Kenapa Lelaki Diberi Hak Wali Dan Talak? Kenapa Bukan Perempuan?

Pernah tak korang terfikir. Kenapa Islam bagi hak kahwinkan anak (wali) kepada lelaki? Sama juga dengan penceraian. Kuasa talak milik lelaki. Kenapa bukan perempuan? Adakah sebab islam berat sebelah? Sentiasa menangkan lelaki?

Jawapannya, dah pasti la TIDAK. Apa yang Allah tetapkan, semuanya ada hikmaknya tersendiri. Kita semua pon tau. Perempuan lebih emosi, selalu buat keputusan mengikut hati dan perasaan. Berbeza dengan lelaki. Lelaki lebih rasional dalam membuat keputusan. Tak cepat emo.

Bayangkan kalau kuasa talak diberikan kepada wanita. Asal salah faham sikit je emosi. Nak cerai. Kan talak masih dikira walaupun dilafazkan tanpa niat. Kalau camni. Mau tiap-tiap hari suaminya diceraikan. Errkk..!!

Dalam konteks perkahwinan pulak. Kenapa wali adalah lelaki? Sebabnya, lelaki lebih tegas dalam memilih menantu. Kalau boleh, dia nakkan lelaki yang betul-betul berkualiti untuk jadi suami kepada anaknya.

Berbeza dengan si isteri. Anaknya menangis, merayu nak kawen dengan bangla karpet. Mesti dia perkenankan atas sebab kesian. Wanita cepat tersentuh. Woah, kurang rasa simpati pon sebenarnya merupakan kelebihan lelaki kan? Hehe..

Walaupun lelaki diberi kuasa mutlak, itu tak bermaksud keputusan isteri perlu diketepikan. Isteri juga boleh kasi pendapat, dan selebihnya si suami putuskan samada nak ikut keputusan isterinya ataupun tidak.

Rasional dan emotional. Itulah perbezaan antara lelaki dan perempuan. Oleh tu perempuan semua. Jangan la cari lelaki yang cepat emo untuk dijadikan suami ek. Takut keputusan yang dia buat nanti "apa pon tak boleh". Ahaks..



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

21 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...