|
Showing posts with label kipas laptop mati. Show all posts
Showing posts with label kipas laptop mati. Show all posts
(Gambar) Proses Pembedahan Ke Atas Laptop Sendiri. Yezza19 comments 03 November 2011
Seperti yang aku kata dulu. Bini pertama, aka laptop aku dah tahap kritikal. Pasal internal fan dia dah failure, tak berfungsi. Walaupun aku pakai external fan cooler, tapi ia tak efficient.
Bila run banyak program sekaligus, processor pon jadi sangat panas, dan "pap", laptop aku pon terpadam dengan sendiri. Tahniah.. So, aku pon ambil langkah drastik. Membedah laptop aku sendiri. Tukar external fan aku jadi internal. Fan yang dah rosak dalam tu aku campak jauh-jauh. Ngehh.. Meh tengok gambar proses penukaran kipas dalam laptop aku: 1) Bukak casing kat internal fan 2) Tukar kipas yang rosak kepada kipas yang elok. Aku gunakan kipas luaran, gantikan kipas yang dalam. Power source, USB. Tak puas hati dengan kipas dalaman je, aku ambik kipas external. Dan LEKATKAN kipas-kipas tu betul-betul pada lubang casing laptop tu. Supaya sistem pengudaraan dia lebih sejuk. Kehkeh.. 3) External fan diletakkan betul-betul pada lubang casing Orait, selesai. Laptop aku dah selamat dibedah, dan diubahsuai. Proses nampak simple. Itu sebab aku dah permudahkan gambar tu. Padahal, leceh jugak nak matchkan kipas dalaman yang diganti tu. Takpela, sekurang-kurangnya laptop aku dah boleh beroperasi macam dulu. Bahkan, lebih bagus lagi. Sebab, cooling system dia dah jadi lebih sejuk. Ahaks.. Okey, nampaknya tak jadi angkat bini lain. Sebab, bini ni masih boleh jalankan tugas dia. Pakai selagi boleh pakai. Ye dop? =p Akhirnya Bini Nombor Satu Aku Kecundang Juga20 comments 25 October 2011Uwaa, sedih. Setelah hampir 5 tahun setia. Akhirnya bini aku nombor satu, aka laptop aku kecundang juga. Ada sedikit malfunction. Kipas dia dah mampos. Kesannya, laptop aku cepat panas. Pastu terpadam sendiri. Laptop lama aku pernah kena nasib yang sama. Mungkin laptop Acer ni memang kureng sket pada jangka hanyat kipas dia kot. Kalo hantar kedai repair, mau kena dekat RM100 ni. Iye, aku tau. Mesti korang tanya. "Awat tak pakai external fan?" Aku guna. Tapi dia tak berapa nak efisien berbanding kipas internal. Model laptop aku Acer Aspire 5630. Processor Core 2 Duo. Bila kipas takde. Memang confirm cepat panas. Bila run banyak program sekaligus, laptop pon mati. Uwaa, lagi sekali. Takpe, kalau aku dah tension sangat. Asyik mati je kerja. Akan ku bedah laptop ni. Ubahsuai sendiri mana yang boleh diubah. Alang-alang laptop ni dah nazak. Baik operate sendiri. Manala tau dia boleh bernafas balik ke nanti kan? Kehkeh.. Kalau operation tak berjaya. Agaknya kena angkat bini lain la jawabnya. =p
Subscribe to:
Posts (Atom)
|




