kena kutuk ngamuk bagai..

  • yup2 jt.. naqiah letak memang utk tarik perhatian pon.. hakikat manusia y tidak boleh dipertikaikan.. hahahaha.. :P

  • alaa ltak pic cntik2 nk tnggu org puji pastu bia ramai org add as friend.then kepohchi kat member ada org komen dia macam ni bla bla bla...contohnya
    ada mamat hensem add ak weyhh.sok sek sok sek citer.
    bosan~HAHAHHA
    >,<
    komen mcm xde motif je HAHAHA

    p/s:lama xsinggah sini

  • @Fariq nasib baik kt sni tade gambo otomen tembak ,kalau tk kene dah fariq ni

    boleh plak dye nak tgk org dah censored. kn boleh je cri kt fb tu belambak :hoho :lari

  • eh ter reply komen fariq lak :hoho


    mmg nak perhatian

    dah dapat awek da pon

    :kacak :hoho

    :lari

  • bro JT : terbaik....

  • hehe..najah nak gelak je..:)

  • eceh....

    orang yang suka kena puji ni, sekali kena keji dah melenting


    hopeless habess...
    pathetic

  • terbaek lah!!heheh..
    memang pon..mcm tadak motif la kalau dah letak gambaq buat duck face mintak penyepak 2 3 das kan..haha

    kalau dengan tujuan nak kasi org kenal, xkan ada amek gambaq mcm horny semacam kan..
    kot ya pon suka begambaq...collection sendiri dah la..hihi..


    adiosss~~

  • HAHA..terbaiklah cari gaduh camtu..walaupaper pun..perempuan yang baik tidak dipandang dan memandang kan?? :)

    www.fluffyninie.blogspot.com

  • prmpuan jgak yg kne point kn??? haha. laki pun sme je.. sume na tyang jgkk cume dorg jnis yg ta cpt mlenting klau kne kutuk. jwpn typical klu kne ktuk pon 'relaz suda' 'tarahal bro' haha. beza ngn pmpn lakott tp tp bukn sume. rmai je yg trime krikal ngn hati terbuka. pmpn klau tyg gamb salu kne point sbb aurat dorg kn lbih dr laki 2jee. klau laki yelaa, ta nmpak dosa sgt kn. tp jgn la sgka bruk je sume. pmpn kdg2 juz na shre gamb yg dye rse cntek utk d share sbb pegi tmpt besh or bju cntek myb. cume haruslah gmb yg sopan n bukn utk riak. bru OKAY :)

    yanadimple.blogspot.com/

  • suka pulak dgn entry nie..dulu mungkin suka tayang² muka..bebudak la katakan..sekarang ni bila dah matang benda² cam 2 xheran dah..

  • Laki popuan sama ja kot JT...ramai jer lelaki FB aku yang suka bergambar untuk tarik perhatian permepuan..kalau yang jenis gay, derang amek gambar tak pakai baju and tayang six pax...popuan la ambil gambar muka and dongak ke atas..bagi aku, normal kot...nama pun FB...huhu

    as they berani ads muka kat FB, derang pun kena berani accept any possibility that might be happen..just please be sure yang derang not too over sampai menyesal di kemudian hari....cheers~

  • sapa punye fb ni jt??akak nak tengok gambar diaje..;p
    aih..begambar pipi kembung..mulut muncung2..
    lepas tu ambik dari posisi atas supaya nmpak benjol2 dada..
    pegh!!!!
    bukan lelaki je suka tengok..
    akak pun suka jugak!

  • err memang terasa siot ngn entry ni tapi aku terime sebab tu memang kenyataan..hehehe

    tp ade gak tapi nye..hehe
    dah memang fitrah pompuan suke dipuji kan..peace :)

  • udang sbalik sapgeti..tetiba lapar la plak..nk mkn mee goreng mamak la..wohaaa(ni bkn komen typical kn...huhu)

  • amal letak 1 gambar profile pic je... lain takde... XD

  • nak buat cmne..pantang dipuji..makin bnyk r lagi gambar yg die nk tayang..hee

  • kan bagus kongsi ilmu yg bermanfaat kat fb dr dok tayang dosa ^^

  • takde diskriminasi antara laki pompuan pn kat sini..JT awal2 dah bgtau lelaki teruk, suka usha pompuan yg tayang gmbar..tp tu pn berpunca sbb pmpuan kasi peluang kat laki tgk. so, soalan JT kasi tu jwb sndiri la dlm hati yek..=)

  • nice entry..tq JT sentiasa ingat mengingati sesama manusia...

  • hahaha lawak lawak..!! lelaki kate suke mesti la perempuan lg nak buat sbb dorg kan nakkan perhatian terbaEK!! dari ladang...hee!! kesian kesian xcukup perhatian dr yg tersyg. hehe jangan mare sekadar pandangan cume~! *.^

  • kat sini yg sama macam aku,cuma fariq ngan aretik je.. mmg ikhlas dari hati.. haha..

    btw aku pun penah kena..jangan kata sorang.. ramai gila kot hentam aku..

    mana taknya, kat FB siap ada FANpage pencarian gadis kacak, lelaki kiut, dan bermacam bagai lagi.. beribu2 kot like..

    yg buat aku kena hentam tau ayat apa aku post?

    "korang yg join fanpage ni rasa segak plus kiut sangat ke??" harap2 admin fanpage ni dapat jamin korang kat hari perhitungan sekali nanti.."

    mmg time tu aku femes sebab kena maki secara jemaah..

    ayat yg paling aku xleh lupa,

    "ko suruh bapak ko jual tv.. kalo nak kritik sangat pergi kritik kat semua syarikat penyiar tv tu.."

    siot je, camne aku nak tengok kartun kalo bapak aku jual tv?
    haha..

  • ok, thanks. that why la umi slalu pesan kenape manusia ni kene ada perasaan malu. Bila dah takde perasaan malu cam nih lah jadiknye.

    maybe sebab dyeorang pk just suke2, eleh, rileks la~ sekadar gambar je kot. tapi sayang nye bile muke dyeorang tu jadik bahan santapan dak laki2 yang yang secara semulajadinye mmg ada "kegatalan".


    haish, sebagai perempuan. Secara jujurnya, kekadang tu ada gak perasaan nak letak gambar kat FB, ke kat twitter ke, kat blog. Its comes naturally. tapi kita kene pk dua kali sama ada nak letak or tak.



    Then, kat situlah, agama Islam memainkan peranannya. Untuk memelihara perempuan daripada menjadi bahan fitnah dan juga meninggikan martabat perempuan daripada terus di hina.


    Terima kasih atas n3 yang berguna.

  • Terpulang kat niat masing-masing la.Ade yg dok tayang gambo coz nk kne puji, "Ea,awk ni comel la" "Canteknye awk". Sume berharap pujian camni. Lebih-lebih lagi pompuan yg ade friends smpai 4k, sume berharap dpt pujian-pujian dr laki2 yg tah dr mane2. Kdg bkn laki Msia je komen, laki dr Pakistan pon ade. LOL. Klu aku letak gmba bkn nk pujian coz mostly my pic adlh gmba2 dgn my bestfrens & classmates. Utk reminisce sme2 je kt FB.

  • JT, tahukah anda betapa susahnya seorang perempuan untuk tidak menunjukkan kecantikan? :) kerana fitrahnya wanita, suka melawa.

    saya salute muslimat yang sanggup ketepikan keinginan untuk melawa, semata2 kerana ALLAH. semoga semua kita kuat untuk menolak godaan. applicable to both muslimin and muslimat ye. ;)

    http://mywordmythinkin.blogspot.com/2010/10/wanita-cantik-dan-dinner-proton.html

  • Ada juga yang masuk gambar wanita cantik dan seksi untuk lariskan jualan,tapi rasanya ramai yang dah tahu hal ni dan tak akan terpedaya dengan gambar yang seksi..betul tak?

  • betina camni buat awek sedap ni... kalau nak buat bini??.. hmm.. mak aq tak ndak... hahaha..

  • salam ziarah..

    ak jenis lelaki yg x berapa suka komen pic pmpn cm ckp u cute la..ha3..

    kejam gler aku..ha3

  • Hahaha. Kalau ko kembangkan lagi isi troll mesti gempak.! XD

  • udang sebalik spageti #okfine

  • salam kenal bro...

    wah mmg terbaik la entry nih....gua bagi lu A++...haha

    mmg byk yg tergedik gedik kat FB...gua pun mencik....:)

  • bila dipuji...jadi macam kucing..malu la konon...


    bila ditegur...pergh...hebat2,,,

  • org yang melenting kalau tak dapat pujian tu, maybe dia takleh time kenyataan kot. ye la, dah abes posing, dah abes mekap. still takdapat pujian. mmg sedih la. hahaha

  • sbnrnye same je..sbb pompuan ni isu lbeh sensitip sbb tu org lbeh care..cubenye laki ade je y taruk gmbar tak snonoh kt fb..tak pun y muke ala2 le min hoo tak ke sbb nk suh org komen puji2 jgk..bezanye mungkin la laki takde dpt komeng y outspoken dpn2 kena kutuk.. pastu nk marah2 balik..kalo laki pon gtu maknenya same aje la ngan pompuan..erti kata lain pondan

    sy walopun pompuan tp amat tak suke pompuan seperti diatas..jd sy tak lah nafikan sekeras kerasnya pendapat jt tu:geleng

  • buat tambah dosa je
    tgk..kalo diorg pakai seksi2

  • Hahaha...best2...buat la entri pedas berapi lagi bro. tak cukup power lg ni.

  • pedas n panas,,,

    naseb aku x makan cili n x minum ais je,,hehehe

  • Memang kebanyakkan gadis yg letak gamba depan fB cox nk tayang muka.. but, bukan semuanya macam tu.. ade yang letak gamba yg sopan so xkesah laa kan.. kes ni yg suke sgt letak gamba ter-over sikit.. melebih2 posing nye.. memang ramai laki yg suke.. but fikir2 laa s'diri sbb ape dorang suke.. Mira pun gadis zaman skang jugak.. Tapi "tepuk dada, tanya iman"

    aylliarimasiprincess.blogspot.com

  • :erk okeh

    entry pedas tapi tak terase XD

    malu nak letak gmbar sndiri. tak tau la nape.

    pmpuan memang la camtu..rase macam diri tu kiut miut piut je sampai ade macam2 koleksi album...pic baru bangun tido..pic hot jap...and bla..bla..bla..

    even nak suh orang knal n memudahkan kawan2 nak add..gmbar tu kasi sopan la sket. ni tak.

    tayang habes..adehh..laki pun taknak wat bini.. XD

  • tak payah letak gambar dalam fesbuk lah ! nyemak. kalau sopan, oke lah. ni tersenget sane, tunjuk sini, pampang ntah pahape.. nak hot lah tu. rsakan hot neraka lah..

  • tumpang bace je.hehhe bab2 FB nie tak mau masuk +....sebabnyerr aku tak de FB..n tak terPK nak wat FB pon.blog je sudehhh la. terbaekkk broo entry nie.aku suker!suker suker suker!!(thumbs up)

  • thanks semua yang komen dan bagi buah fikiran yang berguna.. =)

  • fun entry anyway~long time no read..damn busy...JK, keep up the good job..hee^^~

  • aiyyoo...JT tersilap taip...hee~~

  • Seronok tak tayang gambar kat facebook bagi semua laki tengok?

    Terbaik punya soalan , boleh guna tanya kawan2 ni , heheh
    Thanks for the best post !

  • ..aku letak gmbr, tp tak nampak sangat..tp ada laki tu kata...mesti malu ni nak tayang sebab tak cantik..bila letak gmbr, kutuk lak sebab tayang muka cantik konon..hissyy..tak fhm tul..n aku klu laki tu len mcm miang, tak add pun..kawan aku pun takdela ramai sgt..just kwn sekerja, anak2 buah, sama study n family..

  • gua tarak kisah lu org lelaki nk fikir apa..yang penting. mak sedara, pak sedara, cikgu sekolah, lecturer, kawan-kawan pun senang nak add gua pasal gua pacak gmbr sendiri kt FB.

  • ish2..bleh plak macam tu

  • untung la muka cun blh tayang2 XD

  • Kecantikan itu anugerah Allah...Alhamdulillah. tak perlu tayang2kerana itu tnda nya RIAK. dalam Islam hukum nya HARAM.

  • kadang2 kaum pompuan tayang gambar just untuk suka suka , tak terpikir pon nk suruh laki puji or kutuk ....

  • hahah...sy suke je org tgk..lol

    sbb sy pon suke je tgk laki yg tayang gmbar mereka..

    give n take...
    lolz..

  • ade entry balasan dr blog kaum Hawa... nnt aku buat entry khas ulas mende ni n backlink kat hang ok??

    latest entry 2 Benda yang Blogger TAKUT & Urban : Camera Paling CANGGIH

  • kelakar la pulak bile bace post ni

  • kelakar la pulak bile bace post ni~~
    mmang x salah nk tegur tpi agak2 la jgn smpai kutuk pulakkn mcm ngumpat pon de,,ciap ngate2 agi2..klu awk fhm "pompuan dibuat drp tulang rusuk laki2"-tulang rusuk 2 lembut n x bleh kasar2 coz t bleh patah,,thanz ar ats teguran..bg sy la,,,sy amek dri "ttup aurat pompuan kecuali muke n tapak tangan"...bg y amek pic y x ttup aurat n aksi y agak seksi la y x bleh,,,erm..sy phm masing punye pandangan bbeza,,sume masing pemikiran laen2 n x same...tpi jgn la komdem abes-abesan..btw,,sy tarak kisah lu org lelaki nk fikir apa..yang penting. mak sedara, pak sedara, cikgu sekolah, lecturer, kawan-kawan pun senang nak add sy pasal sy dh de gmbr sendiri kt FB.Terpulang kat niat masing-masing la. Klu sy letak gmba bkn nk pujian coz mostly my pic adlh gmba2 dgn my bestfrens & classmates.

  • takde mangsa umpatan pon kat sini..post ni bersifat general..tuan punya fb tu pon dah dicensored..takde masalah aib2 kat sini..

    memang aku dah kasitau awal2. tak salah pon korang nak pacak gambar mcm mana pon. soalan aku senang je.."suka tak tayang gambar kat facebook, semua laki boleh tengok. badan, lenggok tubuh korang jadi santapan mata lelaki ajnabi. best tak?"

    nak post gmbar kat facebook bleh. ustaz azhar idrus dah kasitau pn camne. gmbar tu biarla kecik je, asalkn org bleh kenal dah la. yg pg dok posing bergedikan, letak gambar sebesar2nya tu pe kes?

    bergantung pada niat ek? bleh ke kita kawal niat org drpd buat sesuatu yg jahat dg gmbar kita? kan elok cegah sblm terlambat. pkir2kanla..

  • kat entry ni mmg ok je la.. but sian la kan kaum pompuan kalo asyik2 kaum laki nk ngutuk je. kaum laki nak kawin ngn pompuan jgk kn. so better xpelu la ade p'aniayaan mcmni. sy amek bnde ni as tguran, but pada gegurl len n gurl yg awok showkn komen mara nye, xke bnde tuh mcm m'aibkan org.

    sy pon de jgk ltk pic sy kat fb, but btudungla smue nye. pi cm tpikir n takot jgk ble kekdg bce entry ni. :D rase nak delete smue, pi t cmne lak org nak knl. sy jus add pic yang half not full body. tp rse mcm mseh d kritik dgn entry yg b'bisa ini. sory la bnyk2.. sy mmg xpandai nak komen, t takot org m'labelkan bkn2.. pi smue manusia nak org tgk muke meke.. dgn harapan, "owh, cantik jgk ak ni." as sy yg gemuk ni pon msih ade ltk pic2, bkn pasal suke nak tayang bagi laki tgk. just tok fun, xpikir pon nak riak or dpt pujian :) malah sy alwys d kondem bcause BULAT N MONTEL.

    pi sy sokong mr, pria thagat, bahaya kalo kita ltk full body pic. sng tok org KOPY N buat jht. tp cmne lak kalo da thambik pic full tuh n nmpk cntik.. ?? mst meke letk je as album meke. dala2.. pnjg lak dinky bualkn kat sini.. tq anywy.. :)

    T sggh entry dinky yup.

  • pada aku x patut khususkan pada perempuan je. lelaki pun sama, serius aku geli usha fb lelaki satu album penuh muka dia shock sendiri kalah perempuan. ingat perempuan x usha ke? lepas ni boleh la buat entri seronak x perempuan usha FB lelaki,wei perempuan berdosa tau usha gamba2 lelaki kat FB. lelaki je boleh buat camtu. Lol. RB

  • @Anonymous
    cara perempuan pandang lelaki tak sama dgn cara lelaki pandang perempuan. mana satu yg akan bagi lebih ancaman? please think twice..

  • petanda kiamat..
    dunia dh akhir zaman..
    bnyk2 la bertaubat.

  • aku nak share d fb ni . ^^ terbaekk !

  • Hehe, baca sebagai halwa mata petang-petang ni.

  • aslm...btl lah..stuju sngt..w/pon sy pmpn..wlaupon gmbr 2 b'tdg..org puji cntk..tp ble pk blik..ish..napela aku lyn komn2 2..2 mnampakkn yg aku ni ngada2 je..n saje cm nk pose mke sndri..cre t'baik yg ku bt..delete je gmbr yg senym lbh2 2..hehe..alhmdullh..hti lbh teng..:-)..

  • assalamualaikum..
    nice entry..
    :)

  • nice entry.. dah takde lagi dah gmbar yuu kt fb.. alhamdulillah.. :)

  • gyihaahahahah tau pulak melenting.....sendiri mau ingat la..haha..by the way...dah lame tak jenguk blog abg JT...hehe..drop by here..as-salam

  • mungkin si gadis itu tgh FLOATING.haha!kalo sy, sy ckp la, teme kasih.haha! kbai.


    p/s: bkn xnk tinggalkn jejak. mls nk onblog. salam!sje je lalu. kikikikiki~

  • "tak semua camtu, tak semua camni"

  • Terbaik laaaaa!!!!

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...