|
Showing posts with label global warming. Show all posts
Showing posts with label global warming. Show all posts
Earth Hour: Berapa Bijak Pengetahuan Anda Terhadap Tenaga Elektrik.29 comments 25 March 2011Woah, esok, 26 hb 3 akan berlangsung Earth Hour. Eh, ada yg tak tau Earth Hour tu apa? Ala, yang tutup lampu selama sejam tu. Bergelap seketika tu. Katanya, untuk mengurangkan penghasilan haba oleh lampu. So, kalau ramai-ramai support. Sedikit sebanyak kesan rumah hijau bumi boleh dikurangkan. Wahh, macam best je bunyinya kan. Korang camne, support tak? Aku tak pasti lagi. Pasal dulu aku pernah participate sekali. Tapi, bila rumah aku bila bergelap. Anak buah aku menangis teruk suruh pasang balik. Cancel. Hehe.. Tapi, ada sesuatu yang memusykilkan aku. Kat website Earth Hour tu hanya tumpukan tutup lampu semata-mata. Tiada pun ayat dia yang menyatakan "kalau boleh tutup peralatan elektrik yang lain" Kenapa nak kena tutup alat elektrik yang lain? Kita tutup lampu, dengan alasan support Earh Hour. Tapi aircond dan peti sejuk kita tak tutup. Makanya, itu bukanlah langkah yang bijak dalam menjayakan Earth Hour. Sebab, aircond dan peti ais menghasilkan tenaga haba jauh lebih tinggi berbanding lampu. Kalau niat kita betul-betul nak support Earth Hour. Lebih bijak sebenarnya kita tutup aircond, ataupun peti sejuk sekali. Kalau tak, Earth Hour tu hanya jadi festival acara tutup lampu semata-mata. So, dengan kata lainnya. Masa Earth Hour berlangsung. Kalau tak nak tutup lampu. Korang pun boleh tutup peti ais kat rumah tu. Dan langkah tu sebenarnya lebih menghijaukan bumi berkali ganda berbanding tutup lampu kat rumah. "Kalau tak tutup lampu, bukanlah Earth Hour namanya" Haha, kalau Earh Hour tu festival tutup lampu semata-mata. Nak bumi bergelap. Bukan tumpukan pada global warming. Ya, penyataan kat atas ni adalah 100% tepat. Kesimpulannya, nak support Earh Hour pun, kita kena bijak macam mana nak menjayakannya. Kalau tutup sebuah peti ais boleh jimatkan penghasilan tenaga haba yg sama macam 10 biji lampu kalimantang. Baik tutup peti ais je kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
|