[Video] Dr. Rozmey Hampa Dengan Kutipan 2 Alam.



Wakaka, Memang kreatif sape yg buat subtitle tu. Tergelak sakan aku tengok. Jangan marah ye Dr. Rozmey. Gurau2 manja je tu. Ahaks..

Kontroversi Dr. Rozmey ni memang ngetop sekarang. Dapat liputan luas para blogger. Klik sini utk Filem 2 Alam the Best Review.

Tak cukup dengan 2 Alam. Pasni dia nak buat movie lagi. Nak ambil Pamela Anderson berlakon jadi watak utama pulak.

Aduiiyaii.. Sudah2 la tu doktor. Pamela Anderson tu kan pelakon simbols seks, terkenal dengan buah dada besar dia. Apa motif nak amik dia berlakon. Nak tarik penonton yg gila seks masuk panggung ke?

Daripada amik Pamela tu, baik amik Maria Ozawa je doktor. Contohi kebudusan Indonesia yg selamba je buat filem kontroversi "Menculik Miyabi" lakonan Maria Ozawa. Untung-untung kontroversi doktor bleh ngetop berkali2 ganda dari sekarang. Cool kan? Kehkeh..


Pamela bakal bintangi filem Dr. Rozmey:

KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau. - Kosmo Online







*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

3 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...