Showing posts with label gadis terlanjur. Show all posts
Showing posts with label gadis terlanjur. Show all posts

60 Peratus Gadis Remaja Tiada Dara. Mitos Atau Kebenaran?

27 comments 28 June 2011

60 peratus gadis remaja tiada lagi dara menjelang 18 tahun? Woah, betul ke ni? Ini bukan aku yang kata, tapi survey YouthSay.com tahun 2010 yang kata.

Kredit to Aidanatasya.com:
60 Peratus Remaja Malaysia Hilang Dara Menjelang Umur 18 Tahun!

60 peratus maksudnya 6/10. Atau lebih spesifik lagi, setiap 3 daripada 5 orang gadis remaja pernah melakukan hubungan seks sebelum 18 tahun.

Pergh, biar betul ni. Ini kebenaran ataupun taktik media untuk dapatkan hits semata-mata?

Rasanya macam susah nak percaya. Sebab angka ni terlalu tinggi. Adakah peratus ni akan terus meningkat dari semasa ke semasa? Errkk, harap dijauhkan la.

Aku malas nak huraikan hal ni lebih banyak sebab pi mai pi mai tang tu jugak. Laki salahkan perempuan. Perempuan tuding jari kat laki. Masalah ni tak kan selesai.

Apa yang perlu kita buat adalah jaga kesucian diri kita sendiri sehabis baik. Doakan supaya kita dapat pasangan yang pandai jaga kesucian dirinya. Yang seksi-meksi tolak tepi awal-awal. =p


Repost quote:
"Jangan berubah jadi baik, semata-mata untuk dapatkan pasangan yg baik. Tapi berubahlah jadi baik kerana Allah, nescaya pasangan yg baik akan dtg padamu"

Entri berkaitan:

1. Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?
2. Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami?
3. Keputusan & Kesimpulan: Perempuan dan Lelaki Terlanjur Untuk Dijadikan Teman Hidup.
Read On

Keputusan & Kesimpulan: Perempuan dan Lelaki Terlanjur Untuk Dijadikan Teman Hidup [Entry Finale]

46 comments 30 November 2010
Fuuhh, dah 2 hari kita dipanaskan dengan 2 topik tentang terlanjur kat blog ni. Lelaki terlanjur, dan perempuan terlanjur. Nak ke korang jadikan teman hidup?

1. Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?

2. Soalan Untuk Perempuan Pulak: Adakah Anda Nak Terima Lelaki Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Suami?

Macam2 feedback yg best2 yg aku dapat. Thanks kpd semua yg drop komen. Dan ada jugak yg terima cabaran aku buat entri pendapat tentang tajuk ni kat blog diorang. Antaranya mOoN dan Miss Ainia. Sorang cakap boleh terima sorang lagi totally TAKNAK. Errkk..

Papepon, tiba masanya aku tunjukkan keputusan vote:



Keputusan undi dah jelas. Memang lebih ramai lelaki dan perempuan tak nak terima pasangan yg terlanjur utk dijadikan teman hidup. So, siapa2 yg belum pernah melanjur tu jgn sesekali nak coba. Tolong jauhi zina yek..

Zina tu sedap sekejap je. Tapi azab kat akhirat nanti lama giler. Sanggup ke korang, tak takut? Kalau aku memang tak sanggup. Ish2..

"Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah faahisah (perbuatan yang keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” [Al-Israa : 32]


Yang paling aku terkejut. Ada yg cakap "dara ke tak, bukannya penting sangat". Woah..!! Ingat sini Amareka ke? Orang barat memang la kalau 15 tahun masih ada dara kena perli, dianggap kolot..

Sini Malaysia beb..!! Kita orang Islam. Islam sangat mementingkan kesucian diri. Orang yg tak pandai jaga kesucian diri, adakah dia akan jadi isteri atau suami yg baik? Korang pernah baca paper, seorang suami yg tangkap sendiri isterinya khalwat?

Mesti pernah punya kan. Kalau tak tau jaga kesucian diri, camtu la apa yg akan berlaku nanti. Suami pergi outstation, si isteri yg kesunyian pergi cari org lain sbg peneman. Hasilnya, rumah tangga porak peranda..


Kalau orang yg terlanjur ni dah insaf macam mana..?

Ni lah yg sebenarnya persoalan yg aku saja main2kan dalam pemikiran korang semua. Supaya korang kompius, dan berfikir lebih jauh. Ahaks..

Sebenarnya, insaf je tak cukup. Seseorang tu perlu sebenar2 TAUBAT (taubat nasuha), berjanji takkan ulangi perbuatan dia lagi..

Kalau dia dah mengaku kesalahan dia, jangan kita hina-hina dia lagi akan kesalahan dia yg lepas. Kita sepatutnya bagi semangat dan motivasi untuk dia berubah. Bukannya terus jauhkan diri darinya..

Sedangkan Allah terima taubat hamba-Nya. Malah orang yg bertaubat kedudukannya lebih tinggi di sisi Allah..


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila seorang hamba berzina keluarlah iman darinya. Lalu iman itu berada di atas kepalanya seperti naungan, maka apabila dia telah bertaubat, kembali lagi iman itu kepadanya” - Hadits riwayat Abu Dawud no. 4690 dari jalan Abu Hurairah.


Tapi masih, nak terima seseorang yg pernah terlanjur tu terletak pada individu. Fikirlah semasak-masaknya bila korang berdepan dengan situasi camni yek..


Pesanan ringkas Jejaka Terhangat:

"Jangan berubah jadi baik, semata2 nak dptkn gadis yg baik. Tapi berubahlah jadi baik kerana Allah. Nescaya gadis yg baik akan datang padamu."
Read On

Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?

108 comments 28 November 2010
Perghh, memang panas soalan Jejaka Terhangat ni. Jawab soalan aku ye jejaka sekalian.. Adakah korang nak terima atau tak gadis yg pernah terlanjur untuk dijadikan isteri?

Aku pernah baca survey kat paper mana tah. Katanya 9/10 pelajar perempuan sebuah IPT menjawab pernah buat hubungan seks. Pergh, banyak giler tu. Rasanya survey tu macam tak betol. Tapi kalau betul macam mana?

Inilah yg kita semua lelaki kena pikir start dari sekarang. Jangan tiba-tiba nak kawen, pasangan korang bgtau yg sebenarnya dia pernah terlanjur. Pastu korang naik gila pulak, sebab tak dpt terima kenyataan tu..

Aku ada kenal sorang kawan. Katanya dah lama bercinta, baru makwe dia bgtau yg sebenarnya dia pernah terlanjur. Hm, standard la tu kan. Dah tau lelaki tu cinta gila-gila kat dia baru la bagitau. Kalau first kenal dah bagitau confirm kena reject punya..

Kalau benda yg sama jadi kat korang camne? Adakah korang nak jadi macam Kasha, Lagenda Budak Setan yg terima Ayu yg pernah terlanjur dgn bekas kekasih dia utk dijadikan isteri atas dasar cinta? Atau korang cari perempuan lain yg masih kuat menjaga kesucian mereka?


Play lagu ni dulu utk dapatkan mood cinta korang. Teruskan membaca dan berfikir..




Hmm, rasanya ramai lelaki yg akan menjawab, "kalau dia dah insaf, aku terima dia seadanya". Betol tu, kalau aku pon akan jawab camtu. Tapi camne pulak kalau aku tanya camni:

1. Kalau dia terlanjur sampai lahirkan anak, korang nak terima lagi tak (dengan anak dia sekali)?

2. Kalau dia terlanjur, pastu dia gugurkan kandungan dia sbb taknak orang tau. Korang terima lagi tak?

3. Kalau dia terlanjur sampai lahirkan anak. Pastu dia buang anak dia. Korang terima lagi?


Kalau rajin korang jawab la 3 soalan advanced tu sekali ye. Tapi yg aku paling nak tau, kalau gadis tu pernah terlanjur, korang terima dia utk dijadikan isteri atau tidak?



Perempuan undi "Tak Pasti" utk tengok result.
Lelaki jawab "Ya" atau "Tidak" sahaja.
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...