Gaya Penulisan Sebagai Identiti Blog27 comments 07 May 2011Sebelum ni aku pernah buat entri "cipta identiti blog". Dalam entri tu aku kata, gaya penulisan turut bantu kita lebih dikenali. Nak tak nak, korang kena setuju.=p Gaya penulisan aku takde la bagus mana. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Blog ni pon masih kategori picisan, dan sentiasa akan ditahap picisan sampai bila-bila. Tapi, kalau nak berbanding dulu. Entri aku jauh lebih serabut. Tiada skill langsung dalam menulis. Korang kena baca 5-6 kali baru boleh faham kot. Kehkeh.. Aku banyak belajar teknik menulis blog berdasarkan pemerhatian. Aku selalu perhatikan gaya penulisan blogger2 hebat, seperti Darkbatman dan Hami Asyraf. Korang tak kenal Hami Asyraf? Memang silap besar la. Ok, aku mengaku. Aku stalk blog dia sejak awal-awal berblog. Best woah blog dia. Superb..!!! Blog jenis macam ni la yang aku rekemenkan korang untuk follow. Banyak faedahnya. Ilmu pun free-free je boleh dapat. Baru-baru ni pulak, aku kenal dua lagi blogger yang penulisan diorang boleh dikatakan superb. Tajuk entri pun menarik belaka. Rasanya korang semua pun kenal dengan Solihin Zubir kan? Satu lagi adalah, The Crow Empire. Stail penulisan dia lagi mantop. Korang try baca entri dia. Aku yakin, korang mesti terasa kelainannya. Walaupun kadang-kadang entri dia merapu, tapi seronok baca. Jumlah follower blog dia biasa-biasa je. Inilah buktinya, bilangan follower tak menunjukkan betapa bagusnya sesuatu blog tu. Bahkan, dengan konsep blog "i follow u, u follow me back", jumlah follower sekarang hanyalah sekadar angka. Aku bukanlah nak bodek, ataupun kipas blogger-blogger yang aku sebut kat atas tu. Tapi, aku nak korang terjah blog2 diorang. Dan nilai sendiri stail penulisan diorang. Dan cuba aplikasikan kat blog sendiri. Bukan aku suruh tiru, tapi mana yang baik apa salahnya kita serap masuk dalam blog kita kan? Kita berblog mesti la nak jadi lebih baik dari semasa ke semasa. So, ambillah blog yang baik untuk dijadikan panduan. Janganlah duduk di takuk yang sama lagi. Majulah penulisan yang menarik untuk blog kita. Gud Luck..=) Entri Menagih Simpati. Strategi Naikkan Populariti Blog51 comments 05 May 2011
Blog korang ada haters? Pernah tak si anonymouse datang serang blog korang? Owh, pernah ek. So, apa yang korang buat? OK, tak payah jawab. Aku tau dah. Korang akan buat entri kan? Entri pasal si anon yang dengki dengan korang.
Bila ada anon bagi komen offensive, dia akan dicop sebagai haters, pendengki. So, anon dilabelkan sebagai jahat (walaupun tak semua anon bagi komen jahat). Macam aku kata tadi, most of bloggers akan buat entri balas. Maklumla, blogger. Semua benda nak dibuat entri (padahal boleh balas balik kat "reply komen" je). Blogger yang "bijak" akan gunakan peluang ni untuk naikkan blog dia. Biasa kita tengok, mereka ni akan buat entri berunsur menagih simpati. "Yela, i ni memang teruk. Kepada haters i, i mintak maaf k, bla bla.." So, datang la tukang kipas bagi komen sedapkan hati blogger sok suci tersebut. 1. "Awak jangan ambik hati, dia dengki je tu" 2. "Sabar tau awak, orang glamer memang ramai haters" 3. "Awak kena kuat, manusia memang tak boleh tengok orang lain senang" Pastu, masuklah blogger baru ke blog dia. "Susah jugak jadi blogger famous ni ek, ada je orang benci. Takpe, saya follow blog ni untuk tau perkembangan kebencian tu k". Maka, bertambahlah bilangan follower blog tersebut disebabkan entri menagih simpati dia tu. Nampak tak flownya camne? "Haters" sebenarnya bagi peluang kat korang untuk lebih dapat banyakkan follower. Bergantung pada "kebijaksanaan" korang untuk buat entri kesian. Buatlah entri yang menampakkan koranglah mangsa. So, nanti akan ramai tukang kipas yang bagi semangat kat korang. Best kan dapat kipas? the Truth.. Kahkah.. Ok. Hentikan semua tu. Bagi aku sebenarnya buat entri menagih simpati camtu adalah strategi murahan. So, jangan la buat ek. Kita sebagai blogger kena la profesional terima kritikan orang. Dan jadikan kritikan tu sebagai "milestone" bagi memperbaiki diri kita. Bukannya melabelkan orang yang kritik tu sebagai "haters". Lagipun, kalau betul la kita terasa dan terima pendapat dia, kenapa perlu buat entri? Nak cari publisiti kah? Situasi ni menjelikkan aku sebenarnya. Lebih-lebih lagi kaki kipas yang nak jaga hati blogger kesayangan dia tu. Gedik sungguh. Kalau nak jadi tukang kipas sangat, meh pergi kat sini. Baru betul2 kipas.. p/s: Lupa nak bagitau. Komen anonymous terpaksa di "off" kan bagi mengelakkan spam yang semakin banyak masuk ke blog ni. Kesulitan amat dikesali.. Filem Dalam Mihrab Cinta Best [Download Link Disediakan]15 comments 04 May 2011
Wahh, filem yang diadaptasi daripada novel yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy kini kembali lagi. Selepas filem Ayat-ayat cinta, pastu Ketika Cinta Bertasbih. Dan sekarang ni "Dalam Mihrab Cinta". Aku dah tengok. Memang best.
Watak utama dalam filem ni Dude Herlino, yang pegang watak Ustaz Ilyas dalam sinetron Ketika Cinta Bertasbih. Walaupun pelakon berulang, tapi aku memang minat lakonan dia. Ditambah pulak ada Meyda Sefira. Semakin bersinar la filem ni. Nak tau lebih lanjut pasal filem ni. Baca sinopsis ni. Tak pun korang download la, tengok sendiri. Link download ada kat bawah. Hehe.. Sinopsis:
Subscribe to:
Posts (Atom)
|
