|
Showing posts with label kesan facebook. Show all posts
Showing posts with label kesan facebook. Show all posts
Betul Ke Korang Buat Facebook Untuk Tambah Kawan?23 comments 17 August 2011
Salam perpaduan kawan seMalaysiaku..
Entah kenapa, aku sangat suka tulis pasal facebook. Maklumla, natang tu kan salah satu platform sosial yang sangat popular. Boleh dikatakan setiap daripada kita pasti ada facebook. Anak kepada kawan aku, umur dia baru 5 tahun pon dah ada akaun facebook. What the fishball? Apa sebenarnya yang kita buat dengan facebook? Kalau aku tanya setiap daripada korang, aku pasti mostly akan bagi jawapan yang korang berfacebook untuk cari kenalan. Untuk tambah kawan. Heh, kenapa la korang suka bagi jawapan klise ek? Betul ke tu jawapan jujur korang. Untuk tambah kawan? Kalau betul bagus la. Tapi, ketahuilah. Tak ramai yang buat facebook untuk betul-betul nak tambah kenalan. Aku teringat dulu, ada satu blog ni dia tulis bahawa hampir 80 peratus pengguna buat facebook untuk "stalk", dan bukan betul-betul nak buat kawan. Walaupun research dia takde la dapat pengiktirafan, tapi aku sangat setuju dengan penyataan dia. Stalker kat facebook memang lebih ramai berbanding pengguna yang sebenar-benarnya. Percayalah. Sebab tu aku selalu pesan kat perempuan. Jangan terlalu mencapap kat facebook. Kelak akan makan diri. Pesanan aku ni serius, bukan main-main. Tujuan aku berfacebook 1. Jujur aku katakan. Tujuan utama aku berfacebook bukan semata-mata untuk tambah kenalan. Tapi untuk melebarkan lagi sayap blog aku ni. Pengguna facebook sangat ramai. Jadi, sangat rugi rasanya kalau bloggers tak gunakan platform ni untuk tarik pembaca masuk ke blog kita. 2. Tak dinafikan, aku jugak stalker. Aku sangat suka tengok gelagat "annoying" manusia kat facebook. Facebook dah jadi seperti satu hiburan bagi aku. Annoying maksud aku adalah (a) gadis melaram bajet model (b) pengupdate status facebook yang tah pape (c) budak sekolah kurang kasih sayang (d) promote pakwe/makwe 3. Biasanya, mana yang "annoying" tu memang aku akan tegur. Kebanyakan yang ditegur tu pulak akan melatah, lawan balik. Fuhh, facebook memang betul-btul menguji kesabaran aku. Sabor je la nyah. =p Facebook lebih banyak keburukan berbanding kebaikan Sebenarnya facebook memang lebih banyak keburukannya berbanding kebaikan. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri macam mana kita boleh extract faedah daripada facebook semaksima yang mungkin. Jangan biarkan facebook jadi platform korang untuk tayang dosa, mengaibkan diri dan menjatuhkan maruah diri. Sebelum aku mengakhirkan post ni, aku nak korang tanya diri sendiri. 1. Adakah korang alert yang lebih ramai stalker kat facebook yang boleh mengaib dan menjatuhkan korang satu hari nanti? 2. Adakah korang tegur kawan yang berbuat khilaf kat facebook? Contohnya yang bertabarruj, tayang muka kat facebook. Atau sebenarnya, korang pun subahat, puji dengan kecantikan yang dia pamerkan tu? 3. Adakah korang pasti, apa yang korang letak kat facebook samada gambar, atau status bukanlah sesuatu yang boleh mengaibkan korang? Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.Tegur kawan buat khilaf hukumnya wajib. Jika tak berani untuk tegur kesilapan kawan. Maka, bencilah perbuatannya dengan hati. Tapi, itu menandakan lemahnya iman kita. Tak sedih ke kalau iman kita hanya di tahap tu? Perempuan, Seronok Tak Tayang Gambar Kat Facebook Bagi Semua Laki Tengok??78 comments 28 July 2011
Semalam aku saja buat troll kat facebook. Aku buat untuk dapatkan feedback daripada kawan-kawan facebook aku. Aku tanya soalan ni:
Soalan: Seronok tak tayang gambar kat facebook bagi semua laki tengok? Ada la beberapa gadis dan jejaka yang mencemar duli, turun komen bagi maklum balas pada soalan yang aku kasi tu. Standard, mesti ada perempuan yang akan tanya balik "lelaki suka ke tengok?". Eh,lagi mau tanya. Orang dah kasi tengok. Kita tengok la kan? Ahaks. Dan ada jugak perempuan kata, "kalau tak suka tak payah tengok". Meh aku dedahkan satu kebenaran kat korang. Lelaki MEMANG SUKA tengok gadis2 tayang muka, pacak gambar dia besar-besar kat facebook. Tak dinafikan. Gadis bertudung shawl, gadis tak bertudung, yang pakai ketat, seksi. Semua laki suka tengok. Dah nama pun lelaki, bila nampak peluang macam ni memang takkan dilepaskan. Lelaki teruk? Iya, memang. Tapi, itulah hakikat yang korang semua kena tau dan terima wahai wanita. "Cuci mata" memang sebahagian daripada hidup lelaki. Sebab tu aku tanya. Korang letak gambar besar-besar, posing konon-konon ayu pastu letak kat facebook tu apa motifnya? Memang saja tayang untuk jadi santapan mata lelaki la kan? Tolong la jangan hipokrit kata "tidak". Mencik tau.. =p Suka pujian je.. Lagi satu yang aku perasan pasal pompuan yang suka tayang muka ni, diorang rasa kembang bila dipuji je. Bila orang kutuk sikit, mula la melenting. Eh, tak percaya? Meh tengok ni sendiri: Gambar 1: Bila dipuji. Aiceh. Kontrol la konon-konon.. Gambar 2: Bila tak dipuji, mula la melenting. Kahkah, lawak-lawak.. Sebenarnya, pujian yang korang dapat kat facebook tu mostly plastik semata-mata. Lebih-lebih lagi bila lelaki puji perempuan. Mesti ada udang sebalik spageti. Nak cari peluang untuk rapatkan diri dengan korang. Percayalah. Aku tak tipu. So, fikir-fikirkanlah perempuan sekalian. Seronok tak tayang gambar kat facebook bagi semua laki tengok? Korang jawab la sendiri dalam hati. Adioss. =) p/s: Tolong jangan bagi komen "tak semua camtu, tak semua camni" boleh tak. Bosan la komen typical camtu. .................. Klik sini untuk ke sambungan topik ini. Kenapa Ada Yang Benci Blogger? Ish, Ish..37 comments 29 April 2011
Mungkin ada antara korang yang dah tau kewujudan page ni kat facebook. Fanpage "Kami Benci Blogger". Wahh, ada jugak yang benci bloggers ek. Kenapa dan mengapa benci bloggers? Kesian kat kami tau. Kehkeh..
Fanpage Kami Benci Blogger Yang agak kelakarnya, kebanyakan yang LIKE fanpage tu pon bloggers. Dan, diorang gunakan page tu utk "ping" entri diorang kat sana. Kahkah.. Memang saje bangkitkan amarah si admin betul. Tapi yang peliknya, takde feedback langsung daripada admin fanpage tu. So, aku rumuskan. Ada beberapa sebab yang membuatkan fanpage "Kami Benci Bloggers" tu terbina. 1. Saje bikin troll Tau tak korang apa itu "troll". Troller ni saje je buat satu topik kontroversi. Pastu dia gelak belakang tabir, sambil makan pop corn, sambil perhatikan gelagat manusia yang melatah terhadap topik kontroversi yang dia bukak tu. Memang aku tengok ada blogger yang melatah kat fanpage tu. Misi troll berjaya.. 2. Tak puas hati kat sorang blogger Nama pun manusia. Bila marahkan nyamuk. Habis satu kelambu dibakarnya. Sama la jugak dengan situasi sekarang ni. Mungkin ada selisih faham dengan sorang blogger. So, blogger yang lain pon jadi mangsa api kebencian dia. 3. Kurang kasih sayang Alolo, kesiannya. Mungkin saje dia buat page tu utk tarik perhatian. Kat rumah, mak ayah kurang kasi perhatian dan kasih sayang. So, dia terpaksa la cari alternatif lain utk dapatkan perhatian orang lain. Sob sobb (bunyi menangis). Sedih jugak rupanya nasib admin fanpage tu ek. =( Apapepun, kalau korang jumpa page macam ni. Jangan cepat melatah. Maksudnya kena bertenang. Jangan cepat bagi komen maki hamun, mencarut dan sebagainya. Kalau korang nak tau, sebelum aku mula berblog. Aku pon benci jugak dengan blog. Bukan benci blogger yek, tapi benci blog. Nak tau kenapa? Meh, baca kat sini. Blog berkaitan topik ni: 1. http://aufafielfelix.blogspot.com/2011/04/aku-benci-blogger.html 2.http://www.tintapenaku.com/2011/04/perlu-ke-nak-dengki-ngan-kitorang.html Facebook Bakal Ditutup? Nonsense..18 comments 09 January 2011Fullamakatak..!! Khabar angin kat tenet memang tersebar dengan cepat. Kalah kelajuan F1. Kebanyakan blog pon dah tolong sebarkan berita palsu yg mengatakan facebook bakal bungkus 15 March ni.. Semuanya bermula dengan Weekly Word News yang menyebarkan berita pasal penutupan facebook. Alasannya, Mark Zuckerberg (facebook founder) dah penat dan tension dengan facebook yang semakin di luar kawalan.. Berita penuh di sini: FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th! Haha, aku mula-mula baca alasan tu terus. "What the.." Alasan tak bleh blah. Hello, my prend. Takkan la kita nak terus percaya bila dengar alasan yg tak munasabah, munasarawak camtu.. Alasan tak logik 1: Facebook is not a single man's job la. Facebook dah dibeli. Kalo si Mark tu tak nak kerja pon. Facebook boleh cari pengganti la. Bukan susah pon.. Alasan tak logik 2: Lolz, korang try wiki sket. Revenues facebook naik giler-giler setiap tahun. Untung berjuta-juta. Ape ke Dan plus, aku kaji la jugak sejauh mana kebenaran berita internet Weekly World News tu. Ini hasilnya.. The website (WeeklyWorldNews), however, has made false claims in the past, including Michelle Obama being pregnant, and Michael Jackson being spotted on the moon after his death. Nampaknya Weekly World News memang tak boleh pakai punya news. Just another internet hoax (penipuan) made by them.. So, tolong ye kawan-kawan semua. Kalau ada berita yg agak memusykilkan tu jangan main terjah. Selidik dulu sebelum share. Takut kekeliruan melanda banyak pihak pulak.. Walaupon sebenarnya aku pon berharap sangat facebook ditutup (sebab banyak sangat benda tak baik kesan drpd facebook). Tapi apakan daya. Ia hanyalah sebuah berita palsu. Sighh..!!! Kalo isu camni mungkin takpe kot. Jangan isu agama main share camni tanpa usul periksa dah la yek. Ngehh.. Sebab Kenapa Korang Tak Digalakkan Cari Jodoh Di Laman Sosial..!!5 comments 25 October 2010
Korang suka cari jodoh melalui myspace. facebook? Kalau ye, aku nasihatkan hentikan la niat murni korang tu. Video kat bawah ni akan jelaskan kenapa..
. . . . Hantu pon bleh nampak cantik dengan efect gambar dan kamera..wakaka..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|
