Saya Suka Dia. Perlu Tak Saya Luahkan Perasaan Padanya..?

Dulu aku ada join satu conference. Ramai chatters kat situ. Tiba-tiba ada sorang chatter (gadis) luahkan perasaan sedih dia kat chatter2 lain. Camni katanya:

“Saya sedih. Saya ske kat sorang laki ni. Tapi dia dah berpunye. Setiap kali tengok kat facebook gambar dia same dgn makwe dia. Saya rasa nak nangis. Ape yg saya perlu lakukan? Uwaa..”

Dan ada la beberapa makhluk yg kasi pendapat.

Makhluk A (seorang gadis):

Awak sabar ya. Dia dah tau awak suka dia? Kalau tak tau. Baik awak luahkan perasaan awk tu kat dia. Sekurang2nya dia tau perasaan awak. Lebih lega macam tu kan..


Makhluk B (juga seorang gadis):

Betol tu. Luahkan isi hati awak. Kalau dia tak terima, anggap lah dia bukan jodoh awak. Mungkin Allah akan gantikan lelaki yg lebih baik utk awak..


Makhluk Asing (seorang lelaki):

Eh, jangan luahkan perasaan awak tu. Dah tau dia dah berpunya. Takkan nak luahkan jugak. Kalau orang lain luahkan isi hati kat boifren awak, ape perasaan awak? Seeloknya sabar je. Terima hakikat dia bukan utk awak. Cari je orang lain..


Perbincangan:

Kat sini ada perbezaan fikiran lelaki dgn perempuan. Perempuan cepat rasa kesian. Biasanya nak ambik jalan keluar yg nampak sweet je. Luahkan perasaan mungkin jalan sweet yg kita dpt fikirkan. Tapi, masalah takkan dapat diselesaian dgn hanya rasa kesian..

Katakan kalau luahkan perasaan, dan lelaki tu terima. Apekah akan jadi? Adakah korang puas hati dia break dgn girlprend dia semata2 utk bersama dgn korang?

Nanti jadi perang antara korang dgn girlprend dia pulak. No wonder la kita selalu dengar perempuan ini serang perempuan itu. Mungkin kat sini puncanya..

Seeloknya, fikir dalam-dalam. Ambil kira kesan dan keadaan sekeliling sebelum korang nak luahkan perasaan pada siapa-siapa..


Madah Jejaka Terhangat:
“Cinta tak semestinya harus memiliki. Tapi mendoakan kebahagiaan dia adalah cinta yg sebenar-benarnya..”




*Sila 'LIKE' dan 'SHARE' Jika Anda Suka Posting Ni..=)

47 comments:

Post a Comment

Drop komen hangat anda. Klik "Subscribe by email" jika anda mahu follow up komen entri ni..
Jom Like >> Fanpage Jejaka Terhangat <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...