|
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Kesalahan Orang25 comments 21 December 2011Sebagai manusia biasa, kita memang susah nak tengok salah sendiri. Tapi, kalau salah orang lain. Pergh, sepantas kilat je kita dapat detect. Contoh, kalau tengok match bola. Masa tu mula la kita maki hamun pemain bola tu: "Woii, sepak la kiri sket. Baru bleh gol" "Eh, eleh. Macam tak reti main je. Opah aku main lagi terer kot" Ataupun, masa kita tengok kuiz kat TV. "Kan aku dah kata. Jawapan dia mesti B punya. Kau jawab A pasal pe? Adoii" Atau bila tengok kereta accident: "Ha, tu la. Time hujan bawak laju lagi. Kan dah terbabas" "Bodoh betol la kereta tu masuk tak bagi signal. Nasib baik tak terlanggar" Secara teorinya, manusia ni memang tau macam mana nak hidup dengan cara yang perfect. Tapi, secara praktikalnya, tiada seorang pun manusia yang perfect. Jadi, kalau kita dapat detect kesalahan orang. Tak payah nak bermegah yang kita jumpa kesalahan dia. Tapi, yang paling penting adalah, kita ambil kesilapan dia, dan serapkan dalam diri kita. Supaya jadi peringatan kat kita, jangan buat kesilapan yang sama macam dia. Belajar daripada kesalahan orang lain pun boleh dijadikan pengajaran untuk diri kita. Tak semestinya kita kena laluinya sendiri baru nak belajar. Ye dop? Kenapa Korang Mesti Nak Bandingkan Dengan Sesuatu Yang Lebih Buruk?? Cepat Jawab..!!!21 comments 23 September 2011
Aku tak faham betul la dengan sifat orang kita ni. Bila nak buat perbandingan, mesti nak bandingkan dengan sesuatu yang lebih buruk.
Isu tudung Contohnya dalam isu tudung. Bila kita cakap pasal bertudung pendek, tak tutup dada. Ramai yang akan jawab camni: "OK la tu dah tutup rambut. Daripada ramai kat luar sana yang free hair" Nampak? Kenapa sesuatu yang dah buruk tu, nak bandingkan dengan sesuatu yang lebih buruk? Kenapa tak bandingkan je dengan sesuatu yang lebih baik? Bandingkan la dengan perempuan yang pakai tudung dengan sempurna, yang tutup dada contohnya. Blog 18SX Lagi satu, dalam isu blog yang suka share bahan lucah. 18SX. Kebanyakan yang aku tegur, mostly bloggers akan bagi jawapan camni: "Banyak lagi blog-blog yang lagi teruk daripada blog aku. Kau tengok la *tuutt* dot com tu. Kenapa kau tak pergi tegur dia? Teruk la kau ni" Aikk, aku balik yang kena teruk? Haha, betul la orang kata. Manusia ni kalau tak nak terima teguran, sejuta alasan akan diberi. Malah, menyalahkan aku balik. Paling best, komen teguran aku kat blog 18SX tu pon owner dia delete. Erkk..!! Macam-macam situasi lagi la, manusia ni akan bandingkan sesuatu yang buruk, dengan sesuatu yang lebih buruk. Sama la kalau aku tanya korang soalan camni: "Antara perompak dan pembunuh, siapa yang lebih baik?" Sangat tak relevan soalan tu kan? Dah jelas-jelas, kedua-duanya tak baik. So, lepas ni kalau korang nak buat perbandingan, bandingkanlah dengan sesuatu yang lebih positif. Barula perasaan nak jadi yang lebih baik tu hadir dalam diri kita. Tak gitu? Rahsia Hati, Tiada Siapa Yang Tahu9 comments 15 September 2011Bila kita cakap tentang hati, rasanya konteks dia sangat luas. Tapi, yang pasti, hati ni sering dikaitkan dengan perasaan. Kadang-kadang, kalau kita tak dapat nak jawab soalan berkenaan perasaan, hati jugak yang kita persalahkan: Kak Jah: Minah, nape kau tak minta cerai je kat suami kau tu? Kesian aku tengok kau kena pukul hari-hari. Mak Minah: Aku tak redha apa dia buat kat aku. Tapi, perasaan aku masih kuat kat dia. Entah la Jah. Rahsia hati ni, tiada siapa yang tahu. Perempuan biasanya bergerak gunakan hati, kemudian barulah akal. Berbeza dengan lelaki. Biasanya berfikir, baru bertindak. Sebab tu perempuan lebih cepat tersentuh dengan sesuatu perkara. Tengok kucing mati tepi jalan pun boleh nangis kot. Mudahnya hati wanita ni disentuh. Sebab tu perempuan perlukan "guide" dan perlindungan daripada lelaki. Oleh tu lelaki sekalian, jangan pernah korang mempermainkan hati perempuan. Sesungguhnya mereka perlukan kita untuk menjaga, bukan menoda mereka. Apapun, dalam membuat keputusan dalam sesuatu hal. Jangan terlalu ikutkan hati. Orang kita ni susah sikit. Suka sangat suruh orang lain fikir guna hati. Contoh: Leman: Romli, macam mana ni? Aku dengan Leha saling mencintai. Tapi, mak bapak dia nak kawenkan dia dengan laki lain pulak. Uwaa.. Romli: Hmm, kau ikut je kata hati kau tu Leman. Terpulang kau nak buat macam mana. Jangan menyesal kemudian hari dah la. Weh, kalau ikutkan hati dalam kes ni. Mestila Leman bawak lari anak dara orang. Kan benda tak baik tu. Orang melayu kata, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". Dalam apa-apa situasi pun. Pastikan AKAL FIKIRAN yang jadi keutamaan dalam membuat sesuatu keputusan. Orait? “Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.”Baca entri yang ni jugak : Hitam dan Putih Hati Seorang Lelaki Tak Payah La Nak Balas Jasa Mak Bapak13 comments 27 August 2011
Mulia sungguh manusia ni. Bila ditanya, mesti kebanyakannya akan jawab mereka sayang kat mak ayah. Sebab sayang tu jugak, ramai yang berimpian nak balas jasa mak ayahnya.
Eh, korang pon sama ek? Berimpian nak balas jasa kat kedua orang tua? Balas jasa macam mana yang korang nak buat? Belikan rumah besar untuk mak? Bagi ayah duit belanja Rm10 K tiap-tiap bulan? Heh..!! Kawan-kawan. Korang nak hadiahkan macam-macam untuk mak ayah korang tu tak salah. Tapi, meh aku bagitau awal-awal. Apa pun yang korang buat, korang takkan mampu punya untuk BALAS JASA mak ayah korang. Boleh ke korang balas jasa kat mak yang dah separuh mati beranakkan korang, menyusukan korang ketika masih bayi? Dapat ke korang balas budi ayah yang dah penat bekerja setiap hari membanting tulang. Hantar korang ke sekolah sampai korang jadi manusia pada hari ini? Aku yakin. Walhal korang bagi RM SEJUTA sekalipun, korang takkan mampu balas jasa mereka. Betul tak? Sebab tu dalam Islam, kita diajar untuk sentiasa BERBUAT BAIK pada ibu bapa kita. Mereka sakit, kita beri perhatian kat mereka. Bukan hantar ke hospital, suruh cik nurse jaga. Bukan hantar ke pusat jagaan orang-orang tua sebab kita sibuk cari nafkah untuk keluarga. Sentiasalah hargai apa yang mak ayah dah buat kat kita. Bahagiakanlah mereka sementara mereka masih ada. Dan jika mereka dah tiada, janganlah henti-henti doakan mereka kat alam barzakh sana. Ingat, doa daripada anak yang soleh dah PASTI akan diperkenankan Allah. Walaupun kita tak kaya. Tak mampu belikan macam-macam untuk mak ayah kita. Jangan bersedih. Sebenarnya, bukan harta yang mereka inginkan daripada kita. Tapi, berapa banyak kasih sayang yang kita curahkan kat mereka. Ingat pesan aku. Selalulah berbuat baik kepada mak dan ayah kita. Jangan korang kira untuk balas jasa mereka. Sebab, jasa mereka takkan pernah korang dapat membalasnya. Percayalah. Boleh Ke Seseorang Berubah Sikap Sebab Cinta?45 comments 11 August 2011Korang percaya tak seseorang boleh berubah sebab cinta? Contohnya, dulu dia jahat, tapi sebab cinta. Dia berubah jadi baik. Ataupun, dulunya dia panas baran Tapi sekarang dia dah jadi seorang yang penyabar disebabkan cinta. Boleh ke sifat seseorang tu berubah dengan mudah disebabkan cinta? "Boleh la, apa yang tak bolehnya. Kuasa cinta mampu ubah segalanya" Aku tau, ada yang akan bagi jawapan camtu. Sebab, kan ada bukti, seseorang tu boleh berubah jadi lebih soleh disebabkan cinta. Contohnya kat filem Syurga Cinta. Adehh..!! Kat filem memang la takde apa yang mustahil. Tolongla jangan terlalu terpengaruh dengan filem. Filem dan dunia realiti sangat berbeza. Tak sama. So, boleh ke manusia berubah? Sebenarnya, tak mudah untuk kita ubah sifat diri kita. Orang pemarah, mustahil la dia tiba2 jadi penyabar. Seseorang yang kuat mencarut tanpa rasa bersalah sejak kecik. Usah harap la tiba2 mulut dia jadi seharum kasturi sebab cinta. Kalau haya ikut logik akal. Dan berfikiran positif. Memang dengan sesedap rasa kita akan kata manusia boleh berubah. Tapi realitinya, sangat jarang benda ni berlaku. Banyak dah kes sekarang ni. Isteri dimaki hamun. Di sepak terajang. Padahal masa berkapel dulu dia dah tau bakal suami dia tu pemarah. Tapi, masih berkahwin dengan dia, sebab percaya dengan cinta, dia boleh berubah sikap. So, kalau korang dapat pasangan yang pemarah. Asyik maki hamun je kerja dia. Dan korang harap dia berubah sebab cinta. Nasihat aku, hentikanlah niat murni korang tu. Kelak akan makan diri. Dilempang, dicarut dan sebagainya. Baik cari orang lain je. Tak payah la ambik risiko. Sebab, sikap manusia memang tak mudah untuk diubah. Percayalah.. "Sebab sayang, aku sanggup terima kelemahan dia tu" Adehh, ni lagi satu. Fikir la 800 kali dulu sebelum ungkapkan benda ni yek. Matlamat Jangka Panjang Dalam Menulis Blog26 comments 10 August 2011Aku meletakkan blog ni sebagai blog yang bermatlamat jangka panjang. Bermaksud, walaupun lepas ni aku tak berblog lagi. Blog tak berupdate, tapi input blog ni masih boleh digunapakai sampai bila-bila. Faedahnya orang masih boleh ambil. Blog ni tak terikat untuk keadaan semasa semata-mata. Blog SEO contohnya, biasanya hanyalah matlamat jangka masa pendek. Sebab tu aku kurang berminat, dan tak berapa nak amalkan SEO kat blog ni. Matlamat jangka panjang dalam menulis blog Korang rasa blog korang macam mana? Matlamat jangka panjang atau pendek? Heh, tak tau nak kenalpasti mana satu? Senang je. Katakan sekarang korang bujang. Dan, masa depan nanti korang berkahwin seterusnya ada anak. Content penulisan blog korang, sesuai tak nak bagi anak2 korang baca? Kalau sesuai, bermaksud matlamat jangka masa panjang la tu. Kalau tak sesuai, contohnya korang segan nak anak korang tau yang masa muda dulu korang suka "mencapap" dalam blog. Suka tayang body, mekap tebal, mencarut dan sebagainya. Bermakna blog korang tu matlamat jangka pendek. Fikir sejenak matlamat berblog Kat sini aku ajak korang semua. Sama-sama kita fikir sejenak. Adakah apa yang kita tulis kat blog selama ni datangkan manfaat kat orang lain? Kalau korang kata blog korang matlamat jangka panjang, berani tak nanti korang bagi anak2 korang baca entri2 korang yang lepas2? Saranan aku, letakkanlah matlamat kita menulis blog untuk jangka panjang. Supaya apa yang kita tulis lebih datangkan faedah kepada orang lain, dan bukannya mudarat kepada diri kita. Orait? =) Ragam Kurang Ajar Manusia Pada Awal Ramadhan29 comments 03 August 2011Ragam kurang ajar manusia Geram. Baru hari ke dua puasa dah nampak perilaku kurang ajar segelintir orang kita. Tau la awak tu perempuan, ada masa bulan mengambang, tak boleh puasa. Tapi agak-agak la sikit makan depan orang lain masa tunggu bas. Grrr.. Tu yang pertama, kes perempuan tak puasa makan depan orang. Yang kedua, lagi melampau. Sorang lelaki keluar dari kedai runcit dengan pegang sebatang rokok kat tangan dia. Tanpa segan silu dan rasa bersalah. Memang kurang ajar betol. Tak hormat bulan Ramadhan, tak hormat Islam. Fenomena tak puasa Tapi nak buat lagu mana lagi. Realiti sekarang memang macam ni. Itu baru yang aku nampak. Korang pon mesti pernah jumpa jugak orang-orang camtu kan? Alah, senang cite pergi je ke mana-mana megamall. Tengok kat kawasan foodcourt. Masa lunch, perhatikan je. Mesti ada je perempuan melayu yang makan kat situ. Kalau bertuah, korang jugak akan nampak lelaki-lelaki dayus lunch bersama pasangan diorang. Aku pon tak paham betol. Macam mana la ada perempuan nak ambik lelaki tak puasa camtu buat pasangan hidup. Kesian. Malang hidupnya. Allah Maha Adil Apapun, nasihat aku kat perempuan yang tak boleh nak berpuasa tu. Hormatilah yang berpuasa. Jangan makan depan orang lain. Aku tau, memang korang tak salah. Dah la korang WAJIB qada' puasa. Korang ganti puasa pulak dalam keadaan orang ramai tengah tak puasa. Berat cabarannya. Tapi yakinlah, Allah Maha Adil. Mungkin DIA akan bagi ganjaran yang lebih kat korang masa korang ganti puasa tu, lebih daripada kami yang berpuasa pada bulan Ramadhan ni. Wallahualam.. Kepada lelaki kat luar sana yang tak puasa, tanpa sebab-sebab yang dibolehkan. Aku harap ada orang yang akan bagi kaki kat korang satu hari nanti, sebagai pengajaran. Haha, adehh. Teremo pulak. Sabar-sabar. Puasa. Hehe.. Siapa Orang Yang Mandul??14 comments 30 July 2011Orang mandul tu apa? Mandul tu orang yang tak boleh mendapatkan anak. Tak kira suami atau isteri. Jika salah seorang mandul, maka anak pun dah boleh dihasilkan. Itu pemahaman kita semua tentang mandul kan? Tapi, istilah mandul yang ditafsirkan oleh Rasulullah lain pula definisinya. Perkongsian ni dibuat oleh khatib dalam khutbah Jumaat semalam. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda: "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul? Berkata para sahabat: "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia." Ada anak tapi mandul Kau bermegah ada anak ramai. Bangga anak kau artis terkenal. Kau tak peduli dia buka aurat, tayang badan sini sana. Anak kau tak tau apa-apa pasal agama bukanlah urusan kau. Kau puas hati, asalkan anak kau dah cukup berjaya di dunia. Iya, memang kau ada anak. Tapi, hakikatnya kau mandul. Mandul sebab anak-anak kau langsung tak bagi faedah kat kau pada hari akhirat kelak. Ingat, selain ilmu yang bermanfaaat dan amal jariah, doa anak-anak yang soleh juga adalah tiket untuk kita masuk syurga. Tapi, kegagalan kita dalam bimbing anak ke jalan yang diredhai jugak boleh membuatkan kita dicampakkan ke dalam neraka. Tak takut ke? Anak amanah Allah Anak adalah amanah Allah bagi kat kita. Yang tak semua orang dapat. Sebab tu kita kena hargai dan syukur bila dikurniakan anak. Anak harus dibentuk melalui garis panduan yang Allah dah tetapkan. Tahu tak korang. Anak-anak harus diajar solat ketika dia berumur 7 tahun. Dan kalau dia mencecah 10 tahun, tapi masih berdegil tak nak solat. Anak tu haruslah dipukul. Tapi dengan tujuan untuk mengajar, bukan untuk mencederakan. Sayangkan anak di tangan-tangankan. Garang sikit takpe. Jangan bila dia dah besar baru nak suruh solat, pakai tudung. Dah liat. Takdenya diorang nak ikut. Melentur buluh kan lebih baik dari rebungnya. Begitu jugak manusia. Hm, agak-agak korang la kan. Adakah korang nanti akan termasuk dalam kategori 'mandul' yang dikatakan oleh Rasulullah? Harap-harap tak la ye.. Pautan entri: http://masjidannursaujanautama.webs.com/komunitimasjidannur.htm Pre-Wedding: Trend Jahiliah Modern. Jahilkah Anda??46 comments 23 July 2011
Post inspired by FariqScorpio.
Definisi pre-wedding Pre-Wedding, trend yang semakin tersebar luas. Bagi sesiapa yang tak tau, Pre-Wedding ni adalah rakaman romantis pasangan yang bakal berkahwin, samada dalam bentuk gambar ataupun video SEBELUM hari pernikahan mereka. Biasa la masa pre-wedding, pasangan tu akan photoshoot sana-sini. Pegang tangan, berpelukan. Laga-laga pipi sikit sambil berposing. Konon2 romantik la tu. Trend ni kalau untuk mat saleh, dan yang bukan agama islam boleh la. Yang sampai orang melayu pun ada pre-wedding ni apa cer? Korang tu belum nikah lagi. Tak kan tak tahu hukum kot. "Ish, orang kan dah nak kawen. Dah confirm dah. Tak kan tu pon salah kot" Ewah-ewah. Dah confirm yek. Buatnya sehari sebelum hari pernikahan engko, tiba-tiba engko eksiden. Mati. Macam mana? Sempat ke kau nak ucapkan kata taubat? Walaupun engko nak kawen, tapi masih belum akad nikah. Engko pun tahu, kalau lelaki dan perempuan yang masih belum ada sebarang ikatan, tak boleh pegang tangan. Hukumnya HARAM. Kau tau kan tu? Tapi, kenapa masih buat? "Ala, aku pre-wedding ambil gambar, mana ada peluk-peluk pegang tangan" Engko tak usah nak sejuta alasan. Tak pernah pulak aku tengok gambar-gambar pre-wedding lelaki dengan perempuan dok jarak semeter. Selalunya takde jarak pemisah pun. Kalau betul pun engko tak pegang-pegang, apa faedahnya engko buat benda ni? Engko nak sangat ke ikut trend omputeh? Nak sangat jadi jahil? Kalau dah lepas kawen tu, engko nak photoshoot sampai ke bulan sekalipun, engko buat la. Takde orang nak kisah. Tapi, sebelum ada apa-apa ikatan. Jangan sesekali engko beri orang lain peluang untuk buat fitnah kat engko. Ngerti? Photographer jangan bersubahat Photographer aka jurugambar, watak paling penting dalam sesi pre-wedding. Sebagai jurugambar, jangan pulak korang bersubahat. Jangan ingat korang tak dapat saham dosa, sekiranya client korang bergambar tanpa pedulikan apa yang dilarang Islam. Tolong jangan jahilkan hati, semata-mata untuk duit. Harap pembaca semua take note. Aku tak nak korang semua pun nanti terjebak dalam pre-wedding yang tak berfaedah ni. Benda ni trend barat, yang semakin menular ke budaya kita. Terlalu ikutkan sangat budaya barat, korang tak kisah ke kalau dipanggil orang jahiliah modern? Fikir-fikirkanlah.. p/s: Aku malas nak sentuh pasal tunang, sebab benda sama jugak. Belum ada sebarang ikatan pernikahan, masih kena jaga batas-batas lelaki dan perempuan. Bersyukurlah. Sesungguhnya Kau Tetap Beruntung13 comments 05 July 2011
Siapa di dunia ni yang tiada masalah? Masalah. Setiap daripada kita pasti akan hadapinya. Samada kecil atau besar, ianya terpulang pada pencipta kita.
Bagi kau, masalah kaulah paling besar. Sepertinya di dunia ini, dugaan yang paling berat diberikan kepada kau. Kau maki hamun, mencarut, dan macam-macam lagi perkara tak elok kau luahkan, semata-mata untuk menzahirkan perasaan marah itu. Kau mengeluh. Kau kata bosan dengan hidup ini. Kau juga kata, orang lain tak kan pernah faham apa yang kau rasa. Mereka tak dapat dugaan seperti kau. Ketahuilah wahai sahabat. Sejauh mana pun dugaan, masalah yang kau hadapi. Pasti akan ada orang lain yang diuji, jauh lebih besar berbanding kau. Kau kata berat dugaannya kematian ibu atau ayah. Tapi, tahukah kau ada orang yang langsung tak pernah jumpa ibu dan ayah kandung mereka sejak dilahirkan? Kau kata, nasib kau malang sebab tak dapat lanjutkan pengajian ke menara gading. Tapi, tahukah kau ada orang yang seumur hidupnya tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan? Kemiskinannya menjadi halangan. Walau seberat mana pun dugaan yang menimpa kau. Bersyukurlah kawanku. Sesungguhnya kau tetap beruntung.. Jangan Gunakan Alasan Tiada Manusia Sempurna Untuk Kau Terus Khilaf26 comments 01 July 2011
Kau kata tiada manusia yang sempurna. Iya, kau betul. Selain Nabi kita Muhammad s.a.w, tiada lagi manusia yang sempurna. Sikit pun aku tidak menafikannya.
Kau kata masalah itu berpunca disebabkan kesilapan kau. Kau akui kau silap. Bagus. Sekurang-kurangnya kau tak ego. Kau tahu salah sendiri. Tapi, aku nak kau tahu. Ramai orang yang mengaku salah, tapi tak cuba untuk berubah. Tak cuba untuk jadi lebih baik. "Tiada manusia sempurna" dijadikan alasan untuk dia terus khilaf. "Yela, aku salah. Maklumla, mana ada manusia sempurna kan?" Aku tak nak kau jadi seperti itu. Harapan aku cuma kecil. Kenal kesilapan kau. Teguran orang kau ambil. Gunakannya untuk terus perbaiki diri. "Tiada manusia sempurna". Iya, lagi sekali kau betul. Tiada manusia sempurna. Namun begitu, berusahalah. Perbaiki diri. Bukankah mendekati kesempurnaan itu lebih baik daripada kau jadikan "tiada manusia sempurna" sebagai alasan untuk terus buat kesilapan yang sama? p/s: Kelakar bila ditegur untuk tutup aurat, tapi dia tak nak berubah sebab katanya tiada manusia sempurna. Kami Rela Jadi Santapan Mata Lelaki Ajnabi29 comments 03 June 2011
Tahu tak korang wahai gadis sekalian. Kat facebook ramai yang add korang bukan bertujuan nak berkawan secara tulus. Tapi hanya sebagai stalker, untuk usha gambar-gambar korang.
Jangan salahkan diorang, sebab korang sendiri yang letakkan gambar-gambar kat facebook. Memang untuk santapan mata semua orang kan? Aku pelik, kenapa ramai yang suka ambil gambar sambil menggedik. Jelir lidah, buat muka itik bajet comel. Pastu tayangkan kat facebook dan blog. Apa motif sebenarnya. Adakah sebab nak dapatkan pujian daripada orang lain? Sekarang mungkin korang boleh berbangga dengan tayangkan diri kat blog, kat facebook. Jangan sampai satu hari nanti korang jadi macam kawan aku dah la. Gambar dia diambil dan dijadikan profil palsu. Tak cukup dengan tu, gambar dia diedit dan dimasukkan dalam video seks kat youtube. Lepas dah terkena, maruah dah terjual. Baru terhegeh-hegeh mintak tolong, suruh aku ajar macam mana nak delete akaun facebook dia. Sekiranya korang suka photoshoot, berposing sana-sini pastu letak kat blog dan facebook. Sila jawab soalan aku ni: Adakah korang rela susuk tubuh, rupa paras korang dijadikan santapan mata lelaki ajnabi? Adakah korang rela difantasikan oleh mereka? Glosari: Lelaki ajnabi: Bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Rugilah Mereka. Perempuan Tanpa Seluar21 comments 31 May 2011
Islam tak pernah melarang muslimahnya daripada memakai seluar. Tapi, seluar tu biarlah yang labuh. Tak terlalu ketat sampai nampakkan bentuk kakinya.
Ironinya, fesyen seluar sekarang dah upgrade. Dah jadi ketat sendat macam swimming suit. Ia dipanggil legging. Fesyen legging ni semakin meluas. Ramai muslimah sekarang yang tak dapat bezakan antara tutup aurat dan membalut anggota badannya. Sila tanya diri sendiri. Pernah tak korang menggayakan fesyen yang macam ni? Tau tak yang fesyen sedemikian adalah SALAH? Islam bukan pada pakaian, yang penting hati kena baik. Selalu kita dengar orang kata macam ni: "Biarlah bergaya, berfesyen macam mana pun. Yang penting, hati kena baik. Bukan niat untuk menunjuk. Ada apa pada pakaian?" Puii.. Sesiapa yang bagi alasan macam tu. Ketahuilah, sesungguhnya anda JAHIL. Islam dah cover dari A sampai Z. Dari soal akhlak, pakaian, semuanya dah dinyatakan dalam al-Quran dan al-Hadith. Islam bukan pada pakaian? Think twice. Islam dah ajar macam mana cara nak berpakaian dengan sopan dan tutup aurat. Sekiranya kita over dalam berfesyen. Megah bertabarruj sini-sana. Itu menunjukkan kita tak peka dengan Islam. Seterusnya meletakkan kita dalam kategori JAHIL. So, lepas ni tolong jangan kata Islam bukan pada pakaian lagi yek. Allah merahmati perempuan yang berseluar. "Nabi pernah duduk pada salah satu pintu masjid, tiba-tiba lalu seorang wanita dengan menunggang seekor binatang. Ketika wanita itu lalu dihadapan Nabi s.a.w binatangtunggangannya membuat hal lalu wanita itu jatuhke tanah. Nabi s.a.w berpaling daripada melihat wanita itu. Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasulullah, wanita itu memakai seluar". Sabda baginda : 'Mudah-mudahan Allah merahmati wanita-wanita yang memakai seluar' ". (Al-Baihaqi, Syu'ab al-Iman, Bab Fi Hijab al-Nisa' Wa Taghliz Fi Sitrhinna, hadis no. 7562) Sila faham. Seluar yang dimaksudkan bukan legging. Kerna legging itu bukanlah sejenis seluar. Jangan salah sangka pulak ye kawan-kawan semua. Scene yang lain. Kita selalu terlihat perempuan bermotosikal untuk ke tempat kerja. Pakai dah sopan, berbaju kurung. Tapi sayang, time dok atas motor kainnya tersingkap. Nampak kakinya. Kan untung kalau dia berseluar dalam kain dia. Aurat terjaga. Free je dapat rahmat daripada Allah. Menakutkan Bila Mak Bapak Restu Kerjaya Anak Sebagai Artis36 comments 20 April 2011
Tak lama dulu aku ada tertengok trek selebriti. Interview bersama pelakon Adnan Sempit. Siapa ek nama pelakon perempuan tu? Ahh, biarlah rahsia.
Sesi suai kenal bersama pelakon tu, dari kerjaya dia. Sampailah background keluarga dia. Dan paling best, soalan Aril (host) kepada parents artis tu. "Tak kisah ke anak berpakaian seksi-seksi ni?" Ini jawapan bapak dia: "Itu berlakon je" Dalam hati, aku tersentak. "Erkk, bapak dia ni biar betol". Jahil sangat ke sampai tak tau walaupun berlakon, dosa masih dikira seperti biasa. Membenarkan anak perempuannya terus-menerus melakukan perkara sumbang. Bahkan, siap bagi restu dan dorongan pulak tu. Errk, menakutkan..!! Perbuatan dia boleh dikira sebagai dayus. Dan, diharamkan bau syurga bagi lelaki dayus. Tak cukup menakutkan ke kalau kita dah jelas2 tak boleh masuk syurga? Aku google image "artis" keluar gambar ni. Kahkah.. Rezeki Istidraj Bertambah bangga mak mapak artis tu bila anak dia 'berjaya'. Anak dia gunakan duit yang dia dapat untuk beli rumah yang lebih besar utk mak bapak dia. Wahh, anak yang baik. Mengharukan sungguh. Sanggup menonjolkan susuk tubuh, untuk santapan mata semua orang, semata-mata untuk membahagiakan mak bapaknya. Memang setiap anak mahukan ibu bapanya bahagia kan? Tapi, tahukah korang rezeki artis ni termasuk dalam ISTIDAJ? Iye, memangla kerjaya artis ni glamer. Dapat harta melimpah ruah. Tapi, ianya bukanlah rezeki yang diberkati Allah. Tak sedih ke kita bagi harta yang tak berkat kat mak ayah kita? Korang pon tau kan kalau hasil tak berkat, apa yang mungkin terjadi kat kita? Mungkin suatu hari nanti keluarga kita pecah-belah. Atau macam2 malapetaka lagi yang Allah bagi sebab kita terus menerus buat benda yang DIA tak suka. Pengajarannya, dalam apa-apa pekerjaan yang kita buat. Mestilah cuba sehabis baik utk dapatkan "kab ba ra kaf alif ta nun" daripada-Nya. Selamat beramal.. Parasitkah Kita Sebagai Seorang Kawan?26 comments 15 April 2011Orang selalu kata, kalau berkawan kena ikhlas. Jangan hipokrit dalam berkawan. Biasa la tu, tiada sorang pun suka orang hipokrit. Walaupun setiap dari kita ada sifat hipokrit dalam diri. Kawan-kawan saling memerlukan. Contohnya, Ahmad yang takde duit untuk makan pada bulan ni. Dia pinjam kat Zaidi. Dan Zaidi yang motornya rosak, disebabkan piston motornya basah. Dia pinjam motor Ahmad untuk pergi keluar dating. Kat situ kita nampak "mutual interaction". Hubungan dua hala, di mana kawan-kawan saling memerlukan aka mempergunakan antara satu sama lain. Owh, tu contoh biasa dan tak cukup hipokrit. Bagaimana pulak dengan ni. Ahmad yang tiba-tiba call Fairus yang dah 5 tahun tak contact. Tujuan dia cari Fairus balik sebab Fairus ada "cable" dalam company besar kat ibu negara. Masa betul-betul perlukan, barulah terhegeh2 nak cari Fairus balik. Rasanya setiap daripada kita pun pernah macam tu kan? Cari balik kawan yang dah lama tak contact, sebab dia boleh tolong kita untuk satu-satu perkara. Kawan yang selalu bagi pertolongan di saat kawan lain memerlukan. Dia akan dilabelkan sebagai kawan yang baik. Dan sebaliknya, kawan yang selalu ambil kesempatan terhadap kebaikan kawan. Dia tak ubah seperti parasit. So, agak-agak la. Korang kawan yang jenis macam mana? Parasit atau tidak? p/s: Tolongla jangan contact kawan yg lama balik, semata-mata untuk jumpa kat gerai makan dgn tujuan cari kaki (downline). Grr.. Sebenarnya, Tak Mudah Jadi Blogger (Continue)25 comments 14 April 2011
Tak lama dulu, aku pernah kata yang jadi blogger ni sebenarnya sangat susah. Sebab, kita meletakkan diri kita antara buat dosa dan pahala.
Kalau apa yang kita tulis tu baik, dan jadi ikutan orang. Pahala yang kita dapat akan berterusan. Begitu jugak sebaliknya. Penulisan kita yang tak baik, sehingga timbulkan fitnah. Atau tayangkan aib orang (gambar aurat orang), dan jadi ikutan orang lain. Dosa yang kita dapat pun akan berterusan. Errk.. Tak faham? Ok la, penerangan simple. Aku kasi contoh. Satu artikel yang tak tau sejauh mana kebenarannya (fitnah), korang copy paste masuk blog. Pastu ada orang copy artikel dari blog korang tu, masuk pulak ke blog dia. Pastu, orang lain pon copy paste, dan seterusnya. Hasil penyebaran fitnah tu, korang pon akan dapat saham dosanya secara berterusan. Macam skim Multilevel Marketing (MLM). Untuk visual view, korang boleh tengok sini. (Ihsan daripada blog MrKerro). So, tolong ye kawan-kawan blogger semua. Muhasabah diri kita. Kalau selama ni kita selalu copy paste, ataupun tulis entri tanpa pikirkan dosa. Pikir lagi sekali. Daripada kita tulis blog tapi dapat banyak dosa. Baik tak payah berblog. Dosa kita yang dah memang berbakul-bakul tu pun takde la semakin bertambah. Ye tak? Aku tau, memang susah nak berblog tanpa letakkan gambar aurat orang lain. Sangat susah nak jumpa blog yang tak 'jual' gambar aurat orang. Tapi, semua tu memang boleh dielakkan. Asalkan kita serius utk jadikan dosa tu sempadan bagi kita dalam berblog. Hmm, agak2 korang boleh buat tak? Terjah entri ni: Skim Piramid Dosa Yang Menjadikan Anda “Kaya” Cinta Bermula Dengan Nafsu. Siapa Setuju?24 comments 13 April 2011Erkk, kalau aku kata cinta bermula dengan nafsu. Ada jugak yang tak setuju. Katanya, cinta dia tulus, ikhlas. Apa kena mengena dengan nafsu pulak? "Dari mata, turun ke hati" Pepatah yang biasa kita dengar. Seperti cinta pandang pertama. Macam mana boleh datang cinta pada pandangan pertama kalau ianya bukan disebabkan nafsu? Nafsu suka pada kecantikan. Pastu dipupuk dengan cara yang betul, dan niat yang baik. Barulah ianya dinamakan cinta. Nafsu yang membuak-buak, tanpa dikawal. Ya, mungkin tu jugak cinta. Tapi, itu cinta berdasarkan nafsu semata-mata. Cinta macam ni la yang buatkan ramai orang buta mata, buta hati. Sebab gagal pupuk cinta tu ke arah yg diredhai-Nya. Nafsu, bukanlah benda yang jahat. Minat kita pada sesuatu benda jugak disebabkan nafsu. Soal makanan, pakaian, kecantikan, itu jugak nafsu. Tapi, semua tu boleh jadi baik sekiranya kita dapat kawal nafsu tersebut dengan cara yang baik. p/s: Mangsa nafsu biasanya orang yang tak dapat bezakan antara kemahuan dan keperluan. Tips Menjadi Seorang Pendengar Yang Berjaya21 comments 11 April 2011Nama pun manusia, takkan lari daripada masalah. Melainkan kalau korang orang gila. Ahaks. Kalau ada masalah melanda, apa tindakan korang? Ya, ramai di antara kita yg cari seseorang (biasanya kawan baik) utk kita luahkan masalah kita. Supaya stress yg kita tanggung dapat dikurangkan. Seterusnya, utk dapatkan pandangan dia jalan keluar bagi masalah tersebut. Untuk entri kali ni, aku nak ajar bagaimana untuk jadi seorang pendengar yang setia. Nak dengar masalah drpd kawan-kawan pun kena ada skill yang berkesan. Tips menjadi seorang pendengar yang berjaya (ikuti langkah berikut): 1. Tegakkan posisi badan anda Sekiranya korang duduk berdepan, tegakkan badan korang. Beri tumpuan kepada setiap apa yang dikatakanya. Supaya menunjukkan korang serius utk dengar masalah dia. Dia pun akan lebih semangat utk cerita. 2. Tidak mencelah Masa dia tengah luahkan masalah dia, pastikan korang bagi dia habiskan semua ayat dia. Jangan 'potong' dan terus bagi solution semasa dia tengah layan feeling dok cerita masalah dia tu. 3. Ulang percakapan dia Ulang kat sini bermaksud, ambil sikit drpd ayat dia dan tanyakan balik. Contohnya: "Owh, kau tak dapat jawab soalan tu? Pastu apa jadi?" Method ni penting utk menunjukkan korang faham dan focus dengan setiap apa yang disampaikannya. 4. Tanya penyelesaian yg dia fikirkan Kesilapan ni paling ramai orang buat. Jangan terus-terus bagi penyelesaian kat masalah dia, tanpa korang dengar dulu apa jalan keluar yg dia fikirkan. Walaupun dia kata "tak tahu nak buat apa", tapi biasanya dalam fikiran dia mesti ada cara yg dia dah fikirkan. So, macam manapun, cuba tanya dan dapatkan apa penyelesaian yg dia dah fikirkan. 5. Berikan pendapat Langkah terakhir, berikan pendapat bernas terhadap masalah dia. Bagi pendapat bermaksud, korang sediakan pelbagai jalan keluar, dan suggestkan penyelesaian yg terbaik untuk masalah dia. Jangan paksa dia utk buat apa yang korang cadangkan tu secara mutlak. Tugas kita hanya sediakan penyelesaian. Yang lain terpulang pada dia utk terima atau tak. Itu je tips yang dapat aku kongsikan. So, selamat menjadi pendengar yg setia dan berjaya ye kawan-kawan semua. Good luck =) p/s: Biasakanlah dengar masalah orang lain. Dan ambil iktibar drpd pengalaman orang lain utk jadikan sempadan kat diri sendiri. Tak semestinya kita kena lalui sendiri, baru nak belajar drpd kesilapan. Tiada Seorang Pun Yang Suka Teguran Pedas32 comments 10 April 2011
Isu comman. Teguran. Aku pasti, setiap daripada kita pernah tulis entri berunsur teguran kan. Teguran tu bagus. Kita boleh sedari kesilapan masing2.
Tapi, yang tak sedap kalo baca entri teguran ni, yang gunakan bahasa kesat. "Dem, wadefakk, bangsat". Lolz, apakejadahnya semua ni? Tulis macam tu menunjukkan kita ni sebenarnya "low minded person". Kalau macam tu punya perangai, tak payah bagi teguran lagi bagus.. "Alah, teguran pedas mcam tu pun tak dapat terima. Manja la kau" Oit, teguran pedas tak perlu guna bahasa kesat kot. Asalkan penulisan kita dapat disampaikan secara sinis, tu la yang dikatakan 'pedas'. Bahasa kasar dan teguran pedas banyak bezanya. Take note tu.. Manusia pantang ditegur.. Satu hal lagi, tiada seorang pun yang suka ditegur. Lebih-lebih lagi teguran pedas. Kalau terasa, macam-macam alasan yang dia bagi supaya taknak terima teguran tu. "Ek eleh, kau aib kan orang. Baik sangat ke teguran kau tu? Nak nasihat tu biarla yang sedap didengar. Nabi pun tegur cara halus" Hah, tu la alasan yg paling common digunakan kalau tak nak terima teguran, AIB. Pastu pandai pulak nasihatkan orang balik pasal agama. Masa ni baru keluar 'nabi'. Masa dia buat sesuatu yang bukak aib sendiri, takde pulak fikir pasal agama. Nama pun teguran. Mana ada yg sedap didengar. Kalau nak yg sedap didengar. Tu bukan teguran, tapi PUJIAN. Apapun, yang paling penting. Jadikanlah diri kita orang yang selalu sanggup terima teguran. Memang, semua orang pun mengaku dirinya boleh terima teguran. Tapi hakikatnya, sangat susah nak jumpa orang yang macam tu. Mari Buat Identiti Palsu Untuk Promosikan Churp-Churp.24 comments 09 April 2011Woah, sekarang aku perhatikan ramai yang dah jadi churper. Mana taknya, churp-churp antara platform yang paling senang nak cari duit melalui online. Lagipun, churp-churp bukan hanya utk bloggers je. Tapi, yang bukan bloggers pun boleh join sama. Tapi, of course la advantage lebih pada bloggers, sebab kita boleh promosikan churp2 ads kat blog masing-masing selain kat facebook atau twitter. Yang ni aku tak tau la siapa punya kerja. Lelaki atau perempuan. Sanggup create akaun facebook dan twitter palsu. Dengan gunakan profile gadis-gadis gebu dan seksi semata-mata untuk tarik orang klik link churp-churp dia. Alahai, so low class person. Semakin hari, semakin banyak pulak tu fake profile yang dibuat. Bajet dengan letakkan gambar aweks seksi, dan send short link churp-churp kat facebook tu aku akan klik la tu. Usah harap. Ahaks. Kalau ada di antara kita yang buat camtu. Diharap hentikanla aktiviti tu yek. Banyak lagi cara yang bermoral kita boleh gunakan untuk promosikan link churp2. Aku tau, tak hensem tak cantik, tak ramai nak klik. Tapi, usaha dan rezeki yang kita dapat lebih barakah sekiranya kita promosikan secara jujur. Bukankah dapat keredhaan daripada-Nya, itu lebih penting??
Subscribe to:
Posts (Atom)
|









