Entri Batu Api: Apabila Blogger The Crow Dan Solihin Zubir Berbeza Pendapat Tentang Isu Couple. Hujah Siapa Lebih Kukuh?29 comments 08 June 2011Blog The Crow Empire dan Solihin Zubir. Kedua-dua blog ni aku suka baca. Sebab, pendapat diorang biasanya "out of the box". Diorang ni sebenarnya agak rapat. Aku pun mula kenal blog Solihin disebabkan baca blog The Crow. Alkisahnya, aku perhatikan diorang ni selalu berkongsi pendapat yang sama. Tapi, untuk isu "couple" ni, diorang berlainan pendapat pulak. Fuhh..!!! Apa akan terjadi bila dua blogger hebat ni berbeza pemikiran? Topik: Isu Couple Di Dalam Islam Solihin Zubir: Couple Itu Tetap Haram Entri yang dipertaruhkan: 1. Saya Dah Tak Nak Couple Dengan Awak! 2. Islamic Couple vs Babi Islam? The Crow Empire: Couple Itu Tak Haram, Jika.. Entri yang dipertaruhkan: 1. Hujah 'Couple' Dah Basi! 2. Hujah 'Couple' Dah Basi! (Part II) Betul ke Islam mengharamkan couple macam apa yang Solihir Zubir ketengahkan dalam entrinya. Ataupun, sebenarnya boleh ke kita bercouple seperti yang dinyatakan dalam hujah-hujah The Crow? Apapun, korang kena terjahh kedua-dua blog mereka. Baca point-point yang mereka bagi. Perhalusi pendapat mereka. Kedua-duanya pon bagi hujah yang meyakinkan. Fuuh, takde siapa yang nak mengaku kalah ke? Ahaks.. Korang pulak macam mana? Apa pandangan korang terhadap isu ni? p/s: Sila jangan drop komen sekiranya korang belum baca entri dari kedua-dua belah pihak.=p p/s/s: Ini bukan entri gado. Tapi hanya sekadar berbahas secara sihat sesama kita. Koh3 =) Tips Blogging: Apa Yang Orang Nak Baca Kat Blog Kita Sebenarnya?41 commentsAku selalu buat kajian atas blog sendiri. Banyak topik yang aku kupas, samada isu semasa, personal, psikologi manusia, tips blogging, dan banyak lagi. Dan setiap jumlah komen yang aku dapat untuk setiap topik tak sama. Daripada pemerhatian aku, orang lebih suka baca entri kita yang bercorak 'pendapat'. Terpulang la korang nak buat entri SEO ke, gaya hidup ke, pasal blog ke. Asalkan kat entri tu, selitkan sekali pendapat korang. Dan pendapat tu haruslah kukuh. Contohnya, kalau korang buat pasal isu "couple". Tetapkan pendirian korang samada nak sokong ataupun tidak. Orang nak tau sejauh mana "stand" kita terhadap topik tu, dan apa point-point yang kita gunakan. Selalu blogger ni nak pilih jalan selamat. Dia akan tulis camni: "Ada orang kata couple ni haram. Ada yang kata tak. Bagi aku, ianya terpulang pada pendapat masing-masing" - (Contoh pendirian yang tak jelas) Walaupun korang ambil jalan selamat. Namun, ianya adalah BORING..!!! Apa yang orang nak baca adalah pendapat korang sendiri. Pendirian korang. Bila korang ambil langkah selamat. Maka, entri tu pon akan jadi biasa-biasa je di mata pembaca. Diorang hanya baca, dan berlalu pergi macam tu je. Cuba perhatikan blogger-blogger ternama. Setiap isu yang dikupas, diorang mesti utarakan pendapat, dan pendirian diorang. Bila penulisan kita dapat psiko pembaca. Kat situ baru diorang akan "wow", impress dengan blog kita. Dan seterusnya terus follow blog kita. (Perenggan ni bukan merujuk pada blog retis). Itu je tips kali ni. Ingat, apa yang orang nak baca adalah pendapat dan pendirian korang. Lepas ni boleh la cuba. Pilih satu isu, dan ketengahkan dengan gunakan idea dan point-point korang sendiri. Orait. =) Dua Jenis Blogger Yang Tak Sehaluan. Mana Satu Korang Pilih?54 comments 07 June 2011Dulu aku pernah kata, sebenarnya tak mudah nak jadi blogger. Kita meletakkan diri kita antara buat pahala dan dosa. Tanya diri korang sendiri. Mana satu yang korang pilih. Berblog nak tambahkan pahala atau dosa? Kalau kita perhatikan, blogger ni ada 3 jenis. 1. Blogger A: Blogger yang memperjuangkan sahsiah manusia. Entri bercorak motivasi dan sesekali menerapkan asas islam dalamnya. Blogger ni menegur perilaku manusia yang menyimpang, dan mengajak mereka ke arah kebaikan. 2. Blogger B: Blogger yang mengajak pembacanya ke arah sosialisme. Dia menulis tentang cara hidup yang sosial, tentang fesyen (yang berlebihan), dan siap buat tutorial bagaimana nak bergaya macam dia. 3. Blogger C: Blogger neutral. Memihak mana yang sempat. Tiada pendirian yang tetap. Ada masa menangkan blogger A. Pada masa yang lain jadi pro blogger B. Nampak tak? Perjuangan antara blogger A dan B sangat bertentangan. Blogger B mengajak pembaca ke arah yang kurang baik. Blogger A pulak yang jadi tukang perbetulkan, menegur perilaku salah blogger B dan pengikut-pengikutnya. Tapi, korang semua pun sedia tahu. Blogger mana yang punyai pengaruh lebih besar? Iya, tentulah blogger B. Confirm la. Manusia ni kan memang cepat terpengaruh dengan hal duniawi, lebih daripada akhirat. Aku rasa sangat geram. Blogger B tak kesian ke kat blogger A? Perjuangan blogger A seperti 'mencurahkan air ke daun keladi'. Bila ditegur, blogger A balik yang dikatakan sebagai pendengki, haters dan sebagainya. Mindset apakah macam ni? Haish, aku rasa rasa macam nak je petik nama blogger A dan B untuk dijadikan contoh. Tapi, apakan daya. Manusia ni kalau nak ditegur mane boleh sebut nama. Nanti aib katanya. Asal sebut nama sikit jadi kontroversi. Entah apape. Oleh tu, entri ni bersifat umum. Bagi sesiapa yang lama kat dunia blog ni. Korang sendiri pun boleh agak blog mana yang aku maksudkan kan? Fuhh..!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
|
