Perhatian Lelaki: Ego Anda Perlu Dikawal..!!


Sifat semulajadi lelaki, egonya lebih tinggi berbanding perempuan. Ego sebenarnya bagus utk tundukkan pasangan korang. Tapi kalau ego tu berlebihan, ia jugak boleh merosakkan hubungan. Oleh itu, ego perlu dikawal..

Ego tinggi biasanya membuatkan kita sentiasa rasa nak menang. Walaupun dah tau kita salah, kita tetap tak nak terima kesalahan tu. Akibatnya satu hubungan tu boleh jadi semakin renggang dan akhirnya terputus. Tu lah bahana ego..

Susah nak terima teguran, cepat marah, dan sukar utk meminta maaf jugak disebabkan ego. Akibatnya, pasangan korang akan rasa cepat tersinggung, rasa dikongkong, tidak dihargai dan seterusnya membuatkan diorang tension..




Biasanya saat ni lah cinta perempuan akan beralih arah. Mencari seseorang yg lebih menghargainya. Jangan salahkan perempuan curang, tapi salahkan diri korang yg tak pandai jaga diorang.

Jiwa perempuan lembut. Diorang perlukan tempat utk membelai perasaan. Bukan utk kita kasari hati diorang..

Memang susah nak control ego, tapi sebenarnya kita boleh kalau benar2 serius. Tipsnya, lebihkan rasa sabar, jangan cepat melenting. Jangan buat apa-apa keputusan semasa dlm keadaan marah. Dan yang paling penting, sentiasa berfikiran positif. Dengan itu, ego korang pon boleh ditundukkan..

Control Your Ego..Good Luck para jejaka sekalian..=)



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

0 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...