Selamat Datang Ke Terengganu. Owh, Yeah..!!! (Part 1)


Dalam beberapa ni mungkin aku akan kurang update blog. Disebabkan sekarang aku berada di tempat orang. Buat pertama kalinya aku jejakkan kaki ke Terengganu. Yeah..!!

Tanggal 15 Jun 2011, aku naik bas Ekspress Utama dari Puduraya ke Kemaman, Terengganu. Lebih 5 jam aku bertapa dalam bas. Aku ni dah la kureng sikit dengan bau aircond bas. Kepala mula la rasa "weng, weng".

Nasib baik driver bas tu pasang cerita SHORTS. Walaupun jalan cerita tu aku rasa macam nak lempang-lempang je. Tapi, dia la pengubat kepada kepeningan aku. Ahaks..

Dalam pukul 3 lebih aku sampai Kemaman. Kat sana, aku dijemput oleh member, merangkap sifu blog aku. Sekarang aku menginap kat rumah dia.

Woah, malam tadi member aku sempat bawa aku tengok wayang kat TGV Mesra Mall. Best pulak rasanya kat sana. Walaupun shopping mall tu satu tingkat je. Tapi best sebab tak serabut. Dan paling syok, mostly pengunjung kat sana adalah MELAYU.

Berbeza dengan area Kuala Lumpur. Asal shopping mall je mesti penuh dengan bangsa asing. Bila kat sini, terasa sikit kemelayuannya. Kehkeh..

Bersambung.....

p/s: Syiok pulak tulis pasal pengalaman aku kat Terengganu ni. Aku akan update apa yang aku buat kat sini dari semasa ke semasa. Baik korang subscribe sekarang. =p



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

23 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...