Media Tak Semestinya Betul

Kesian. Ada sorang kawan aku ni pemikiran dia terlalu suci. Aku bagitau dia, berita kat tv tak semestinya betul. Pastu dia balas camni:

"Laa, dah benda tu keluar kat berita TV. Mestila benda betul. Takkan berita nak tipu pulak kot"

Okey, tu bukan suci sebenarnya. Tapi naif. Fakta diputarbelitkan pun dok terima je.

Dulu, masa aku kecik-kecik. Aku pun berfikiran yang sama macam dia. Tak kan la berita kat tv dan surat khabar nak tipu rakyat. Fakta yang media keluarkan mestila daripada sumber yang sahih. Apa la. Ada jugak nak pertikaikan berita kat TV. Ish-ish..

Tapi tu dulu. Sekarang, bila meningkat usia. Aku dapat fikir sendiri. Media adalah business. Diorang akan buat macam-macam cara untuk tarik penonton, pembaca dan hits. Sehingga ada yang sanggup memutar belit fakta untuk kepentingan sendiri.

Contoh paling senang adalah Harian Metroseksual. Setiap hari mesti nak jadikan seks sebagai muka hadapan. Taktik murahan untuk tarik pembaca. Itu semua business. Untuk kepentingan media tu sendiri. Korang tak ragu ke, asyik berita seks je hari-hari. Sohih ke sumber yang diorang dapat tu?

Dalam politik pulak. Tak kira la korang pro kerajaan ke, pro pembangkang ke. Kedua-dua media korang kena dengar dan nilai sendiri mana satu yang lebih bernas dan berasas.

Kalau media kerajaan, mesti la asyik menangkan kerajaan je. Kebaikan kerajaan diangkat-angkat. Pembaca berita tu pulak dok tersengih je masa bacakan berita tu.

Bila baca pasal keburukan pembangkang pulak, mula la buat muka toya. Haish, rasa macam nak tujah-tujah je muka pembaca berita tu. Bikin panas betol..!!

Kesimpulannya, apa yang korang dengar daripada berita, jangan terlalu cepat percaya. Buat research dulu. Kalau tak, hidup-hidup je korang diperbodohkan. Ngerti?



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

22 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...