[Tips Memikat] Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan (chapter 3)

Tips memikat oleh Jejaka Terhangat dah masuk chapter ke 3. Bagi sesiapa yang terlepas chapter sebelum ni, boleh la refer kat link berikut:

1. Kesilapan Terbesar Lelaki Masa Mengorat Gadis (chapter 1)

2. Bagaimana Untuk Tawan Hati Si Dia (chapter 2)

Lepas kehadiran korang dah diterima dalam hidup si dia (chapter 1), dan kedudukan korang di hati dia dah berada pada tempat yg special berbanding orang lain (chapter 2), kini tibalah masanya aku bagi tips bagaimana cara untuk luahkan perasaan kepada si dia. Lelaki dan perempuan pun boleh guna teknik ni..



Chapter 3: Bagaimana Untuk Meluahkan Perasaan.

Luahkan perasaan ni satu benda yg serius. Sebab kalau dia tolak, hubungan korang pon boleh jadi hambar. Tak lagi mesra macam dulu. Sebab tu teknik yg sesuai utk luahkan perasaan, tanpa effect kat hubungan adalah teknik "tarik-tali"..

Rasanya ramai yg tau maksud tarik-tali. Tapi tak tau cara nak aplikasikan cara ni sebetul-betulnya kan? Tarik tali ni lebih kepada menggoda (flirt) sambil bergurau senda..

Sambil bergurau, try selitkan sekali ayat mengorat korang tu. Contohnya cakap camni, "Ala, kalau sy suka kat awak pun, bukan awak nak kat saya kan? Hehe"..

Kalau dia tak layan, maksudnya dia tak nak korang jadi lebih dari kawan. So, jangan teruskan. Biarlah terus jadi kawan. Beralihlah kepada orang lain..

Kalau dia bagi feedback positif (layan balik flirting tu), ada kemungkinan dia pon suka kat korang. Kalau kes camni, teruskan flirting sampai korang berjaya dapatkan hati dia..


True Case:

Aku pernah ajar teknik ni kat seorang kawan perempuan. Dia confius, dia nak tau apa perasaan abg angkat dia terhadap dia. Tapi dia tak berani nak tanya direct. So, lepas guna teknik-tarik tali ni, dia dpt jawapan yg jelas yg abg angkat dia still setia kat gf dia walaupun dia jenis melayan. Dan hubungan diorang sbg abg dan adik angkat pon tak terjejas..


DONE, selesai. Korang pon dah dapat kekasih hati yg korang idamkan. So, tips memikat utk next chapter, "cara untuk kekalkan kebahagiaan dalam perhubungan"..

Waahhh, menarik tajuk tu. Tunggu next post yek. Gud Luck..!!



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

27 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...