Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Follower Blog Review: Jom Terjah Cik Sha, Blogger Yang Suka Menulis

15 comments 18 August 2011
Dah lama aku tak buat review blog. Tetiba kali ni rasa nak buat pulak. Review kali ni sebagai tanda aku hargai pembaca tetap blog ni, Cik Sha.

Cik Sha antara pembaca terawal yang selalu datang ke blog Jejaka Terhangat ni sejak blog ni baru ditubuhkan. Sampai sekarang, dia masih jadi pembaca yang setia. Terharu beb ada pembaca setia. Hehe..=p

Aku harap, korang semua dapat sama-sama go through review ni. Sebab blog Cik Sha aku kategorikan sebagai blog yang sangat bagus. Rugi korang tak terjah..!!



- Purple gitu. Sweet kan blognya -

Nama Blog: Belog Riesha Ariesha



Apa yang menarik kat blog cik Sha:

Template cun

Korang sendiri pun boleh tengok. Template blog ni menarik "purple+pink", tak sakitkan mata. Header pun cantik. Kedudukan widget tak serabut. Overall, blog cik Sha sangat kemas. Terbaek..!!

Entri menarik

Seperti yang aku kata, cik Sha blogger yang sangat suka menulis. Korang boleh perhatikan, entri-entri dia kebanyakannya panjang belaka.

Tapi, meh aku jelaskan kat sini. Walaupun entri dia panjang, tapi tak membosankan. Kandungan entri selalu diselitkan dengan ilmu, motivasi dan nasihat. Aku pun selalu dapat something yang baru bila baca entri2 dia. Nice =)

Bagi blogger baru, korang boleh jadikan blog cik Sha sebagai reference untuk perbaiki blog korang supaya nampak lebih cantik, kemas dan tersusun.


Orait, tu la sedikit sebanyak yang aku boleh rumuskan tentang blog cik Sha. Sebelum tu, jangan lupa LIKE fanpage cik Sha ni yek semua..=)


Terima kasih cik Sha sebab sudi jadi pembaca setia blog picisan ni.

Kepada pembaca-pembaca setia yang lain pun, jangan kecik hati. Kalau berpeluang lagi lepas ni. Aku akan review blog korang pulak. Okeyh? =)
Read On

Jom Kenali Blogger Terer Doodle [Episod 01]

30 comments 13 August 2011
Wahh, sekarang ni memang trend blog ea? Bila buat blogwalking, aku perhatikan banyak blog yang buat doodle. Eh, tau tau doodle tu apa?

Ala, doodle tu lukisan kartun yang dilukis dengan mengunakan apa-apa software ataupun application. Kebiasaannya, doodle dilukis menggunakan PAINT.

Memang payah. Bukan semua orang boleh mendoodle. Bergantung pada bakat dan kreativiti masing-masing. Kalo aku, bab doodle ni memang failed. Nak lukis orang pon jadi rupa itik. Ahaks..

Apapun, meh aku kenalkan kawan blogger aku yang terer doodle:


1. Aufa Faqihah

Aufa selalu lukis doodle muslimah dengan menyelitkan pesanan dan motivasi yang berguna kepada pembaca blognya. Terbaek..!!


Lukisan doodle Aufa. Comel kan?


2. NurAmal

Nuramal, lukisan doodle dia simple dan sempoi je. Yang bestnya, dia doodle dalam bentuk komik. Sesekali memang rasa terhibur la dengan lawak yang dia selitkan. Best..!!


Salah satu part dalam lukisan komik NurAmal.


3. Feeza Macho

Feeza Macho paling otai. Lukisan doodle dia nampak macam senang je nak lukis. Tapi sebenarnya rumit. Lukisan komik, sempoi, lawak. Semua dia bleh buat.

Blogger lain pun siap dia kartunkan menerusi blog dia. Kehkeh.. Nice work..!!


Antara bloggers yang jadi mangsa doodle dia. Comey?


Nak tengok lebih hasil karya diorang. Atau nak mintak tips cara nak doodle. Sila la terjah blog diorang yek. Manetau kat sana diorang ada buat tutorial mengajar cara nak doodle ke. Sape tau. Ngehh..

Cukup 3 blog ni je dulu aku perkenalkan. Ada lagi sebenarnya. Tapi sila tunggu episod 2 nanti yek. Stay tuned. =)

Read On

Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique

26 comments 22 July 2011
Task 1: Buat entri bertajuk "Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique"

Woah, dah lama si Jejaka Kacak Terhangat tak join kontest. Tapi, kontest kali ni kena join. Pasal aritu dah terlepas sekali. Kali ni, kontest anjuran Abdul Farique takkan aku lepaskan begitu saje. Kehkeh..


Kontest ni tak susah pon. Apa yang korang perlu buat adalah kutuk dan kritik blog beliau. Macam best kan? Hadiah pon lumayan woah. Meh kita tengok apa yang Abdul Farique tawarkan kalo korang dapat kutuk blog dia dengan jayanya:

Hadiah Tempat Pertama
1) Wang Tunai - RM70
2) Topup Prabayar Maxis,Digi atau Celcom* - RM30
3) Feed Blog Di ruangan Side Bar Selama 15 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda di Entry Terbaru Aku selama 8 Kali


Hadiah Tempat Kedua
1) Wang Tunai - RM30
2) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM10
3) Feed Blog Di Ruangan Side Bar Selama 5 Hari
4) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 4 Kali


Hadiah Tempat Ketiga
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM30
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 2 Kali


Hadiah Saguhati - 2 Pemenang
1) Topup Prabayar Maxis, Digi atau Celcom* - RM5
2) Promot Entry Terbaru Anda Di Entry Terbaru Aku Selama 1 Kali

Amacam? Dah berpinau mata tengok hadiah tu? Apa lagi, jom la join. Ngehh..


Task 2: Search '' abdul farique '' di google image

Inilah hasil google image "Abdul Farique". Mari kita touch up sket kasi nampak menarik:


Header Blog Semasa Abdul Farique



Galeri gambar Abdul Farique hasil "google image". - by Jejaka Terhangat


Okey, simple quiz utk korang. Jawab ni..



...Klik gambar untuk jawapan..


Task 3: Kutuk dan Kritik blog Abdul Farique.

Orait, part ni yang best. Kehkeh.. Sebelum kita kutuk-kutuk, apa kata kira angkat dulu blog brader ni. Pujian ni untuk Abdul Farique (AF)..


1. Template cun

Template blog Abdul Farique cun, smart. Warna template pun agak unik dan menarik. Orang masuk blog AF, akan rasa kelainannya. Bila dah masuk rasa macam tak nak keluar pulak. Kehkeh..


2. Sistem komen yang baik

Sistem komen blogger kat blog ni yang diubah suai, iaitu "reply to comment" memudahkan komentar balas komen dengan lebih efficient. Komen yang dibalas oleh empunya blog pulak berwarna lain. Macam ni lebih senang nak bezakan komen tuan blog dan pengunjung. Good job..



3. Penulisan superb

Dalam blog, ada 2 jenis penulisan. Yang pertama, penulisan yang mudah pembaca nak faham. Kedua, penulisan yang kadang-kadang, penulis sendiri tak faham. Dan, tahniah sebab AF termasuk dalam golongan yang pertama. Entri-entri AF banyak yang menarik.

Antaranya:

a) Mengawal Kemarahan , Kebencian Adalah Amalan Mulia
b) Ubat Tonik Hilangkan Tension / Stress


4. Shoutbox di page lain.


Bila tekan gambar "shoutbox" kat tepi blog AF, akan muncul page baru. Ramai yang komplen, kata cara ni tak bagus, susah orang nak tinggal jejak.

Tapi, sebenarnya cara ni banyak "advantage"nya. Antaranya, spam dan load blog dapat dikurangkan. Pastu, cara ni jugak kita boleh kurangkan orang komen kat shoutbox. Agak annoying bila orang tak komen kat entri, tp komen kat shoutbox. So, sesiapa yang komplen pasal shoutbox kat page lain tu. Abaikan je diorang. Kehkeh (gelak jahat).


Orait, puji sikit-sikit sudah la yek. Nanti kembang, susah pulak. Ahaks.. Tiba masanya untuk kritikan. Terimalah ini wahai Abdul Farique.

Kritikan Jejaka Terhangat terhadap blog Abdul Farique:

1. Header dan konsep blog tak match.

Header blog Abdul Farique (seperti di gambar atas entri) tak dinafikan, memang cun. Header yang ceria. Tapi tak berapa "match" dengan tagline blog AF, iaitu "Riwayat Seorang Insan Hina". Tagline kedengarannya suram. Tapi header dah tutup kesuraman tu. Tak kena kan?


2. Iklan leaderboard tak best.

Kat blog AF ni ada DUA iklan leaderboard (iklan header). Satu kat atas (adverlets), satu lagi kat bawah header. Yang kat atas sekali tu sape nak view? Takde orang pon.

Kedudukan iklan leaderboard yang sesuai adalah kat bawah header. Oleh tu, letak je dua-dua iklan tu kat bawah header secara selari. Contoh, macam kat blog Ben Ashaari. Tak nampak serabut pon. No problemo.

Contohnya macam ni:


Iklan leaderboard disusun selari. Ok je kan?


3. Like button terlalu rapat dengan entri.


Like button dengan entri takde jarak ke? Guna la line break <br/>, supaya like button dengan entri dapat dijarakkan sikit. Kan lebih kemas gitu. (Cerewet tak aku? Hal kecik ni pun jadi poin. Ahaks)


4. Meter pageview tak relevan

Orait brader. Tak payah kot nak guna blogger pageview letak kat situ. Takde sape nak tengok pon. Kalau nak tau analytic blog, better gunakan Hitstats je. Lagi best, dan tak memberatkan.


Tak relevan. Kasi ganti dengan Hitstats.

Ni pun sama. Kalau meter tu dah diganti dengan hitstat, yang ni tak diperlukan lagi. Kasi campak je jejauh. Ngehh..



5. Blog archive tak efektif

Blog archive (Hasil Karya Ku) kat blog Abdul Farique gunakan "dropdown menu". Cara ni tak bagus sebenarnya. Orang lagi suka klik pada benda yang nampak. Oleh tu, untuk blog archive better gunakan "Hierarchy" supaya visitor lebih senang nak belek-belek entri lama kita.

Kalau hierarchy tu panjang sangat. Boleh pendekkan. Gunakan la scroll box. Tutorialnya boleh tengok kat [ sini ].


Takde punya orang nak klik ni untuk belek entri. Percayalah.!!!


6. Amende ni??


Haha.. Yang ni aku tak tau nak komen apa. Pasal aku tak tau apa motif AF letak banner tu kat sidebar blog. Citcat dot com tu port AF ngorat-ngorat ke. Siapa tahukan. So, agak-agak kalau dah tak pakai. Kasi buang jela banner tu yek. Macam agak menyemak je ada kat situ. Kehkeh..


7. Bloglist tak adil

Ni yang aku nak komplen lebih ni. Cuba tengok kat bloglist Abdul Farique, bawah sekali. Apa ni, bloglist lelaki takde gambar thumbnail kat entri. Kat bloglist perempuan ada pulak. Ini tidak adil. Melebihkan perempuan ni. Kami nak jugak.


Sila jelaskan kenapa ketidakadilan ini berlaku? Grr..

Kehkeh, ni saje je. Terpulang kat Abdul Farique nak buat camne pon. Aku sendiri pon faham. Normal la lelaki melebih-lebihkan perempuan kan? Kehkeh..


8. Entri SEO tak best..!!

Okey, ni aku nak bebel sikit. Sekarang blog Abdul Farique lebih berkonsepkan Search Engine Optimization (SEO). Pandangan peribadi aku, entri SEO adalah bosan. Kita tak kan dapat pembaca tetap kalau asyik guna entri SEO.

Iye, memang SEO penting supaya kita dapat banyak trafik daripada "google search". Tapi, ia tak menjamin jumlah komen kita akan meningkat. Bukankah komen tu yang penting, yang bagi kita semangat untuk terus berblog?

Okey, cuba bandingkan entri Abdul Farique yang bercorak pendapat (macam contoh yang aku nyatakan kat atas tadi) dengan entri SEO. Entri mana yang lebih dapat sambutan? Berdasarkan jumlah komen, pasti la entri AF yang bercorak pendapat tu kan? Entri SEO tak mampu berikan "wow" kepada pembaca. Sebab tu ianya bosan.

Macam aku kata, Abdul Farique ada skill menulis entri yang baik. Agak sia-sia kalau blog hanya tumpukan pada entri SEO. Secara peribadi, aku lebih suka blog Abdul Farique yang dulu. Yang berkongsi pengalaman hidup, dan perkongsian motivasi yang mampu berikan faedah kepada pembaca.


Tambahan dari Jejaka Terhangat..

Okey, kat sini just nak bagi saranan je. Kat ruangan tab menu, tambahkan "SITEMAP". Dan tambahkan search button kat sidebar blog. Kedua-dua ni bertujuan untuk memudahkan kita dan visitor untuk mencari, dan selak balik entri kita yang lepas-lepas.


Task 4: Like Fanpage Abdul Farique

Aku dah LIKE facebook fanpage Abdul Farique. Korang pulak bila lagi? Meh sini meh, Like, Like. Jack Sparrow, jangan lupa like ok? Ahaks..


Like Abdul Farique kat sini. Nak like kat blog dia pun boleh.

Task 5: Tag seorang blogger.

Uiks, sorang blogger je tak cukup bos. Meh aku tag ramai-ramai sikit.

1. The Crow (tag faveret aku. kehkeh)
2. Fariq Scorpio
3. Farhan Al-Jitrawi
4. Pejuang Cinta
5. Datin Berseri

Orait, yang ditag ni sila la rajinkan diri join kontest ni yek. Hehe.. Mana yang tak ditag, korang pun boleh sertai jugak. Klik je kat [ sini ].

Tarikh tutup kontest: 9 OGOS 2011
Read On

Blog Jejaka Terhangat Berwajah Baru Yang Jahanam?

33 comments 12 July 2011
Kehkeh. Bagi sesiapa yang selalu ke sini, mesti akan perasan perubahan ketara blog Jejaka Terhangat ni. Dulunya template putih. Sekarang, hitam sudah. Panas sangat, terbakar sampai rentung agaknya. Tu yang jadi legam. Ahaks..

Mula-mula, aku nak minta maaf kat semua pembaca, skodenger, dan silent reader blog ni yang tak puas hati dengan perubahan yang aku buat. Ada yang mintak aku tukar balik ke template lama, yang putih tu. Err, sori ye. No can't do. Hehe..

Bukan apa, sekarang aku tengah bereksperimentasi dengan blog ni. Adakah performance sesuatu blog akan ada perubahan ketara, sekiranya template yang digunakan tak berapa menarik? Hmm, kita tengok je la nanti camne. =p

Header Blog

Bagi template hitam ni, aku gunakan "header dengan twitter status". Bagi konon-konon nampak macam gempak. Hehe.


Terima kasih kat Belog AdamXis atas tutorial buat header dengan status twitter ni.

Menu Bar

Bagi menu bar (Home dan Sitemap), dan jugak sosial network, aku gunakan code "table" supaya ianya dapat diselarikan dalam satu baris je. Jangan lupa add yek. Hehe..


Overall, template hitam ni aku matchkan dengan kehangatan blog aku, iaitu merah. Hitam + Merah + Putih. Ok ke? Nak tak nak, korang terima je la yek. Kehkeh.. Thanks for your support guys..=)
Read On

Pemenang Blog Assignment: Aku Suka Blog Ini

18 comments 05 July 2011
Wahh, tak sangka ramai jugak yang sertai blog assignment kali ni. Assignment tentang blog yang paling korang minat, dan kenapa minat blog tersebut. [ sini ]

Aku dah semak semua entri peserta. Memang best. Macam-macam blog baru yang aku kenal. Kat sini aku listkan senarai peserta, dan blog yang jadi pilihan mereka.

Nak tau kenapa diorang suka blog tu? Korang terjah la sendiri entri diorang yek:


1. Nurul Nadia - Blog Muncung Manis
2. mOoN IzzaN - Miss Librarian
3. Abdul Farique - Blog Budak Botak
4. Ceritera Liyana - Nisa Kay
5. SYAF - Blog Moon
6. Подтверждаю - Kereta Mayat
7. Siti Safiyyah - White Cappuccino
8. Diera Tekikushika - Belog AdamXis
9. noonaQQ - Resepi Rahsia Ku
10. Anismelon - Sweet V@nilla

11. Bro ahmad - Mat Joe
12. Bui Idzra Ryn - ChybeeLila
13. Rabiatul Adawiyah - Iqbal Hakimi
14. Tea - Ben Ashaari
15. Clara - Firdaus Life
16. LiN LiNa - Beat Garden
17. Ainina Jelani - Apih El Nino
18. Nur Aisya Humaira - Pupuchik
19. Fafa - Sembang Kencang
20. Cik Pip - Satu Dan Dua

21. Puan Kutu - Blog Cik Betty
22. MiSs MieRa - Irene Nadia Marcello
23. Atiey - Puan Kutu


Dan pemenang bagi blog assignment kali ni adalah Abdul Farique yang menulis tentang blog Budak Botak. Tahniah. Feed blog Abdul Farique dah pun diletakkan di sidebar blog ni bahagian atas seperti yang dijanjikan.

Kepada yang lain-lain, ribuan terima kasih aku ucapkan sebab sudi menjayakan assignment ni. Jangan lupa join lagi untuk assignment yg akan datang yek. =)
Read On

Nur Amal: Dapat RM50 Bila Kutuk Nur Amal

10 comments 03 May 2011
Wahh, kutuk blog pon bleh dapat duit ke. Biar betul ni? Hehe.. Memang betul pun. Kontest ni anjuran Nur Amal, di mana peserta diminta memberikan kritikan membina supaya dia tau apa yang kurang pada blognya.

Tak susah pon kan. So, apa lagi. Kalau korang semua nak join. Atau nak tau lebih lanjut mengenai kontest ni. Klik je kat banner ni:




Okey, sebelum kita stat kutuk-mengutuk. Jom kita tinjau-tinjau dulu apa yang menarik kat blog Nur Amal:




Alahai, comeynya theme blog dia kan?
Nur Amal dah berblog agak lama yek sebenarnya. Sejak tahun 2008.
Ada ikon comey-comey plak kat sidebar blog dia. Ngehh..



Terimalah kutukan ini..

Pendapat peribadi Jejaka Terhangat, secara jujurnya, banyak yang perlu Nur Amal perbaiki supaya blog nampak lebih kemas dan menarik. Perbaiki yang ni:


1. Template blog.

Template blog Nur Amal memang dah comey. Tapi kalau boleh, sidebar dan content entri biarlah ada border. Nanti akan nampak lebih kemas.

Owh, pasal rama-rama kat tepi belah kiri tu rasanya tak perlu. Ia hanya memberat, dan mengganggu konsentrasi pengunjung. Dan ia tak datangkan apa2 faedah.

Hmm, rasanya star yang jatuh2 tu tak perlu kot. Sebab ia akan memberatkan blog. Dan jugak, ia agak mengganggu pandangan. Kalau untuk decoration, cukuplah star blinking2 kat tepi belah kanan tu.

Satu lagi, pasal welcome note. Tak perlu letak. Sebab biasanya kebanyakan blogger memang anti dengan benda ni.



2. Sidebar.

Wahh, penyusunan sidebar agak serabut. Meh sini JT kasitau camne nak susun:

- Bloglist tak perlu "show all". Cukuplah setakat "show 5", supaya sidebar tak makan banyak sangat ruang. Ataupun nak lebih best, NurAmal boleh gunakan scroll kat bloglist tersebut. Contoh macam kat blog Jejaka Terhangat ni sendiri. Tutorial nak buat bloglist scroll bleh tengok kat sini.

- Banner awards tu pun rasanya tak perlu diletakkan kat sidebar. Boleh create page baru khas untuk banner. So, load speed blog pon boleh dikurangkan. Ataupun, kalau nak letak jugak. Buatlah "marquee scroll" supaya ruangan banner tak guna terlalu banyak space, dan nampak lebih kemas. Contohnya camni:





- Nuffnang ads skyscrapper (sidebar) lebih molek diletakkan kat paling atas. Supaya lebih senang nampak, dan kadar hits akan lebih tinggi. Boleh jugak buat macam kat kebanyakan blog. Letakkan ia sebagai float widget.


- Blog archive pun boleh gunakan scroller, sama macam bloglist. Supaya ia nampak lebih kemas.


Okey, habis dah bab template dan sidebar. Sekarang mau sentuh bab content dan entri pulak. Bersedialah. Ngehh..


3. Font entri

Agak sakit mata nak baca entri Nur Amal. Sebab font yang digunakan "bold" dan warna "purple". Cuba tukar kepada font yang biasa, dan berwarna hitam (gelap). Font "verdana" biasanya jadi font kegemaran blogger sebab ianya lebih mudah dibaca.


4. Text alignment

Gunakan alignment "justify" bagi entri. Dan, cuba biasakan menulis entri bermula dengan huruf besar. Kedua2 benda ni bertujuan supaya penulisan dan struktur entri kita nampak lebih kemas. Short form rasanya takde masalah kat blog ni. Bagus..


Dan, saranan Jejaka Terhangat. Letakkan "link within" supaya entri2 kita yang berkaitan dapat dipaparkan pada setiap entri. Ok, DONE. Hehe..


Lastly, blogger bertuah yang aku jemput utk menjayakan kontest ni adalah:

1. The Crow
2. Farhan Al-Jitrawi
3. Touya
4. Ainina Jelani
5. Aufa
6. Feeza Macho

Kepada lain-lain yang tak diTAG pon boleh gak sama-sama kita join. Jom sama2 kita meriahkan lagi kontest ni. RM50 tu. Tak nak ke? Ngehh..


Tarikh tutup pun kontest: 28 Mei 2011
Read On

Keputusan Pemenang Blog Review Assignment 1

13 comments 07 March 2011
Aku kata deadline pukul 11.59 malam hari isnin. Tapi macam biasa, aku jenis tak sabar. So, deadline dipercepatkan (sebenarnya sebab tiada penyertaan lagi. hehe..)

Cuma 8 peserta yang ada beran hantar assignment blog review yang aku bagi semalam. Ni entrinya:


Tugasan yang aku bagi bukan susah pon. Just buat simple review pasal blog SyedGraphiX. Dan setelah dinilai semua penyertaan. Pemenang bagi blog review assignment 1 ni adalah..




Tahniah kepada Cik Ladies. Kepada yang tak berjaya, dont you worry. Ada lagi assignment 2 akan menyusul tiba nanti. Stay tuned.. =)
Read On

Blog Review Assignment 1 Oleh Jejaka Terhangat.

22 comments
Woah, Blog Review Assignment oleh Jejaka Terhangat dah bermula. Apa tu Blog Review Assignment? Meh aku terangkan..

Blog review assignment ni aku tugaskan kat korang untuk buat review blog kat blog yang aku tetapkan. Contohnya, aku suruh korang review blog AdamXis. Dan korang kena buat entri tersebut dan linkan ke entri ni. Tak susah pon..

Ganjaran pemenang? Feed blog dia akan dapat tempat kat sidebar blog Jejaka Terhangat ni selama seminggu. Atas sekali (4 latest entri). Wow, best kan award tu. Assignment pon takda la susah mana pon..




Apa yang perlu korang buat?

1. Buat entri bertajuk "Blog Review Assignment 1 Oleh Jejaka Terhangat".

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni.

3. Buat review ringkas tentang blog berikut:




Review simple je cukup. Korang letak 2 point yang best pasal blog tu dan 1 atau 2 point yang blog tu perlu diperbaiki. Kalau lebih pun takpe. Lagi bagus. Ngehh..

4. Linkkan entri blog review assignment korang kat entri ni. Done..


Pemenang dipilih berdasarkan review yang paling best.

Tarikh tutup tak lama. Assignment ni aku bagi sampai 11.59 malam esok je (Isnin). So, cepat2 la buat yek. Tak susah pon..=)
Read On

[Follower BloG Review] Dia Bukan Sekadar Blogger. Farhan Firdaus the Web Designer..!!

21 comments 19 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat.

Fuuhh, dah masuk bloG ke 8 aku review ni. Penat jgk rupanya review bloG ek. Takpe2, follower punya pasal kan ku gagahkan juga jari-jemari ni. Farhan Firdaus aka Paan, entri ni utk anda..


URL BloG - http://farhanfirdaus.com/

Wahh, bro Paan punya bloG guna platform Wordpress (wp). Description bloG pon "Just Another Web Designer". Harusla wp, nampak profesional sket kan? Hehe..

Korang semua nak tau apa yg aku impress sangat dgn bloG bro Paan ni? Baca ni..

1. Theme bloG simple je tapi padat. Fuuh, sejuk mata tengok warna bloG dan background dia. Takda satu pon yg sakitkan mata..

2. BloG sangat neat, tersusun. Widget yang wajib je dia letakkan kat sidebar. Tu yg jadikan bloG ni page load dia laju. Bagus-bagus..

3. Wahh, banyak gak tutorial dan tips pasal blogging yg bro Paan share ek. Cara nak naikkan trafik pon ada. Boleh la nak curik sket ilmu kat sane. Ngehh...
Read On

[Follower BloG Review] BloG Taman Bunga Yanasabeli dot Blogspot dot Com Sangat Sweet.!!

11 comments 18 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat.

Korang perasan tak aku review blog selang antara follower lelaki dan perempuan. Last time aku review blog jejaka kacak, Nazirul Hazwan. Maksudnya, review kali ni giliran gadis sunti plak. Ngehh.. Cik Yana, ni untuk anda..


URL BloG - http://yanasabeli.blogspot.com/

Alahai, cumilnyer header bloG. Sebab owner pon cumil. BloG pon sangat sweet. Berlatar belakangkan bebunga hijau. Terasa tenang hati sanubari tatkala berada di bloG ini..

Haha, lebih2 plak si JT ni. Jomla teruskan review. Hehe..

1. BloG ni ringan woah, seringan kulit bawang. Sebabnya takde pon widget bukan2 dalam bloG cik Yana ni. Load pon laju. Apa lagi, masukkan la bloG ni dlm list blogwalking korang. Ngeh..

2. Kat bloglist ada senarai kedai online. Oo, cik Yana kaki shopping ek. Kantoi.. Kehkeh..

3. Wahh, cik Yana pandai edit picture yek. Banyak entri yg post gambar diedit. Editkan gambar JT bleh? Tapi gambar carik sendiri la. Hehe..
Read On

[Follower BloG Review] BloG Suratan Kebetolan Rulezz.!!! Blogger Kacak Bernama Hazwan..

16 comments 16 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Sebelum ni aku dah review bloG budak comel, cik Nur Azila. Harini giliran blogger yg agak hangat dipasaran. Gadis-gadis mesti suka punyalah. Kehkeh.. Brader Nazirul Hazwan, review ni untuk anda..


URL BloG - http://nazirulhazwanws.blogspot.com

Sabar yek ladies semua. Aku tau biodata Hazwan yg korang tunggu-tunggu kan? Nah, amik ni. Hehe..


BloG dia sempoi sangat. Header pon simple. Tapi aura bloG dia tetap hangat bersemangat..

Ni kehangatan bloG Suratan Kebet0lan yg aku nampak:

1.Eh, bloG ni baru start bulan 7 haritu, tapi follower dah 600 lebih? Perghh, memang gempak brader Hazwan ni..

2. Entri banyak pendek-pendek. Tapi topik hangat, tertarik terbaik. Entri ni paling menarik perhatian aku..


3. Fuiyooh, facebook badge dia gambar tengah bergambar dengan Tun Mahathir. Tak semua orang buleh dapat peluang ni. Jeles-jeles..
Read On

[Follower BloG Review] Simplest-Ziela Punya BloG Superb. Bukan Sekadar BloG Budak Sekolah..!!

24 comments 15 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. BloG yg aku review kali ni milik seorang perempuan, masih bersekolah. Ehemm, dia jugak comel orangnya.. Tanpa berkelip mata, meh aku perkenalkan...


URL BloG - http://nurazilaismail.blogspot.com/

Ape? Korang nak tau biodata dia dulu? Oo..Gatal ek. Takpe2, aku perkenankan jugak. Hehe..


Single ke tak korang tanye la sendiri. Formspring, facebook, myspace, Yahoo Messenger dia ada dia sertakan kat situ. Add je semua. Hehe..


Jom kita mulakan sesi review bloG cik Azila ni:

1. Comel.. Eh, orangnya memang la comel. BloG dia pon comel gak. Theme Purple-Black kaler tu. Biasanya gadis ayu mmg suka purple kan?

2. Wahh, shoutbox pon purple gak. Pastu ada ikon comel-comel. Ni yang best nak spam selalu ni. Kehkeh..

3. BloG bersifat personal. Tapi bukan jenis luahan hati semata-mata. Lebih kepada realiti hidup, tabiat dan perangai manusia sekarang. Fuhh, best-best..
Read On

[Follower BloG Review] BloG Cerita Bulan Cool Macam Ais Batu. Sejuk Woah..!!

8 comments 14 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Tiba masanya utk aku review bloG ke 4 selepas bloG cik Mashimaro. Nama empunya bloG kali ni Ismail Noh (Bulan). BloG dia sangat kontra dengan bloG aku. Nape aku cakap camtu? Meh tengok sini..


URL BloG - http://www.ismailnoh.com

Nampak tak? Templete blog dia Biru + Putih + background Hitam. Sejuk je mata memandang. BloG aku plak panas. Hehe.. Daripada header bloG tu kita dah bleh agak, brader Bulan ni memang photographer sejati. Besor gilerr kamera. Cayalah..

Lain-lain kehebatan yg aku nampak kat bloG Cerita Bulan ni:

1. Dah namanye photographer, entri dia mestila banyak gambar. Gambar pulak sumenya cantik-cantik. Wahh, gambar jodoh pon banyak kat sane. Ngehh..

2. BloG ni cool, tak serabut. Ringan sebab tak banyak widget. Pastikan korang sume bookmark bloG ni dalam senarai blogwalking korang yek.

3. Based on entry archieve, bulan 10 ni genap setahun la bloG Cerita Bulan ni kan? Happy Besday to Youu..
Read On

[Follower BloG Review] Jom Dengar Mashimaro Membebel Sampai Telinga Berdarah..!!

12 comments 13 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Sebelum ni aku dah review bloG Suffer8zine. Kali ni giliran siapa plak? Jeng jeng.. Ye, blog cik Mashimaro menjadi pilihan hati..Yezzaa...


URL BloG - http://hatisamronkin.blogspot.com/

Tajuk bloG: Bila Mashimaro Membebel

Ha, amik ko. Kalo masuk blog cik Mashimaro, tu la yg korang dapat, bebelan. Haha.. Tapi korang jangan risau plak. Bebelan dia tulus ikhlas dari hati. Takde kutuk-kutuk orang punya..

Aku dah go through bloG cik Mashimaro. Ni bebelan aku pulak:

1. BloG cik Mashimaro ringan. Mungkin sebab tak banyak sangat widget kot. Bagus-bagus. Senang la nak blogwalking kat sane slalu. Hehe..

2. Kat header ada Anniversary Meter. Dah 1 tahun lebih katanye. Adakah tu maksudnya cik Mashimaro sudah berpunya? Jawapannya ada kat blog dia..

3. Wahh, Banyak gilerr tips cik Mashimaro kasi. Korang klik je kat tab "Tips". Tips cinta, kesihatan, nuffnang, tips berjimat. Macam-macam adaa..!!

4. Follower bloG cik Mashimaro tu banyak sangat. Tak nak sedekah sini sket ke? Hehe..
Read On

[Follower BloG Review] Berita Hangat Kat SUFFER8ZINE TERRITORY. Mesti Terjah..!!

16 comments 12 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower Jejaka Terhangat. Dan utk kali ni bloG "kapal karam" Suffer8zine terpilih utk direview oleh aku selepas bloG Cik Ayen. Apa yang panas dengan bloG beliau, meh tengok sini..


URL BloG - http://suffer.frenzyfm.my/

Rasanya ramai yg kenal dengan brader Suffer8zine. Dia ni memang blogger tegar. Konsep blog dia lebih kepada berita. Tapi hanya berita yg pelik-pelik dan yang terhangat akan dipilih kat blog dia. Rugi kalau korang ketinggalan..

Apa lagi yang hangat kat bloG Suffer8zine?

1. Clean je theme blog dia. Putih + Purple. Tenang jiwa raga masa ada kat bloG Suffer8zine. Hehe..

2. Chatbox menarik. Ikon comel-comel. Eh, ikon korek hidung pon ade? Kahkah..

3. Blogger yg tinggalkan jejak kat chatbox dia, dijamin akan diterjah balik. So, tunggu ape lagi. Kalau nak trafik free, tinggalkan la jejak kat sane..
Read On

[Follower BloG Review] BloG Purple Cik Ayen Memang Hangat..!!

8 comments 11 October 2010
BloG review ni dibuat utk blogger yg jadi follower bloG Jejaka Terhangat. Dan utk pertama kalinya, blog Cik Ayen terpilih utk direview oleh aku. Cik Ayen, anda sedia atau tidak. Bolos saja entri ni. Ahaks..


URL BloG - http://ainnabila-iman.blogspot.com/

Nampak tak brape cunnye bloG Cik Ayen, purplelish tu. Tak ketinggalan, dengan kereta kat header tu skali dia kasi cat ngn kaler purple. Fuhh, memang die hard fan kaler purple btol Cik Ayen ni. Bagus2..

Yang lain2 aku review dlm bentuk point:

1. Kat header, sebelah kereta purple tu la Cik Ayen kot. Hehe..

2. Ade status update kat side bar blah kiri. Korang boleh la follow up ape Cik Ayen tgh buat.

3. Eh, eh.. Kat Interest Cik Ayen tu ada tulis Cik Ayen minat KCB. Same la kita minat Ketika Cinta Bertasbih. Wa caya sama lu. Ngehh..

4. Kat side bar belah kanan ada 2 fan page facebook. Satu page bloG Cik Ayen. Satu lagi ape ek? Sapa bleh jawab?
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...