|
Showing posts with label perbezaan lelaki dan perempuan. Show all posts
Showing posts with label perbezaan lelaki dan perempuan. Show all posts
Hoi Lelaki. Hentikanla Segala Pujian Plastik Korang Tu35 comments 01 December 2011
Note: Entri ini khas untuk lelaki
Perbezaan antara facebook lelaki dan perempuan Wakaka. Nampak tak gambar kat atas ni? Kemain lelaki ek. Kalau perempuan letak status sedih sket je, mula la beratus romeo datang LIKE dan komen. "Kenapa ni? Awak ok ke?" "Awak pergi la klinik, jaga kesihatan tu k" Haha. Obvious sangat kot komen plastik kat situ. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tu hot stuff. Lagi la banyak orang "caring" kat dia. Nyampoh..!! Puji Awek Seksi Aku selalu tergelak tengok fenomena ni. Kadang-kadang, sampai jelik pon ada. Perempuan tu dok tayang aurat dia. Yang engko pergi puji pasal apa? "Cantik la awak ni" "Waahh, comelnya awak pakai camni. Nice" Padahal, aku tengok awek tu biasa-biasa je. Seksi je lebih. Sedih. Lelaki sekarang ramai gelap hatinya. Seksi dengan cantik pon tak tau nak beza. Kasi hempuk kat kepala tu sekali, baru engko sedar kot. Adoiyaii..!! Apapun, nasihat aku untuk lelaki. Kalau nak puji tu biarla kena tempatnya. Tak payah nak bagi komen plastik sangat la kan. Kalau engko puji awek yang tak tutup aurat tu. Dia rasa seronok. Megah dapat pujian. Macam mana dia nak berubah jadi lebih baik? Nampak tak? Komen plastik korang sedikit sebanyak bagi impak pada perubahan awek tu. Jangan sebok nak kondem perempuan tak tutup aurat, kalau engko sendiri dok puji yang tak bertudung tu cantik. Orait?? Degilnya Lelaki Dan Perempuan Atas Perkara Ini12 comments 29 October 2011
Soalan aku untuk korang. Antara lelaki dan perempuan, siapa lagi degil?
Aku sendiri tiada jawapannya. Tapi, baik lelaki dan perempuan. Masing-masing ada degilnya yang tersendiri. Degil lelaki yang paling jelas adalah ISU ROKOK.. Mana yang perokok tegar tu, kita ceramahkan dia sampai telinga dia berdarah pun, habis ceramah rokok jugak yang dia cari. Letak pistol kat kepala. Pilih samada rokok atau mati. Aku rasa, rokok jugak yang dia pilih. Harga rokok naik? No hal la. Duit boleh pinjam kat kawan-kawan. Korang tampal poster sebesar mana pun pasal bahayanya rokok. Kat kotak rokok tu sendiri ada gambar bayi hitam, paru-paru berkerak. Ada diorang kesah?? Ini la degilnya lelaki. Bila dah ketagih rokok. Cakap la apa pon kat dia. Pasti DEGIL.. Degil perempuan, paling ketara dalam isu fesyen, tayang gambar.. Fotogediks, yang suka berposing depan kamera. Yang taksub dengan fesyen. Pastu upload kat blog, kat facebook untuk tatapan semua orang. Diorang ni korang nasihat la macam mana pun. Usah harap nak makan saman. Yang aku paling salute. Gambar dicuri, orang lain buat profile palsu. Dia boleh tak serik lagi tu. Walaupun marah-marah, identiti diciplak. Esok-esoknya upload lagi gambar bajet retis dia kat facebook. Perghh, memang terbaek level kedegilannya.!! Agaknya nak tunggu gambar diedit, dibogelkan, maruah dah tergadai, baru nak menyesal, nangis tak berlagu kot. Macam kes sorang kawan aku dulu. Gambar dia bertudung pun dicilok, pastu diedit untuk video seks kat youtube. Masa tu, baru terhegeh2 nak mintak aku ajarkan dia, camne nak delete facebook. Lelaki dan perempuan. Bila orang sekeliling korang bagi nasihat. Tolongla, sekurang-kurangnya dengar. Dan ambil inisiatif untuk berubah. Jangan masuk telinga kiri, sesaat lepas tu dah keluar kat telinga kanan. Best sangat ke jadi DEGIL, yang tak kena tempatnya? Jawab..Jawab..!!! Kenapa Perempuan Lebih Panjang Umur Berbanding Lelaki??14 comments 22 October 2011Fakta: Umur perempuan lebih panjang berbanding lelaki. Korang percaya tak dengan fakta di atas? Kalau tak percaya, sila percaya jugak. Baca sendiri keratan berita ni. TOKYO - Jepun mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas, kebanyakannya adalah wanita. Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan semalam menyatakan bahawa ia merupakan peningkatan sebanyak 3,307 orang berbanding setahun lalu. Sebanyak 87.1 peratus daripada mereka adalah wanita. - Berita lanjut di sini Walaupun tu statistik kat Jepun. Tapi, tak mustahil statistik tu boleh diguna pakai di serata dunia. Aku sendiri pon selalu perhatikan. Kebanyakan orang kita ni ramai yang dah tiada atuk. Tapi, nenek masih hidup kan? Opah aku sendiri pun dah umur hampir 100 tahun. Tapi masih sihat, pendengaran masih jelas. Atuk aku dah lama meninggal dunia. Sebab sakit tua. Kenapa perempuan lebih panjang umur? Menurut salah sorang student nursing, perempuan lebih panjang umur sebab ciri biologi istimewa dalam badan perempuan tu sendiri. Iaitu "haid". Darah kotor dibuang dari badan perempuan sebulan sekali. Segala kekotoran dalam darah pun dibuang sama. Sekaligus jadikan badan perempuan lebih sihat. OK, lelaki sekalian korang jangan jeles pulak yek. Korang pun boleh dapatkan badan yang sihat dengan jaga pemakanan. Selain tu, jangan lupa bersenam. - Pesanan kementerian kesihatan. =p Lawak: Perbezaan Ketara Antara Facebook Lelaki Dan Perempuan23 comments 16 October 2011
Perbezaan ketara antara facebook lelaki dan perempuan
Hehe.. Lelaki sekalian. Korang pergi check akaun facebook korang sekarang. Aku lepas tengok gambar ni kat internet, aku pun terus check facebook aku. Dan ini hasilnya.. Wakakaka.. Mythbuster. Memang terbukti betol. Hampesss..!!! p/s: Perempuan, kurang-kurangkan la aktiviti facebooking korang tu. Kehkeh..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|


