External Hardisk yang Menyusahkan dan Merugikan dan Membengangkan..

Korang tau external hardisk kan? Ala, yang kegunaan dia simpan data banyak-banyak tu? Tak tau lagi? Meh tengok rupa natang tu kat bawah ni..



Al-kisahnya, aku ada sebijik external hardisk yg berkapasiti 250 Gigabyte. Brand samsung. Baru pakai dalam  3 bulan gak la. Rarely used..

Pastu haritu aku cucuk connect ke usb, external tu tak dapat didetect plak. Grrr, geram je. Dah la banyak data penting-penting dalam tu. Koleksi movies yg aku download sejak beberapa tahun lepas pon semua ada dalam tu..

Semalam aku pergi tanya kedai repair komputer. Berita buruk, katanya walaupun aku masih ada warranty, dia cuma akan tukar dengan yg baru je. Data dalam tu tak bleh nak recover..

Grrr, bengkek..!!!

Maksudnya, tak payah berbangga walau kita pakai external hardisk 1 Terabyte sekalipon. Sebabnya..

Semakin besar saiz hardisk kita, semakin besar jugak kerugian yg akan kita alami kalo external tu rosak..!!

Len kali aku akan burn ke DVD je la. Nangis tak berlagu semua data kesayangan aku dah hilang.. Uwaaa..!!!



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

22 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...