Tips Blogging: Apa Yang Orang Nak Baca Kat Blog Kita Sebenarnya?


Aku selalu buat kajian atas blog sendiri. Banyak topik yang aku kupas, samada isu semasa, personal, psikologi manusia, tips blogging, dan banyak lagi.

Dan setiap jumlah komen yang aku dapat untuk setiap topik tak sama. Daripada pemerhatian aku, orang lebih suka baca entri kita yang bercorak 'pendapat'.

Terpulang la korang nak buat entri SEO ke, gaya hidup ke, pasal blog ke. Asalkan kat entri tu, selitkan sekali pendapat korang. Dan pendapat tu haruslah kukuh.

Contohnya, kalau korang buat pasal isu "couple". Tetapkan pendirian korang samada nak sokong ataupun tidak. Orang nak tau sejauh mana "stand" kita terhadap topik tu, dan apa point-point yang kita gunakan.

Selalu blogger ni nak pilih jalan selamat. Dia akan tulis camni:

"Ada orang kata couple ni haram. Ada yang kata tak. Bagi aku, ianya terpulang pada pendapat masing-masing" - (Contoh pendirian yang tak jelas)

Walaupun korang ambil jalan selamat. Namun, ianya adalah BORING..!!!

Apa yang orang nak baca adalah pendapat korang sendiri. Pendirian korang. Bila korang ambil langkah selamat. Maka, entri tu pon akan jadi biasa-biasa je di mata pembaca. Diorang hanya baca, dan berlalu pergi macam tu je.

Cuba perhatikan blogger-blogger ternama. Setiap isu yang dikupas, diorang mesti utarakan pendapat, dan pendirian diorang. Bila penulisan kita dapat psiko pembaca. Kat situ baru diorang akan "wow", impress dengan blog kita. Dan seterusnya terus follow blog kita. (Perenggan ni bukan merujuk pada blog retis).

Itu je tips kali ni. Ingat, apa yang orang nak baca adalah pendapat dan pendirian korang. Lepas ni boleh la cuba. Pilih satu isu, dan ketengahkan dengan gunakan idea dan point-point korang sendiri. Orait. =)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

42 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...