|
Showing posts with label obesiti. Show all posts
Showing posts with label obesiti. Show all posts
Statistik: 60% Rakyat Malaysia Gemuk. Budak-budak Tidak Terkecuali..5 comments 17 November 2010Menurut kosmo online, 60 peratus drpd 20 juta penduduk Malaysia adalah obesiti (gemuk). Aku dah lama tau pon statistik ni sebenarnya masa pergi talk kesihatan 4 tahun lepas. Dan penceramah tu cakap, punca orang kita gemuk sebab NASI. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.. Lebih menakutkan kegemukan ni serang semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Hmm, kalo budak2 yg gemuk biasanya aku akan salahkan mak bapak dia. Sebab tak observe pemakanan anak dia betul2.. Adik-beradik aku 10 orang, tapi takde sorang pon gemuk. Sebab mak aku tak terlalu manjakan anak-anak dia masa kitorang kecik. Berbanding dgn parents sekarang yg terlalu ikutkan kemahuan anak-anak.. Apa yg anak dia nak, gula2, air gas, jajan, coki2, McD, KFC, semua diorang belikan. Budak-budak memang la nak semua benda. Diorang bukan tau apa. Kita sebagai orang dewasa la yg kena pantau diet diorang.. Konon-konon sayang anak, sebab tu la belikan je apa yg diorang mintak. Padahal yg sebenarnya kita lupa. Bila anak gemuk, penyakit senang menyerang. Boleh mati awal.. Hope entri ni dapat bagi kesedaran kat pembaca. Ketahuilah, kegemukan boleh dicegah dari peringkat awal lagi, iaitu masa anak-anak kita masih kecil. Dan sebenarnya, kita boleh mencegahnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
|
