Komen Jejaka Terhangat Terhadap Putus Tunang Rozaliya..!!


Dah dapat agak pon. Kes Rozaliya, gadis comel yg larikan diri sebab taknak kahwin tu, dengan Mohd Hilmi mesti berakhir dengan putus tunang punya..

Mana taknya, keluar paper kata kemungkinan Helmi tu bawak lari Rozaliya. Malu beb satu keluarga. Tak nak kawen pon jadi liputan media. Entah apape..

Alasan Rozaliya tak nak kahwin sebab tunang dia berubah jadi seorang yg panas baran, pengongkong dan lain-lain. Alasan dia boleh diterima. Tapi tak perlu la larikan diri sampai keruhkan keadaan..

Lelaki memang selalunya cepat berubah lepas dah dapat gadis yang dia nak. Ada jugak yg jadi "over protected" atas alasan terlalu sayangkan buah hati dia..

Rozaliya mungkin dah buat keputusan yg tepat dengan tak teruskan perkahwinan. Sebab dia dah nampak gambaran apa yg mungkin terjadi kalau diorang terus berkahwin. Siapa nak suami yg cepat marah dan panas baran kan? Cuma cara dia larikan diri tu dah mengeruhkan keadaan..

Berbeza dengan kebanyakan perempuan, diorang akan terus langsungkan perkahwinan walaupun dah tau bakal suami dia panas baran, suka mengongkong, maki hamun dan lain2. Alasannya sebab terlalu sayangkan tunang dia..

Akibatnya bila berkahwin, suami dia jugak dipersalahkan bila dia kena pukul, kena marah tanpa sebab munasabah. Padahal sebelum berkahwin, perempuan tu boleh je nak putuskan tunang..

Kepada jejaka sekalian, ambil lah pengajaran daripada kes Rozaliya ni. Jangan ingat dah tunang, korang boleh buat sesukahati kat dia. Jangan hanya bermanis mulut masa nak mengorat si dia, tapi bila dah dapat korang abaikan perasaan dia pulak..

Berita lebih pasal Rozaliya putus tunang sila baca kat sini:
Putus tunang: Kedua sekeluarga sepakat



*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...