Showing posts with label tips komputer. Show all posts
Showing posts with label tips komputer. Show all posts

Beli Gadget Ikut Penggunaan. Bukan Ikut Suka

11 comments 29 March 2012

Kalau cakap pasal gadget. Handphone, komputer, kamera, atau lain2. Lelaki tak banyak masalah. Sebab, mereka tau dan faham apa yang mereka beli tu.

Biasa aku perhatikan, perempuan ada masalah sikit pasal benda-benda macam ni. Bukan masalah apa. Cuma, masalah dalam penggunaan barang tersebut.

Contohnya, ada kawan perempuan aku yang beli laptop mahal. Brand Vaio. Cantik. Spec laptop tu pon kemain tinggi. Laptop perfect. Harga hampir 5K jugak la.

Bila ditanya, apa buat dengan laptop tu. Katanya, just surf internet. Youtube, Facebook. Pastu ada la jugak untuk assignment. Guna microsoft words, powerpoint.

Aku macam..

"WOII, TU JE?.. Kalau engko guna untuk tu je. Laptop harga 1K je pon dah cukup". - Ni monolog dalaman aku je. Ahaks..

Katanya lagi. "Aku beli laptop ni, sebab dia nampak cantik".

Warghh..!! Bengang. Sebab cantik je dia beli laptop tu. Padahal, penggunaan dia sangat minimum. Berbanding spec laptop dia yang mampu untuk gunakan lebih maksimum lagi. Baik bagi aku. Kita tukar laptop. Haha..


Sama la jugak dengan henpon. Bila tengok kawan pakai BlackBerry. Ramai yang tak nak kalah. Pakai Iphone4s. Nak nampak urban lagi. Pakai Samsung Galaxy Note. Baru ikut trend. Bangga keluarkan henpon depan kawan2.

Pastu, bila tanya buat apa dengan henpon tu. Jawapannya pasti akan menggegarkan medula oblongata korang.


"Ala, macam biasa la. SMS, call.. Kadang-kadang main Angry Birds. Kalau untuk kamera, aku ada DSLR dah"


Grrrr..!! Tensionnya dengar jawapan camtu. Rasa macam nak lempang diri sendiri pon ada gak. Haha..

Natang tu mampu buat banyak benda lagi. Kata pun henpon mahal. Kalau setakat nak SMS dan call je, baik engko pakai 'tiga tiga sekupang' (3310) je. Adehh..

Aku tau. Diorang punya duit. Lantakkan la nak beli apa pon kan.

Tapi, kalau kita beli satu benda, tapi tak gunakannya sebaik mungkin. Namanya membazir. Dan, membazir tu kawan siapa? Korang jawab la sendiri.

So, kat sini aku sarankan. Kalau korang nak beli apa-apa barang. Kenalpasti dulu keperluan dan kemampuan korang. Buat research sikit. Harga barang yang korang nak beli tu, sesuai tak dengan fungsi dia, yang akan korang gunakan nanti.

Jangan main belasah je beli. Hanya sebab ia nampak menarik, cantik dan ikut trend.

Akhir kata, Jadilah pengguna yang bijak yek. =)

p/s: Pasal gadget lelaki bijak. Pasal rokok, hilang kebijaksanaannya. =p
Read On

2 Tahun Tak Format Laptop. Apa Rahsianya?

22 comments 12 October 2011

Yess.. Rekod terbaru aku. Buat pertama kalinya, dah 2 tahun laptop aku ni tak diformat. Padahal hari-hari aku online, laptop connect ke internet.

Biasanya kurang setahun, laptop aku mesti diformat. Masalah serangan virus, sistem windows lembab, dan sebagainya.

Nak tau rahsianya? Aku amalkan DUA benda ni je.

1. Guna antivirus versi Internet Security

Tak kisah la korang guna antivirus brand apa. Tapi pastikan ianya versi "Internet Security". Pastu, pastikan antivirus korang tu diupdate setiap hari (biasanya automatic update). Pastikan jugak korang scan komputer korang sekurang-kurangnya SEMINGGU SEKALI.


2. Jalankan sistem maintenance

Bagi memastikan operation sistem bagi komputer korang sentiasa tersusun, dan tak menyebabkan komputer korang jadi berat, Pastikan korang buat maintenance sekurang-kurangnya SEMINGGU SEKALI. Software yang aku gunakan untuk maintenance laptop aku adalah Tune Up Utilities.


Itu je tips komputer dari aku untuk kali ni. Selamat mencuba yek semua. Lihat sini untuk ketahui Cara-cara atasi komputer yang lembab.
Read On

TAHNIAH: Laptop Jejaka Terhangat Berjaya Menjinakkan Empat Ekor Kuda Trojan.

29 comments 24 February 2011
Wow, laptop Jejaka Terhangat berjaya menjinakkan empat ekor kuda trojan? Apakah itu? Pelik bebenor bunyinya. Apa kena mengena laptop dengan kuda? Uhuk2, meh aku story sikit..

Ceritanya bermula macam ni..

Pada zaman dahulu, Jejaka Terhangat merasakan laptopnya sungguh berat. Tak seperti biasa. Kelembapan kelajuan laptopnya juga berubah. Tidak sepantas F1 seperti dulu. Sekarang laju sikit je daripada siput sedut.

Dia terfikir, "Ini mesti ada something wrong somewhere ni". Adehh, barula dia teringat yang dah seminggu lebih dia tak buat maintenance laptop. Patutla laptop dia berubah jadi siput sedut..

Tanpa memikirkan masa depan, Jejaka Terhangat terus membuat maintenance laptop. Dia mensekan (scan) semua file yang berada di laptopnya, dan PAPP..!! Terpaparlah alert seperti berikut:




Wahh, tahniah. Laptop Jejaka Terhangat berjaya mengesan 4 ekor virus trojan horse (kuda trojan). Sungguh jinak kuda-kuda itu bermain-main di dalam laptop dia ek.

Patutla laptop Jejaka Terhangat jadi cepat panas dan selow. Kerja terkutuk kuda-kuda tu rupanya. Grrr.. Tanpa memikirkan masa depan lagi sekali. Jejaka Terhangat menekan "remove threats" bagi menyembelih kuda-kuda tersebut. Dan selepas itu, kelajuan laptopnya berjaya dipulihkan seperti dulu..

- TAMMAT -


Moral of the story:

Jangan lupa undate antivirus korang setiap hari, dan scan laptop korang at least seminggu sekali. Maintenance laptop jangan dipandang remeh..

Kepada sesiapa yang tak tau sebab apa laptop jadi slow. Mcm mana nak buat maintenance laptop supaya laptop tak jadi lembab. Meh kita review balik tips komputer oleh Jejaka Terhangat pada episode yang lalu. =p


Tips Komputer: Cara-cara Mengatasi Komputer Yang Lembab + Cepat Panas

Selamat beramal..=)
Read On

Tips Komputer: Cara-cara Mengatasi Komputer Yang Lembab + Cepat Panas

39 comments 16 December 2010


Ehemm, buat pertama kalinya Jejaka Terhangat share pasal komputer skill. Untuk post kali ni, aku akan share kat korang, apa yg boleh membuatkan komputer korang jadi lembab aka selow. Dan apa cara-cara yg boleh dibuat bagi lajukannya balik..

Ada banyak sebab yg boleh jadikan komputer jadi perlahan. Di antaranya ialah..


1. Virus/Malware

Bila komputer connect ke internet. Masalah virus/malware ni adalah benda biasa.

solution: Update antivirus setiap hari (wajib). Dapatkan antivirus versi "Internet Security". Tak kisah brand apa pun. Utamakan scan partition C setiap hari..


2. Processor memang tak bagus.

Tak bagus maksudnya processor speed memang slow. Contohnya NETBOOK yg gunakan processor atom. Atau intel celeron. Performance dia sangat minimum dan perlahan..

Solution: Beli komputer yg run dgn double processor. Spt, duo core atau core2duo (bagi laptop).


3. Data dah serabut.

Bila dah lame sangat guna komputer. Data yg tersimpan dlm komputer akan jadi banyak dan serabut.

Solution: Maintenance laptop perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu sekali. Gunakan maintenance tool software seperti TuneUp, CCleaner dan lain-lain..


4. Terlalu banyak program/software.

Partition C korang dah penuh dengan software. Ini boleh buatkan komputer korang jadi berat dan seterusnya lembab..

Solution: Uninstall program/software yg tak digunakan. Tinggalkan program yg hanya betul2 diperlukan..


Kenapa komputer jadi cepat panas?

Komputer jadi panas pon mungkin disebabkan point2 kat atas tu. Atau sebab kipas (cooling system) dah problem. Try check kipas komputer tu masih berfungsi atau tidak (bukan kipas bilik korang ek)..


PENTING:

Komputer lembab akan bagi kesan masa korang surfing internet. Katakan connection internet laju, tapi laptop selow. Kesannya, korang akan dapat surfing internet dengan selow jugak..


Oleh tu, sebagai pengguna internet. Pilihlah komputer yg baik. Jaga laptop korang dengan bijak. Laptop perlahan tak bermaksud korang perlu terus format..

Gunakan tips2 yg aku bagi kat atas tu untuk maintainkan komputer korang supaya sentiasa berkeadaan baik..=)
Read On
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...