Jejaka Terhangat Kembali. Masalah Kabel Diatasi Yaw..!!28 comments 30 August 2012
Assalamualaikum semua. Setelah hampir 10 dekad aku biarkan blog ni bersawang. Rasanya dah masa aku buat housekeeping sikit. Hehe..
Hati- hati ye korang. Lantai licin ni.. Sesiapa yang pakai Streamyx, ataupun Unifi. Pernah tak korang mengalami gangguan internet, disebabkan kabel problem? Mesti pernah kan? Kabel problem ok lagi sebenarnya. Masalah aku, cable satu kawasan perumahan aku ni kena curi. Adoii. Peristiwa hampeh ni berlaku sebelum raya. Hm, aku rasa la, pencuri tu mungkin takde duit nak balik raya kat kampung. Pasal tu cable TM kawasan rumah aku jadi mangsa. *Sigh..!! Pencuri cable pon nak duit raya gak.. Dengan internet yang dah takde, menjadikan aku lebih tak semangat nak update blog. (Yess, ada gak alasan nak kasi kat korang. Padahal memang dah lama aku tak update blog, sebelum cable kena curi lagi). Hehe.. Cable kena curi, pihak TM tak boleh buat apa-apa dah. Terserah kat tuan rumah nak settlekan sendiri macam mana. Biasanya, masalah ni akan dilanjutkan pada bahagian maintenance perumahan (pemaju). Ops, nanti sat. Pemaju perumahan kawasan rumah aku dah hilang. Lari entah ke mana. So, macam mana??? No fear my dear. Dalam kes ni, aku sambung sendiri je. Beli cable telefon kat kedai, semeter seringgit. Dan dengan menggunakan sedikit skill wiring, Abrakadabra.. Pooff, Streamyx aku pun kembali beroperasi. Yezza..!!! Disebabkan aku happy, berjaya sambung sendiri cable TM aku. Jadi, entri ni pun tercipta. Hehe.. Sekian, Terima kasih. Dan tahniah sebab berjaya baca entri ni sampai habis. =p Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55..!!! Adakah Korang Cukup Ikhlas Dalam Berpuasa??22 comments 29 July 2012Selamat berpuasa semua. Korang semua puasa kan? Apa?? Hari ni puasa setengah hari je?? Haha.. Kalo bebudak baru nak belajar puasa, ok la kot. Tapi, bagi yang dah dewasa tu. Aku harap, korang tak amalkan la puasa setengah hari tu ya. 'Puasa yang yuk. Pagi pagi bukak periuk'. Hehe.. Puasa tak ikhlas Orang kata, kalau seseorang tu berpuasa, samada dia ikhlas atau tak. Itu urusan dia dengan Allah. Kita jangan kisahkan sangat. Yang penting dia puasa. Iya, betul tu. Tapi, kalau dah sampai tahap mengeluh, macam ni: "Laparnya perut aku..!!", "Ish, lambatnya nak berbuka ni", dan macam-macam lagi keluhan masa puasa. Sangat annoying kot. Macam la dia sorang je yang puasa. Kalau budak kecik, dimaafkan la juga. Tapi, bila orang dewasa yg mengeluh macam tu, rasa macam nak kasi lempangan pun ada jugak. Status facebook dari seorang budak sekolah (Form 4) Orang yang kuat mengeluh bila disuruh puasa. Nampak sangat ketidakikhlasannya di situ. Tak malu ke orang cop kita tak ikhlas dalam berpuasa? Sedangkan "berpuasa di bulan ramadhan" adalah rukun Islam yang ke 3. So, fikir-fikirkanlah sebelum korang mengeluh lapar semasa berpuasa ya. Orang lain pun puasa jugak. Bukan engko sorang je. Sunnatullah Adalah Kasihnya Allah Pada Non-Muslim?4 comments 11 July 2012
saLam...
Nak dijadikan cerita, 2 orang hendak menanam pokok. Seorang muslim dan seorang lagi non muslim. Yang muslim, menanam pokok dengan membabut-buta tanpa ada ilmu untuk menanam pokok sementara yang non-muslim mempunyai ilmu yang cukup tentang menanam pokok, menanam pokok mengikut aturan-aturan yang betul dan sentiasa menjaga pokoknya agar tidak di kacau oleh parasit dan anasir-anasir luar yang jahat. Rasa-rasanya, pokok siapa yang akan tumbuh tinggi, mekar dan segar? Itulah yang dinamakan sebagai sunnatullah. Sifat pengasih Allah SWT kepada hambaNya, sehinggakan Dia memberikan hasil yang baik kepada sesiapa saja yang berusaha. I repeat, SIAPA SAJA.
Itulah yang terjadi sekarang, kita melihat golongan non-muslim mula sedar akan kepentingan ilmu dan cuba belajar dan berjaya menghasilkan gadget-gadget yang canggih sehinggakan kita (muslim) sendiripun menyanjung tinggi ciptaan mereka yang (kononnya) terlampau canggih di abad ini. Kenapa perlu jadi muslim kalau jadi non-muslim pun dah dapat kesenangan? Jap, citer belum habes lagi, itulah kepentingan syariatullah. Tiket khas untuk orang islam yang mengamalkan syariat Allah sahaja. Wait, hapekebende syariatullah nih? Dalam bahasa mudahnya adalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Tak kira sama ada ibadah yang khusus seperti solat, puasa, naik haji malboro dan haji dam (err, gurau je tuh) ataupun ibadah yang umum seperti senyum, bekerja bersungguh-sungguh, saling nasihat - menasihati dan sebagainya. Apa special sangat tentang syariatullah nih? Allah's protection yakni keberkatan. Takmau ker? Dapat perlindungan dari yang Maha Perkasa. Apabila kita dapat satu tiket dari Sultan, tak ke melompat kite? Ke tak melompat? Ok jom buat balik cerita pasal non muslim dan muslim tadi. Ada 2 golongan manusia ingin menanam pokok, seorang non-muslim dan seorang lagi muslim. Memiliki ilmu yang hampir sama dan menanam dengan cara yang sama. Bezanya, muslim tersebut sangat menjaga syariat semasa penanaman pokoknya, yakni mendapat dari duit yang halal dan cara yang halal untuk pokok tersebut. Muslim tersebut tidak lekang solat, berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar tanamannya mendapat barakah dan perlindungan.Nescaya si muslim tadi akan hidup dalam keadaan tenang kerana "ruh"nya telah diberi makanan manakala di non-muslim tadi sentiasa berkeadaan tidak tenang, kerana dia hidup tanpa "ruh" yang sebenar. Dan berjayanya si muslim tadi bukan di dunia sahaja, bahkan di akhirat sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)
|


