Review Jejaka Terhangat Terhadap BloG PR 0 Hingga 4..



BloG korang Page Rank (PR) brape? PR bloG JT ni telor ayam. Amacam, hebat tak? Kehkeh.. Page Rank tu rating yg google hadiahkan kat website sebagai petanda berapa bagusnya contribution satu web tu kepada google..

PR paling tinggi ialah PR10. Sape yg dapat cecah PR10 tu bleh saing ngn google. Kira tahap dewa dah tu. Sume orang kena suspek dgn dia..

Google akan update PR website 3 kali setahun. So, korang2 yg PR0 tu jgn la risau ye. Manetau bila google update nanti PR bloG korang jadi 5 terus ke. Sape tau kan. Ahaks..


Ni review Jejaka Terhangat terhadap blog yg berpage rank 0-4:

BloG PR 0:

Kebanyakannya bloG PR0 bloG yg baru dibuat, beginner level. Susah nak tau blogger PR0 ni serius atau tak dalam blogging. Atau mungkin blogging ni jadi tempat diorang luahkan isi hati kalau ada masa terluang je. BloG PR0 tak bermaksud ianya tak bagus. Just matter of time, bloG yg bagus2 akan meletop jugak..

BloG PR1:

Keseriusan blogger PR1 dah menyerlah. Biasanya genre bloG PR 1 bersifat personal dan tak berapa pandang kat SEO. Persetankan keyword2, asalkan dapat tulis entri yg lahir dari hati. Tak gitu?

BloG PR2:

BloG ni ada kat dalam zon selesa. Blogger rajin update entri, ziarah ke blog kawan-kawan yg lain walaupun hari raya dah habis. Rajin tinggalkan komen. Dengan kata lainnya, semuanya rajin la. BloG PR1 dan 2 jadi pilihan JT utk blogwalking. Sebab biasanya diorang ni akan lawat balik lepas kita komen atau tinggalkan jejak kat shoutbox..

BloG PR3:

Agak susah nak capai PR3, melainkan korang blogger yg makan teringatkan bloG, mandi ingat kat bloG, tido pon masih lagi mimpi tulis entri. Kehkeh..Agak jarang blogger PR3 nak cemarkan duli utk ke blog PR rendah. Kalau ada blogger PR3 yg datang bloG korang, cepat2 tabik spring kat diorang. Kalau boleh kasi bentang karpet merah skali. Ngehh..

BloG PR4:

Biasanya bloG camni jadi rujukan ilmiah kat orang ramai. Lain-lain, no komen..


Tak susah pon kita nak skodeng PR bloG orang lain sambil blogwalking. Install je plugin SEO Quake kat browser korang. Lepas dah install, nanti PR website atau blog yg korang masuk tu akan kelihatan kat bahagian atas browser korang..

Untuk entri lepas ni JT akan share ilmu kat korang camne nak blogwalking cara pantas dah efficient. Sabau yek anak2 semua. Adiossa...



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

17 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...