Kes Terlanjur Lagi? Isu Yang Takkan Pernah Selesai25 comments 14 May 2011
Kelmarin aku ada dapat satu berita. Remaja 18 tahun disahkan mengandung. Bila doktor dah sahkan, masa tu mengalir la air mata dia. Menyesal katanya.
Dan seperti biasa, komen daripada para manusia yang kesian dengan nasib gadis tu, diorang akan kasi komen macam ni: "Hm, nak buat macam mana. Benda dah terjadi. Yang penting dia menyesal. Orang sekeliling dia pun tak boleh la nak terus menghina dia. Nanti jiwa dia down, sampai bunuh diri lagi teruk" Standard la tu. Bila dah mengandung, baru la nak menangis, rasa menyesal. Cuba tanya orang yang menyesal tu. Berapa kali dah dia terlanjur dengan pasangan dia sebelum disahkan mengandung? Mungkin ada yang akan jawab camni: "Ermm, saya dah terlanjur dengan dia 3 kali" Ish2, ada jugak orang "TER" sampai berkali-kali ek. Nampak benor nipunya. Situasi ni berulang, dan terus berulang. Remaja kita bersosial, pastu terlanjur, mengandung dan menyesal. Pastu sikap orang kita yang open minded, kita diajar menerima golongan terlanjur ni dengan hati yang terbuka. Jangan diskriminasi terhadap mereka. Kalau pelaku kena tangkap khalwat sekalipun, apa la sangat denda yang mereka kena. Setakat kompaun yang boleh ditebus dengan duit. Tak heran. Disebabkan kelemahan sistem pemerintahan, sikap keluarga, individu tu sendiri, dan jugak masyarakat. Semuanya mendorong kepada masalah sosial negara kita yang tiada penghujungnya. Jiwa Raga Tersiksa Dek Screamyx15 comments 12 May 2011
Tolong, aku tension..!! Argh, grrr, dan warghh..!!!
Harini dah masuk hari ke 3 kot screamyx aku bertukar menjadi kura-kura. Sangat perlahan. Nak buat apa pun tak boleh. Mane tak tension. Usaha murni aku nak taip entri pun terbantut. Pasal tu kalau korang tengok, blog aku dah beberapa hari tak update. Ha, sila salahkan screamyx ye. Kalau line laju, sehari aku dah update 10 entri dah tau. Boleh kalah brader Ben. Kuikuikui.. (OK, tipu je. Aku bukan blogger jenis update tak tentu hala) =p "Ala, ko koling je la orang screamyx tu. Settle.." Bab ni aku cukup malas. Rasanya baru je screamyx aku problem. Sekarang masalah lagi. Asyik nak kena kol je kerja. Letih gak. Dah la setiap kali nak bukak report, mesti kena ikut procedur dia. Teknikal TM: Ok, sekarang encik dah ada depan komputer? Komputer encik guna windows apa, XP ke Seven? Ok, sekarang encik pergi ke "start". Pastu pergi kat "run". Pastu taipkan bla, bla bla.. Boleh blaah!! Haha, merungut kat blog. Kelakar pulak rasanya. Tapi nak buat macam mana. Nak tak nak, tetap kena kol teknikal screamyx tu. Kalau tak, seminggu sekali la nampaknya aku update blog. Sabor je la.. p/s: sekali-sekala best gak jadi blogger emo ek. kehkeh.. Tips Menangani Orang Psiko42 comments 09 May 2011
Korang pernah ada masalah dengan orang psiko? Erkk, tak pernah? Entah-entah korang sendiri pun psiko kot. Ahaks.. Ok gurau je.
Psiko berkait rapat dengan gila. Tapi, orang psiko masih waras, tau apa yang difikirkan. Tapi biasanya, hati yang kawal tingkahlakunya, bukannya akal fikiran. Masih tak jelas pasal orang psiko? Meh sini aku kasi contoh: 1. Ex-boifrend/gelfrend yang terus menerus mengacau, mengganggu hidup korang walaupun dah tiada apa-apa hubungan. Dia mengancam orang sekeliling sekiranya korang dekat dengan siapa-siapa. 2. Stalker yang terlalu taksub meminati diri korang. Dia boleh tau apa aktiviti korang sepanjang hari. Dia kerap miskol, sms tanpa henti. Sehingga menyebabkan korang fedup, tension. Rasa nak kasi pelempang maut kat stalker tu. Orang psiko ni biasanya "tak putus asa" walaupun direject. Dengan kata lainnya, "bodoh". Orang dah tak nak, masih dipaksakan kehendak. Macam mintak disepak. Tak ke bodoh namanya tu. Ahaks.. Tips Tangani Orang Psiko Orang gila, kalau dilayan, dia akan jadi semakin gila. "Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". So, tipsnya mudah je. Jangan dilayan langsung orang yang macam ni. Setiap kol, sms, ataupun email, surat, PM kat facebook, jangan sesekali korang kasi feedback. Jangan angkat kol dia untuk ucap "tak mau la, jangan la". Sia-sia je. Orang psiko biasanya jenis tak faham bahasa. Hanya dengan "totally ignore", dan matter of time, dia akan pergi jugak dari hidup korang sebab bosan tak dilayan. "Macam mana kalau dia ugut nak apa-apakan kita/kenalan kita?" Jangan sesekali cabar orang psiko. Orang macam ni bergerak dengan naluri hati. Bukannya akal fikiran. So, amat bahaya kalau kita buat sesuatu yang boleh bangkitkan kemarahan dia. Seperti yang aku kata tadi, "orang gila akan jadi semakin gila kalau dilayan". So, caranya masih masih sama. Jangan kasi apa2 feedback. Tetaplah abaikan dia. Hope tips ni dapat bantu korang berdepan dengan orang psiko. Aku sendiri pun pernah lalui saat2 genting dengan orang psiko. Dan, dengan tips dia atas. Aku selamat daripada ancaman dia. Hehe. Papepon, semoga berjaya yek..=p
Subscribe to:
Posts (Atom)
|