Kenapa Perempuan Benci Lelaki, Dan Kenapa Lelaki Benci Perempuan?


Perempuan versus Lelaki. Isu yang tak kan pernah selesai sampai bila-bila. Mesti ada je benda yang perempuan tak puas hati kat lelaki, dan jugak sebaliknya. Lelaki dan perempuan masing-masing cari kesalahan sesama sendiri.

So, kat sini aku keluarkan dari perspektif lelaki dan perempuan. Alasan-alasan yang biasa digunakan kedua-dua belah pihak. Kenapa perempuan benci lelaki, dan kenapa lelaki benci perempuan?


Sebab-sebab perempuan benci lelaki..

1. Kecewa dengan lelaki

Dikecewakan ni skop paling luas. Biasala, perempuan yang terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam perhubungan pasti akan frust menonggeng bila dia ditinggalkan, lebih teruk lagi dipermainkan. Masa ni la ayat standard perempuan "lelaki semua sama, teruk".

2. Lelaki pemarah

Lelaki ni masa awal-awal kenal tak nak tunjukkan perangai sebenar. Bila dah ada ikatan, baru nak tunjukkan yang dia cepat naik angin, suka maki hamun, dan kaki pukul. Perempuan memang benci lelaki yang pemarah (walaupun dirinya pun suka marah-marah =p).

3. Lelaki tak matang

Biasanya, lelaki lambat capai kematangan berbanding perempuan. Perangai lelaki yang macam budak-budak membuatkan perempuan jelik, dan menyampah pada lelaki.

5. Lelaki tak faham perempuan.

Sebagai perempuan, mesti la nak tumpuan daripada yang tersayang. Tapi, lelaki ni selalu buat tak endah. Masa mengorat dulu bukan main caring. Sekarang, contact seminggu sekali je. Benci la dengan lelaki ni (Eh, menjiwai betol aku ni. Ahaks..)

6. Lelaki ego

Kalau berbincang satu hal, asyik lelaki je nak menang. Ego, tak nak kalah. Perasaan perempuan selalu diketepikan. Asyik perempuan je kena mengalah. Eee, mencik..!!




Jarang jumpa lelaki yang betul-betul anti dengan perempuan. Kalau ada pun, alasannya tak banyak. Alih-alih, alasan yang macam ni jugak lelaki bagi:

Sebab-sebab lelaki benci perempuan..

1. Perempuan obses

Perempuan ni, bila dah minat kat satu-satu benda mesti obses. Contohnya minat kat Aaron Aziz. Asyik Aaron Aziz je yang keluar dari mulut dia. Lelaki dah la tak suka bila perempuan puji lelaki lain depan dia. Menyampah..!!

2. Perempuan tak faham lelaki

Lelaki rasa dikongkong. Tak bebas. Asyik kena mesej, kol selalu. Tau la nak perhatian. Tapi tak kan orang nak keluar dengan kawan-kawan pun kena sambil mesej jugak. Rimas..

3. Perempuan cepat tacing

Bila ada salah faham sikit, merajuk, nangis. Ini la perempuan. Asyik nak kena pujuk. Lama-lama lelaki boleh rasa bosan dan jelik. Sekali-sekala tak pe la lagi. Bila dah selalu, selamat tinggal la Juliet. (Hal ni jadi alasan biasa lelaki tinggalkan perempuan).

4. Lelaki benci perempuan sebab..

Sebab perempuan tu minat lelaki yang sama dia minat. Euwww, geli gay..!!! Haha..


Harapan dalam perhubungan..

Entri ni bukan dibuat untuk melaga-lagakan antara lelaki dan perempuan. Tapi, realiti dunia. Lelaki dan perempuan masing-masing cari kesalahan sesama sendiri.

Sepatutnya, dalam perhubungan, jangan terlalu mencari kesalahan. Tapi, bila kita rasa ada kekurangan, cubalah sedaya upaya untuk perbaiki diri kita. Pada masa yang sama cuba belajar untuk terima kelemahan pasangan kita.

Kita bukan mengharapkan 100% kesempurnaan dalam perhubungan. Tapi, sekurang-kurangnya kita sama-sama berusaha menuju kearah kesempurnaan. Itu lebih baik..=)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

59 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...