Perlu Ke Publish Sampai 3-4 Entri Sehari?41 comments 30 April 2011
Biasanya sehari berapa banyak entri yang engko publish? Wahh, sampai 10 entri sehari? Giler gempak. Processor apa engko pakai? Banyak bebenor idea nak update.
Owh, engko copy paste artikel je. Pastu, cerita kat blog pagi, tengah hari, malam apa yang ko makan ek? Padanla. Kalau macam tu la, entri engko beriban sehari pon aku tak tegezut. Meh sini la ceq nak tanya engko. Apa yang engko harapkan daripada entri engko sebenarnya? Aku yakin 100 percent, takde kurang takde lebih. Engko mestila nakkan pembaca kan? Aku tanya, aku jawab. Dah tu, kalo nak pembaca. Yang engko main copy paste je berita kosmo, metroseksual tu pasai apa? Kalo orang baca sekalipun, apa yang ko dapat? Ye, yang engko dapat hanyalah pengunjung seketika blog engko. Diorang datang, baca dan blah. Itu ke yang engko nak kan? Takkan.. So, sebenarnya kat sini. Entri engko banyak sekalipun dalam sehari tak guna. Kalau ianya langsung tak mendatangkan "impak" kat hati pembaca. Lolz, bukan impak maksima filem tu. Tapi, perasaan "WOW". Biarlah diorang tinggalkan blog engko dengan perasaan kagum. Mungkin kagum terhadap gaya penulisan engko. Ataupun buah fikiran, idealism engko yang lain daripada lain. Ini setakat copy paste artikel. Pastu engko langsung tak bagi pendapat personal kat situ. Mana la orang nak impress dengan blog engko. Hah, engko dengar cakap otai? Dia suruh publish 3-4 entri sehari? Owh, pasal tu ko publish sampai 10 entri sehari ek. Ish2, tipu je tips tu. Engko jangan percaya. Engko pikir sendiri la. Kalau publish banyak entri dalam sehari. Engko boleh ke kejar kualiti blog yang tinggi? Agak mustahil kan? Iye, kualiti entri adalah nadi bagi blog engko. Bukannya header "bertabarruj" dengan mekap 3 inci tu. Tapi penyampaian engko dalam content entri. Itu yang engko perlu kuatkan sebagai seorang blogger. Ye, aku tau. Header cantik2, kasi posing maut sket lagi banyak follower. Tapi aku tanya engko la. Engko puas hati ke kalau orang follow engko sebab kebolehan engko mencapap, tayang muka dalam dunia blog? Orang sanjung wajah, bukannya isi entri engko. Engko puas hati ke macam tu? Kalau engko puas macam tu takpe, teruskan. Aku tulis semua ni untuk mereka yang ada "critical minded" je. Yang "low minded" tu, teruskanlah agung2kan blogger sebab rupa paras diorang tu. Teruskan jadi kaki kipas, kaki bodek dan sebagainya. Aku suka tengok gelagat blogger2 kipas ni. Boleh jugak jadi hiburan aku. Kehkeh.. Uiks, macam dah lari tajuk. So, back on track dan terus ke conclusion. Tak perlu korang paksa diri untuk tulis banyak entri sehari. Tapi kualiti entri korang tak ke mana. Perkuatkan entri, secara tak langsung. Blog korang akan lebih berkualiti. End of bebelan Jejaka Terhangat.. Kenapa Ada Yang Benci Blogger? Ish, Ish..37 comments 29 April 2011
Mungkin ada antara korang yang dah tau kewujudan page ni kat facebook. Fanpage "Kami Benci Blogger". Wahh, ada jugak yang benci bloggers ek. Kenapa dan mengapa benci bloggers? Kesian kat kami tau. Kehkeh..
Fanpage Kami Benci Blogger Yang agak kelakarnya, kebanyakan yang LIKE fanpage tu pon bloggers. Dan, diorang gunakan page tu utk "ping" entri diorang kat sana. Kahkah.. Memang saje bangkitkan amarah si admin betul. Tapi yang peliknya, takde feedback langsung daripada admin fanpage tu. So, aku rumuskan. Ada beberapa sebab yang membuatkan fanpage "Kami Benci Bloggers" tu terbina. 1. Saje bikin troll Tau tak korang apa itu "troll". Troller ni saje je buat satu topik kontroversi. Pastu dia gelak belakang tabir, sambil makan pop corn, sambil perhatikan gelagat manusia yang melatah terhadap topik kontroversi yang dia bukak tu. Memang aku tengok ada blogger yang melatah kat fanpage tu. Misi troll berjaya.. 2. Tak puas hati kat sorang blogger Nama pun manusia. Bila marahkan nyamuk. Habis satu kelambu dibakarnya. Sama la jugak dengan situasi sekarang ni. Mungkin ada selisih faham dengan sorang blogger. So, blogger yang lain pon jadi mangsa api kebencian dia. 3. Kurang kasih sayang Alolo, kesiannya. Mungkin saje dia buat page tu utk tarik perhatian. Kat rumah, mak ayah kurang kasi perhatian dan kasih sayang. So, dia terpaksa la cari alternatif lain utk dapatkan perhatian orang lain. Sob sobb (bunyi menangis). Sedih jugak rupanya nasib admin fanpage tu ek. =( Apapepun, kalau korang jumpa page macam ni. Jangan cepat melatah. Maksudnya kena bertenang. Jangan cepat bagi komen maki hamun, mencarut dan sebagainya. Kalau korang nak tau, sebelum aku mula berblog. Aku pon benci jugak dengan blog. Bukan benci blogger yek, tapi benci blog. Nak tau kenapa? Meh, baca kat sini. Blog berkaitan topik ni: 1. http://aufafielfelix.blogspot.com/2011/04/aku-benci-blogger.html 2.http://www.tintapenaku.com/2011/04/perlu-ke-nak-dengki-ngan-kitorang.html DIGI Wwwow Awards. Ada Jugak Orang Dengki Mendengki Ek?30 comments 28 April 2011Woah, sekarang ni para bloggers semua tengah tergila-gilakan DIGI WWWOW Awards. Masing-masing mintak diundi. Mana taknya. Hadiah yang ditawarkan untuk juara setiap kategori agak superb..!! Alkisahnya, Digi Awards ni dah lama. Tapi, aku tak dapat join. Tak tau kenapa. Bila tekan submit je, website tu jadi bengong (hang). Kempunan aku. Just mampu tengok kawan2 blogger berkempen je kat Bloggers Chat Room sana. Voting Kontest: Otai Mesti Menang? Dan perihal biasa terjadi kalau voting contest camni. Mestila "blogger otai" yang dijangka akan bolot tempat pertama. Orang berpengaruh, no wonder la boleh dapat nombor satu kan? Yang jadi persoalan, atau timbul rasa tak puas hati orang lain bila blogger baru (newbie) kalahkan ranking blogger otai. Orang mula la mengata. Main tipu la, guna taktik kotor la. Itu la ini la. Padahal bukti takde. Nak main tuduh2 plak. Tak percaya? Meh baca entri salah sorang blogger ni. Ranking dia dalam award tu agak tinggi berbanding blogger otai. So, ada yang tak puas hati: Okey, meh aku bagitau korang. Kalau blogger otai sekalipun, tapi kurang promote link dia. Takde punya orang nak undi. Lagipun, alam maya ni luas. Ingat promote kat blog je dah cukup ke nak dapatkan kita kedudukan pertama? Mungkin ada orang yang blog dia tak femes. Tapi, kat facebook kawan dia beriban. Ada kemungkinan jugak dia boleh kalahkan otai dalam voting kontest ni kan? Nasihat Untuk Blogger Baru Sekiranya korang blogger baru. Tak bermksud korang akan sentiasa duduk kat ranking bawah. Apa yang perlu korang buat adalah, teruskan berusaha. Walaupun korang kurang pengaruh, tapi lama-lama korang boleh ke atas jugak. Dengan syarat, jangan pernah menyerah kalah. Dan, jangan SPAM. Nanti orang menyampah. Takde siapa nak vote dah. Hehe.. Kategori: Must Follow Personality Owh, sebelum terlupa. Harini sekali lagi aku cuba untuk submit penyertaan aku ke DIGI Awards tu. Dan, YESSS..!! Kali ni berjaya. Ahaks.. Aku masuk dalam kategori Must Follow Personality. So, mintak jasa baik kawan-kawan semua. Undi la Jejaka Terhangat yek. Senang je, klik kat link bawah ni. Masukkan perkataan (capcha), pastu klik "vote". Selesai. Terima kasih banyak2 kalian. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
|