|
Showing posts with label seksualiti merdeka. Show all posts
Showing posts with label seksualiti merdeka. Show all posts
Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT)15 comments 25 April 2012Bila dengar je term lesbian, gay, biseksual, transgender, rasa meremang segala bulu kat tubuh badan ni. Geli weyh. Korang tak geli ke? Erkk.. Pastu, sekarang diorang dok sebok nak perjuangkan "hak" mereka kat Malaysia ni. Hak yang dimaksudkan adalah: "Hak asasi golongan mereka untuk mendapat kehidupan normal seperti orang lain." Sebab tu la hari jumaat nanti, golongan LGBT ni akan anjurkan satu perhimpunan aman, di hadapan Pejabat Majlis Peguam. Bagi merealisasikan hak asasi mereka tu. Woah, diorang berhimpun tu. Siap ada tema lagi tu. LOLZ.. KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman yang menyokong hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) akan diadakan pada 27 April ini (Jumaat) tepat jam 2.30 petang. LGBT adalah jenayah Kalau LGBT ni bukan untuk agama Islam. Aku rasa, memang takde la kesalahan jenayahnya. Tapi, masalahnya, ada gak yang join pertubuhan tu terdiri daripada orang melayu kita, yang beragama Islam. Kat situ, dah jadi jenayah agama. Sebab, Islam sangat melarang keras hubungan songsang. Dah termaktub pun dalam al-Quran. Dalam peristiwa kaum Nabi Luth. Korang semua pun tau kan? Hubungan sejenis langgar fitrah manusia Diorang kata, tuhan dah bagi diorang nafsu songsang. Jadi, patutnya kita sokong diorang. Bukan diorang nak nafsu macam tu. Tapi, tu adalah ujian yang tuhan bagi. Siapa kata kita tak sokong? Cara nak sokong diorang adalah, kita kecam pertubuhan LGBT ni. Pada masa yang sama, kita tolong diorang berubah kembali ke pangkal jalan. Ke fitrah semulajadi manusia yang sebenarnya. Itulah sokongan yang sebenar-benarnya. Bukan dengan cara sokong perjuangan diorang untuk bebas lakukan kegiatan LGBT kat Malaysia ni. Perkara ni hanya akan lebih merosakkan mereka. Dan jugak anak-anak kita pada masa depan kelak. Sekarang mungkin kita luluskan pertubuhan LGBT ni. Masa depan nanti, diorang mintak kahwin sesama jantina pulak. Macam mana? Tak ke haru jadinya? p/s: Erkk, pertubuhan LGBT ni akan join Bersih 3.0 sabtu ni? Lolz. Hentikanla. Kumpulan engkorang ni hanya akan mengeruhkan keadaan. Semak je..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|