Kenapa Hati Aku Sering Teringatkan Dia27 comments 02 August 2011
Aku tak mengerti. Kenapa baru-baru ni aku seringkali teringatkan dia.
Semalam, masa aku di bazar Ramadhan. Tatkala tangan aku menggapai syiling-syiling di dompetku untuk beli makanan buat berbuka, dia juga yang aku ingat. Kelmarin, di pasaraya Carrefour. Aku beli sedikit barang keperluan harian aku. Dia tiada kat sana. Tapi, wajah dia juga yang aku lamunkan. Cashier nampak pipiku merah sewaktu mahu buat pembayaran. Dia rasakan bahawa aku demam. Tidak, ini bukan demam. Aku tau persis makna perasaan ini. Sekarang, raya dah semakin hampir. Kau pula semakin jauh. Sepertinya kau tahu aku sangat memerlukanmu sekarang. Aku sangat berharap. Berharap sedalam-dalamnya, yang kita dapat berjumpa sebelum raya menjelang. Ya tuhanku, tolonglah aku. Hatiku tak tertahan lagi. Perasaan ini memberontak. Aku mau jerit sepuas hatiku untuk meredakan perasaan ini. Wahai hati, izinkan aku menjerit.. "Warghh!! Leman. Bila kau nak pulangkan balik RM2000 yang ko pinjam tu.!! Raya nak dekat ni. Aku nak balik duit aku. Nak beli baju raya. Pulangkann. Warghh..!!!!" **Haha, dumb joke. Aku tau. Dah tu je yang terlintas tadi. Kehkeh. Cerita rekaan semata-mata. Jangan dok tanya2 siapa hutang aku plak. Hehe.. Boleh Ke Makan Sahur Waktu Imsak?22 commentsSempena bulan Ramadhan ni, aku dah pun kongsikan waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2011 kat [ sini ]. Waktu imsak tu apa? Waktu imsak tu adalah waktu kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu solat fardhu subuh. Contohnya, waktu solat subuh pukul 5.55 pagi. Maka, waktu imsak bermula dari pukul 5.45 pagi, sehingga masuk waktu subuh. Boleh ke makan sahur lagi masa imsak? Aku tau, ramai yang kompius tang sini. Boleh makan sahur lagi ke masa imsak? Dulu pun sama. Ingatkan sampai je waktu imsak, kita dah tak boleh makan. Tapi sebenarnya, waktu imsak tu hanyalah waktu berhati-hati. Kita masih boleh makan, tapi tak digalakkan. Waktu imsak sebagai peringatan supaya kita tak terlalu kyusuk makan sampai terlajak ke waktu subuh. Lewatkan sahur hukumnya sunat. Tapi jangan terlalu lewat sampai langgar ke waktu subuh dah la ye. Karang tak puasa pulak kita pada hari tu. "Traffic Light" waktu makan masa bulan puasa Merah - Waktu Subuh Kuning - Waktu Imsak Hijau - Waktu Maghrib Selamat menunaikan ibadah puasa semua..=) Rujukan: http://ustazlove.com/blog/2011/08/waktu-berbuka-dan-waktu-imsak Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M9 comments 01 August 2011
Sempena Ramadhan 1432H, tahun 2011 ni, aku kongsikan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh negeri di Malaysia.
Diharap dengan perkongsian ni dapat memudahkan kita untuk ketahui waktu sahur, dan waktu untuk berbuka puasa untuk bulan puasa kali ini. Cari kawasan yang korang kehendaki, pastu klik untuk lihat/download jadual waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi kawasan tersebut.
*Sumber - Portal Rasmi Jakim
Subscribe to:
Posts (Atom)
|