|
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts
Sampai Bilakah Kita Mampu Berblog?31 comments 14 July 2011
Setiap hari akan ada blogger baru yang muncul. Dunia blogging semakin meluas. Tapi, pada masa yang sama, ada juga blogger-blogger yang letak jawatan. Tak nak lagi berblog. Blognya dimatikan begitu sahaja.
Mungkin disebabkan persaingan dunia blog yang semakin sengit. Ramai yang putus asa untuk terus berblog sebab merasakan blognya tak semegah blogger lain. Kita pulak nanti macam mana? Agak-agak, sampai bila korang mampu berblog? Korang ada target bila nak berhenti berblog? Atau korang akan terus berblog sampai bila-bila? Aku? Aku mungkin akan berhenti berblog bila dah kawen nanti. Secara jujurnya, aku pun tak nak bakal isteri nanti seorang blogger. Kenapa? Jawapannya senang je. Aku tak nak isteri aku nanti dok ceritakan kisah-kisah harian, atau aktiviti keluarga kami kat blog. Biarlah aktiviti tu jadi kenangan dalam keluarga kami sahaja. "Aku cerita kat blog untuk kongsi kat semua orang je" Iye, niat korang baik. Tulis blog sebab nak pembaca tau apa aktiviti harian korang. Tapi ingat. Disamping ada pembaca yang suka. Jangan lupa, pasti akan ada juga yang jelik dengan kita. Walaupun yang benci tu hanya sebahagian kecil, tapi golongan tu la yang mampu menjatuhkan air muka keluarga kita nanti. Aku tak nak ambik risiko. Semakin kurang orang tau pasal kita. Semakin selamatlah kita. Beringat sebelum kena. Itulah yang aku cuba amalkan. Lelaki Gedik, Menyusahkan Aku.36 comments 06 June 2011
Adoii, bengang. Semalam aku pergi plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Ada barang keperluan komputer yang hendak dibeli. Memang aku bajet tak nak lama kat sana. So, aku parking motor kat sebelah plaza tu je.
Pusing punya pusing, aku jumpa juga barang yang aku cari. "Bos, barang baik ni kasi kurang lagi la. Mahal sangat ni", tawar aku. "Tak buleh maa, ini best price already", balas si apek yang degil tu. Adeh, tak dapat kurang, nak buat macam mana. Oleh sebab aku nak cepat, malas nak survey kedai lain. Aku pun ambil barang tu dengan harga tetap, RM79. Selesai buat pembayaran, barang pun aku dah dapat. Apa lagi, sepantas kilat aku angkat kaki. Risau tinggalkan motor kat tepi jalan lama-lama. Aku kat aras 3. Arah tuju aku sekarang nak keluar, ke aras G. Aku dah biasa, turun naik guna escalator je. Tapi, dalam kesibukan aku nak cepat. Ada pulak sekumpulan lelaki block jalan aku. Pergerakan diorang cukup slow motion, kalah siput laut. Oleh sebab diorang ramai, aku tak dapat nak pintas diorang. Diorang bergurau senda sesama sendiri. Megah menghalang jalan aku. Adoii, aku dah la nak cepat ni. Boleh pulak diorang tergedik-gedik depan aku. Saje mintak kaki ke apa. Ahaks.. Sabor je la. Aku dengan panas hati, ikut jugak diorang dari belakang. Sekali-sekala aku cuba nak pintas. Tapi tak dapat. Grrr.. Sampai aras G, aku pun segera menghala pintu keluar. Dan cuba teka siapa yang aku nampak kat motor aku? Ya, ada sorang mamat berbaju putih tengah pegang resit parking. Nice timing, aku keluar je dari plaza Low Yat tu, tangan dia pun baru selesai letakkan resit tersebut kat motor aku. "Adoii, apa ni bro. Saya baru je letak. Pergi kejap je. Takkan dah kena saman kot", sound aku tak puas hati. "Ala, Dah terlajak. Tak boleh nak tarik balik. Kalau abang jerit dari jauh tadi saya boleh berenti. Saya buat kerja saya je", balas polis trafik tersebut. "Warrghh, tak guna. Ni semua sebab laki-laki gedik tadi la. Lembab..!!" Jerit aku dalam hati. Kalau aku sampai cepat 5 saat je. Gerenti pak polisi tu tak sempat nak bagi surat cinta dia. Grrrr, lagi sekali.. Haihs, nak buat macam mana. Dah nasib. Aku pun tak boleh nak salahkan lelaki gedik tadi sepenuhnya. Salah aku jugak, dah tau kat situ tak boleh parking. Aku letak jugak. Sekarang, padan muka aku. Ahaks.. - TAMMAT - Ni kali kedua aku dapat saman parking motor untuk dua tempat yang berlainan. Hope, ni jugak adalah yang terakhir. Melayang duit aku. Sob sobb.. Nostalgik: Mengimbau Kembali Kenangan Dolu-Dolu19 comments 18 May 2011
"Malasnya nak kemas bilik", keluh aku semalam.
Nak tak nak, bilik yang dah lama tak kemas, aku kemaskan jugak. Dah bersawang kot bilik aku. Seronok sungguh sang labah-labah berasmaradana kat penjuru bilik aku tu. Memang nak kena vacuum betol mereka tu. Ngehh.. Al-kisahnya, segala barang2 lama aku selongkar balik. Mana yang tak pakai, selamat tinggal romeo la untuk mereka. Baru aku perasan, aku ni penternak kertas rupanya. Banyak betul kertas-kertas bersaiz A4 dalam koleksi aku. Semuanya dah dibungkus. Kalau aku jual kat apek yang selalu jerit2 guna haler "old news paper, paper lama, kau kau koci". Aku rasa boleh jadi jutawan segera aku. Kehkeh.. Dalam proses mengemas, aku pun capai satu plastik yang dok celah bilik aku. Wahh, kenangan lama aku. Semuanya kat situ. Aku bukak satu-satu dan tengok balik semuanya. Korang tau apa ada dalam plastik tu? Nak tau? Sabau la. Nak cite la ni. Ahaks.. Nostalgik 1: Firstly, ada "report card" aku masa sekolah menengah dulu. Kat depan report card tu ada gambar aku masa form 1 kot. Serabai betol aku masa kecik2 rupanya. Kehkeh.. Best pulak bila tengok balik semua result2 aku masa peperiksaan bulanan dan akhir tahun dulu. Fuhh, depan2 muka surat banyak betul A. Bila report card tu semakin diselak, jumlah A pon berkurang. Nampak sangat cikgu aku dah muak nak tulis huruf A lagi kat report card aku tu. Ahaks.. Nostalgik 2: Pastu ada gambar2 masa sekolah. Gambar-gambar PLKN aku. Siap dengan filem lagi aku simpan. Maklumla, zaman dulu mana ada digital kamera. Kodak la yang jadi pilihan hati kami. Pastu bila boring, filem tu jugak la yang kami guna utk tengok matahari secara direct. Hehe.. Nostalgik 3: Seterusnya.. Ada surat. Surat perkenalan dari si dia masa aku form 5. Dia dok KL, aku dok selangor. Jumpa kat perkhemahan daerah. Zaman aku dulu henpon utk orang kaya je. So, kami contact berutus surat je. Waahh, romantik sungguh. Haha.. Tapi si dia dah berkahwin pun. Baru je beberapa bulan lepas. Nampaknya takde guna lagi aku simpan surat-surat tu. Sob sob, selamat tinggal, wahai isteri orang. Sekali-sekala, best jugak bila mengimbau balik kenangan lama ni. Tapi, tak semua orang suka kenangan yang lalu. Untuk mereka2 ini. Barang terbaik untuk anda adalah, "barang yang lama usah dikenang". Pesanan dari kumpulan Sepah. Kehkeh.. p/s: Aku takde idea camne nak endingkan entri ni. Layan je la ek. Ahaks..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|