Jangan Gunakan Alasan Tiada Manusia Sempurna Untuk Kau Terus Khilaf

Kau kata tiada manusia yang sempurna. Iya, kau betul. Selain Nabi kita Muhammad s.a.w, tiada lagi manusia yang sempurna. Sikit pun aku tidak menafikannya.

Kau kata masalah itu berpunca disebabkan kesilapan kau. Kau akui kau silap. Bagus. Sekurang-kurangnya kau tak ego. Kau tahu salah sendiri.

Tapi, aku nak kau tahu. Ramai orang yang mengaku salah, tapi tak cuba untuk berubah. Tak cuba untuk jadi lebih baik. "Tiada manusia sempurna" dijadikan alasan untuk dia terus khilaf.


"Yela, aku salah. Maklumla, mana ada manusia sempurna kan?"


Aku tak nak kau jadi seperti itu. Harapan aku cuma kecil. Kenal kesilapan kau. Teguran orang kau ambil. Gunakannya untuk terus perbaiki diri.

"Tiada manusia sempurna". Iya, lagi sekali kau betul. Tiada manusia sempurna. Namun begitu, berusahalah. Perbaiki diri.

Bukankah mendekati kesempurnaan itu lebih baik daripada kau jadikan "tiada manusia sempurna" sebagai alasan untuk terus buat kesilapan yang sama?


p/s: Kelakar bila ditegur untuk tutup aurat, tapi dia tak nak berubah sebab katanya tiada manusia sempurna.



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

27 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...