Bila Lelaki Taburkan Janjinya

15 comments 31 January 2012
Dalam perhubungan, bab tabur janji ni dah jadi perkara biasa. Dan, kaum yang biasa taburkan janji-janji manis adalah lelaki.

"Lelaki suka berjanji. Tapi, suka langgar janji dia. Mencik ai ngan laki tau" - Luahan hati kebanyakan perempuan.

Janji manis untuk setia, tapi selingkuh juga. Berjanji untuk terima dia seadanya. Tapi, cari jugak spare tire yang lebih perfect.

Oh, lelaki. Adakah janjimu memang tak boleh pakai langsung?

Daripada pemerhatian aku. Lelaki ni suka tabur janji pun sebab perempuan jugak. Contohnya, kalau ada perselisihan faham, dan cuba untuk berbaik:

Fernando Jose: Iya la, Jose salah. Lain kali Jose tak buat lagi.

Rosalinda: Ah, Ros tak percaya la. Esok-esok buat jugak lagi kan?

Fernando Jose: Tak buat dah. Jose janji. Betul ni. Sungguh.

Rosalinda: Yeay, Te amor mi amor. Muah muah. XOXO.!!

Sifat perempuan. Perempuan takkan berpuas hati, sampai si lelaki berjanji yang dia takkan lakukan lagi kesilapan yang sama. Betul kan?

Lelaki pun sebab dah tau, perempuan hanya akan puas hati lepas dia berjanji. Dia pun janji la. Walaupun dia tau, lepas tu dia akan buat jugak. Kehkeh..

So, kepada perempuan semua. Kalau lelaki berjanji, korang jangan pulak pegang janji dia tu 100% yek. Sebab, kemungkinan besar, janji tu hanyalah untuk jaga perasaan korang pada masa tu je. Sekadar ayat pujukan. Tak lebih dari itu.

p/s: Cinta bukan diukur dengan kata-kata. Tapi, melalui perbuatannya..
Read On

Zaman Gelap Downloader Sudah Bermula. Uwaa..

11 comments 30 January 2012
Apa yang selalu korang buat dengan internet? Download lagu? Movies? Kalau iya, berita buruk untuk korang. Zaman gelap downloader kini sudah bermula.

Semuanya terima kasih kat SOPA (Stop Online Piracy Act).

Secara ringkasnya. SOPA adalah satu akta yang dikuatkuasakan untuk mengawal segala cetak rompak di internet.

File hosting yang biasa jadi tempat simpan file video, banyak yang dah kena remove. Bermula dengan tersitanya Megaupload.



Megaupload ditutup sepenuhnya. Uwaa..


Filesonic yang dulunya salah satu port terbaik untuk download movies, pun dah tukar konsep hosting diorang. Di mana, hanya pemilik akaun boleh download failnya sendiri. Serupa tak payah. Adehh..

Dan berikut adalah file hosting lain, yang terkesan dengan SOPA:

Megaupload - Closed, domain ceased by FBI Jan 19, 2012

Fileserve - Account deletion and affiliation program terminating Jan 20, 2012

File Jungle - (Owned by Fileserve) Deleting multiple files. Testing out blocking some USA IP addresses. Jan 21, 2012

Upload Station - (Owned by Fileserve) Deleting multiple files. Testing out blocking some USA IP addresses. Jan 21, 2012

VideoBB - Closed affiliate program Jan 21, 2012

4shared - Deleting files left and right Jan 21, 2012

VideoZer - closed affiliate program Jan 21, 2012

Uploaded - Blocked in the USA Jan 22, 2012

Filesonic - No Filesharing, strictly private for the time being Jan 22, 2012

Filepost - Started suspending accounts with infringing material Jan 22, 2012

Videobb - Closed affiliate program. Jan 22, 2012

Mediafire pun dah start remove file-file diorang. Harap jangan jadi nasib yang sama macam Megaupload dah la. Kalau tak, takde lagi port download yang best.

Ramai yang ambik UNIFI, ataupun Streamyx pakej laju sebab nak download. So, lepas ni korang boleh la tukar ke pakej paling rendah yek.

Sebab dah tak boleh nak download. Rugi je ambik pakej mahal-mahal. Kuang, kuang, kuang. Kuang asam SOPA. Grrr..
Read On

Siapakah Dia Si Pelindung Wanita??

31 comments 20 January 2012
Aku baru je lepas tengok ceramah Ustaz Kazim Elias.[Suami yang Terbaik]. Katanya, lelaki yang terbaik adalah, lelaki yang paling terbaik untuk isterinya.

Jadi suami memang senang. Ambik kursus kahwin. Pastu akad nikah. Korang pun bergelar suami. Senang kan? Tapi, nak jadi suami yang terbaik, susah.

Tahu tak korang wahai lelaki. Lepas akad nikah, si perempuan sah bergelar isteri korang. Maka, dia adalah 100 peratus bawah tanggungjawab korang. Makan minum, tempat tinggal, semuanya korang kena sediakan. Bukan lagi ayahnya.

Dan, menjadi kewajipan suami untuk memuliakan, dan melindungi isteri korang tu. Teringat aku kat soalan Ustaz Azhar Idrus, kat facebook beliau:


Sanggup ke korang terjun, untuk selamatkan isteri korang yang dibaham buaya? Soalan ni bukan main-main. Tapi untuk renungan.

Suami pelindung isteri. Tapi, kalau berdepan dengan situasi macam ni. Betul ke korang sanggup korbankan nyawa, untuk selamatkan isteri tercinta?

Sekiranya rumah korang dimasuki perompak bersenjata. Sanggup ke korang berdepan dengan perompak tersebut, yang nak buat perkara bukan-bukan kat isteri korang? Atau membiarkan saja, dengan alasan nyawa lebih berharga?

Kalau isteri sakit kuat, sanggup tak korang korbankan masa, kudrat, dan duit korang untuk menjaga, dan tanggung segala perbelanjaan rawatan dia?

Sanggup? Maka korang hebat. Sebab, sekarang, aku sendiri pun tak yakin.

Tapi, aku berdoa sangat kat Allah. Sekiranya aku berkahwin kelak, jadikanlah aku suami yang terbaik untuk isteri aku. Dan, jadikanlah aku sebagai pelindung dan pembela yang sebenar-benarnya bagi isteri dan anak-anak aku. Amin.
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...