Showing posts with label top blogger. Show all posts
Showing posts with label top blogger. Show all posts

Aku Tak Puas Hati Dengan Blogger-Blogger Ni

41 comments 27 April 2011
Aku tau, selama korang blogging, mesti ada certain2 blog yang korang tak puas hati kan? Tak puas hati mesti bersebab. Sama la dengan aku.

Ada beberapa blog dan blogger yang aku tak puas hati. Meh tengok blog2 tersebut. Dan sebab apa aku bengang dengan diorang:


1. Fariqscorpio




Si fariq ni dulu guna blogspot je. Sekarang dah beralih ke wordpress self host. Aku selalu perhatikan perkembangan blog dia dari semasa ke semasa.

Sekarang aku gak ketinggalan, masih guna blogger. Haihs, tak puas hati la camni. Kalau ada rezeki nanti, nak gak pakai hosting kot. Ngehh..


2. Diana Senyum-senyum




Kak diana ni aku tak puas hati sebab komen-komen yang dia bagi selalunya berkualiti. Bukan kat blog aku je. Kat blog2 lain pon sama.

Komen dia lain daripada orang lain, tapi masih bernas. Aku tak terkejut tengok bilangan follower dia ramai. Maklumla, dia tu friendly blogger. Grr..


3. AdamXiS




Adam ni pulak sungguh bermotivasi dalam berblog. Sentiasa nak jadi lebih baik dari semasa ke semasa. Haihs, tak puas hati sebab apa sistem yang dia pakai tah.

Dalam sekelip mata je dia dapat pintas bilangan follower dan ranking blog aku ni. Pastu, dengar cerita pulak. Target dia lepas ni nak challenge blog Ben Ashaari. Err, betul ke? hehe..


4. Green Apple Ku




Tatkala aku tengah ketandusan idea nak buat entri apa. Si cik epal hijau ni ada je update dia. Haihs, memang mencabar kewibawaan betul.

Entri yang dia update pun bukan sebarang. Topik menarik. Gaya penceritaan, penulisan dah macam novelis. Err, tak puas hati mana dia dapat idea best2 selalu. Tak nak kasi tips ke cik green apple ku? hehe..


Tu je setakat ni blogger yang aku tak puas hati. Lepas ni kalau ada lagi, aku akan update. So, rajin2 la carik pasal dengan aku ek. Ahaks..
Read On

Dalam Blogging Jangan Memilih Kawan..

51 comments 02 December 2010
Entri kali ni menenangkan jiwa, takde panas2 punya. Jom duduk sebentar bersama Kit-Kat, sambil dengarkan Jejaka Terhangat nak celoteh sket..



Dalam Blogging Jangan Memilih Kawan..

Blog sekarang ni dah jadi macam cendawan tumbuh lepas hujan. Setiap hari ada je blogger baru muncul. Blogger lama plak dipanggil "top blogger" atau blogger otai oleh blogger baru..

Kebiasaannya, blogger baru akan cari, dan amik tips drpd blogger otai. Macam mana nak cepat naik dlm dunia blogging ni mcm diorang..


"Kalau la blogger otai tu mention blog aku kat blog dia, Wahh, best.!! Mesti bleh femes cepat blog aku nanti".


Aku bleh jamin, mesti ada antara kita yg berfikiran macam tu kan? Sebab tu kita boleh peratikan, ramai yg berusaha drop komen membodek blogger otai. Kalau top blogger buat contest laju je masuk tanpa pikir panjang..

Kalau blogger otai buat contest, orang akan cakap camni:

"Ehh, kena masuk cepat ni. Nanti ramai pulak orang, kena queue".


Kalau contest dari blogger baru pulak:

"Lambat lagi tarikh tutup, nanti kalau rajin aku masuk la ye".


Ada jugak yg rajin datang ke blog blogger otai utk drop komen. Dan bila blogger otai tu tak masuk balik blog dia, dia melatah pulak. Kata blogger otai tu sombong la, taik idung masin la (ada ke taik idung manis?). Ahaks..

Sebenarnya nak promosikan blog kita menerusi blogger otai ni bagus. Tapi, jangan terlalu bergantung pada blogger otai utk jadikan blog kita dikenali ramai..

Wasiat Jejaka Terhangat kpd semua, dalam blogging ni jangan memilih kawan. Anggap je semua blogger tu sama. Jgn harapkan "top bloggers" dtg ke blog kita utk dptkan semangat..

Tapi dptkan semangat, drpd blogger yg baru2 mcm kita. Naik sama2, blaja sama2, pelan2 kayuh takpe, kita boleh lakukannya. Suatu hari nanti kita pasti berjaya. Kerana kita anak MILO..!!! =p
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...