|
Showing posts with label contest jejaka terhangat. Show all posts
Showing posts with label contest jejaka terhangat. Show all posts
Gathering Blogger Time Square + KL Gangster = Penat33 comments 12 June 2011
Gathering Blogger, Time Square..
Waahh, lenguhnya kaki. Sengal masih terasa. Mana taknya, siang tadi aku usha-usha gathering blogger kat Time Square. Tempat tu dah la besar. Wehh, aku pon join gathering la. Ada yang tak percaya pulak. Tapi, aku pergi sana jadi kawan Suffer8zine je la. Bukan datang sebagai blogger. Kehkeh.. Aku ingat, brader Ben Ashaari tak promote pasal gath ni. Tak ramai la yang datang. Fuhh, ternyata aku silap. Ramai woah kat sana. Dalam 50 orang join. Kesian aku tengok si penganjur, ke sana-sini uruskan gath ni supaya berjalan dengan lancar. Tahniah aku ucapkan atas berjayanya gath yang besar ni. Time diorang memecahkan ais (ice breaking), aku pun membelahkan diri ke Low Yat. Takpela, aku kan blogger picisan je. Takde orang nak kenal pon. Kehkeh.. - Para bloggers berkumpul di bowling - Pergh, smart la baju Suffer8zine. Limited Edition ni. Maap, kamera gua murah punya. Kaler dia habes. Ni je yang mampu.=p KL Gangster.. Pastu, dalam pukul 5 aku, SYAF, theSyafikmokthar, Suffer8zine pergi terjah KL Gangster. Storyline filem ni sangat simple. Budak-budak pun boleh faham. Tapi, kalau boleh jangan la kasi budak-budak tengok cerita ni. Banyak perkataan kesat. Lainla kalau nak ajar anak korang jadi taiko besar kat KL. Silakan la bawak dia tengok filem ni sampai 10 kali. Ahaks.. Adegan gaduh dalam filem ni aku puji. Skill diorang bertumbuk nampak real. Cuma ada part, tiba-tiba pergerakan diorang jadi slow. So, aku terfikir. Adakah part lawan yang laju, sebenarnya adalah fast forward? Errk..!!! Apapun, rating aku kasi untuk filem ni 3/5. Lain kali ending kalau boleh kasi clearkan semua ye Syamsul Yusof. Tak kan nak biarkan je adik perempuan Malek tu rosak sampai habis cerita kot. Aduiiyaii...!! p/s: Fuhh, hari ahad yang memenatkan.. PENGUMUMAN: Pemenang Contest Henpon Jejaka Terhangat..!!38 comments 15 February 2011Adehh, letih. Setelah 3 hari berturut-turut aku mengamati tiap2 penyertaan. Akhirnya aku dah jumpa pemenang bagi contest Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free.. Dan, dengan ini. Aku umumkan. Pemenang bagi contest ni adalah... Firdaus Kassim.. Yeay, tahniah diucapkan kepada beliau. Jom kita tengok entri Firdaus Kassim yang berjaya memenangi hati aku. Aku tertarik dengan 20 sebab dia bagi nak menang kontest ni. Haha, sebab2 yang mampu buat aku tergelak. Walaupon ada gak merapunya. Sebab-sebab yang dia bagi memang best.. Tahniah lagi skali aku ucapkan kepada Firdaus Kassim. Dan sebenarnya ada beberapa peserta yang berjaya tarik hati aku. Contohnya entri berikut: 1. Lukisan kreatif oleh sicomot-comel. 2. Lirik lagu contest oleh qalish.com. 3. Kisah henpon sedih oleh HadifaR_R. Kepada yang lain-lain, beribu2 lemon terima kasih aku ucapkan kerana sudi join contest ni. Semoga korang semua terus support blog picisan Jejaka Terhangat ni ye.. Firdaus Kassim. Sila bagi aku nama, alamat rumah dan no henpon secepat mungkin ke facebook aku http://www.facebook.com/jejakaterhangat atau emailkan kepada jejakahangat@yahoo.com. Tapi aku lagi prefer PM kat facebook. Owh, satu lagi. Contest dah tamat. So, jangan lupa removekan banner contest kat sidebar blog korang ek. Kalo tak nanti ada pulak blogger "HERO" yang marah aku macam "tupai terpijak ekor". Kahkah.. Pengumuman Contest dan Pendedahan Trafik Iframe Oleh Jejaka Terhangat.42 comments 11 February 2011
Pengumuman Pertama:
Penyertaan Bagi Contest Henpon Jejaka Terhangat Kini Ditutup. Wow, pening kepala aku. Banyak sangat rupanya penyertaan contest ni. Mula2 ingatkan dalam 10-20 org je nak join. Minggu ni dah minggu ke3 contest tu dibuat. Dan penyertaan pon dah jadi lemau. Betul la kata Darkbatman, contest tak boleh buat lama2. Nanti basi.. Lagipon kat contest tu awal2 aku dah bagi notification yang aku akan tutup contest ni bila2 masa aku nak. Ngehh. Dan dengan ini, aku tutup segala penyertaan bagi contest "Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!" Senarai senarai penuh penyertaan korang boleh semak kat sini: Tolong check, dan bagitau kalau2 blog korang termiss atau tersalah link yek. Oleh sebab penyertaan banyak sangat. Aku akan amik masa dalam 3-7 hari utk analisis satu2 penyertaan sebelum aku umumkan keputusannya. Harap bersabar yek.. Abis pengumuman pertama. NEXT..!!! ------------------------------------------------------------ Pengumuman Kedua: (Aku nak bebel panjang. Teruskan baca) Backlink Jejaka Terhangat pon nak tutup gak. Sebelum ni aku ada buat backlink trafik kat entri "trafik Jejaka Terhangat" Ada orang kata backlink iframe camni curi trafik. TETT..!! Aku betulkan kat sini. Curi bermaksud korang amik semua trafik dia, tanpa tinggalkan untuk tuan rumah. Tapi konsep kat sini, trafik tuan rumah dikongsikan dan diagihkan kepada blog2 lain secara sistematik, tanpa tuan rumah hilang trafik dia. Itu bukan la curi namanya. Tapi manipulasi trafik yg sedia ada.. Korang bleh pahamkan konsep trafik iframe tu kat entri cikgu DaHLia kat sini: Hope korang pahamkan betol2 sebelum terus buat tuduhan melulu. Aku pon bukan amik masa sehari dua nak pahamkan konsep iframe. So, sila study dlu yek sebelum buat apa2 andaian yek.. Sebenarnya, aku maleh nak buat entri pasal ni. Sebab mrDaha dah pon terangkan semuanya pasal backlink iframe kat sini. Owh, memang betul ada yg kata. Iframe boleh beratkan blog. Aku tak dinafikan. Sebab tu dalam backlink yg aku guna. Aku bagi syarat, blog yg load kurang 10 saat je yang boleh sertai. Ini supaya blog lain tak terjejas sama jadi slow masa penindihan page blog berlaku. Nak pilih blog pulak aku ping blog diorang kat PingdomTools. Satu2 blog aku buat. Dan kalo tak puas ati, aku terjah sendiri blog diorang utk tengok sendiri samada blog diorang laju atau slow. Blog mana yg aku pastikan memang slow, terus aku cancelkan daripada senarai penyertaan. Seriously SANGAT LECEH.. Dan blog mana yg aku cancel (strikethrough), diorang boleh check sendiri sebab apa blog diorang slow. Blog mana yg tersenarai pulak aku akan bagi trafik secara sistematik. Tanpa beratkan blog diorang. Wahh, kat sini aku memang perlu "working like hell". Lagi sekali aku bgtau, Seriously SANGAT LECEH.. Ops, sebelum terlupa. Aku dapat information daripada komentar blog ni. Dia habaq yg nuffnang pon dah alert dengan trafik melalui iframe ni.. Iframe traffic is AGAINST NUFFNANG POLICY and mana2 blog yg generate traffic via iframe akan diblacklisted once Nuffnang discover. Korang la punya pasal ni kecoh2. Kan nuffnang dah tau. Haha. (OK, joking..) Kepada sesiapa yg memekak "woii, duit haram la amik trafik tanpa kebenaran orang lain". Nasihat aku kepada orang camni. Tolong tengok blog sendiri dlu ek. Kalau korang guna cara "lucah", letak gambar artis tayang body utk dapatkan hits. Toksah la nak banyak bunyi. Aurat orang lain korang tayangkan haram jugak hukumnye. Ngerti? Pasal HEARTBEAT support Valentine aku malas nak habaq 2 kali.. Dengan ini aku sarankan. Mana2 code ada iframe yg suspicious tu korang buang la sekarang. Sebelum kantoi dengan nuffnang.. Erkk, bloglarian bukan guna iframe ke? Terpaksa ditutup la nampaknye pasni. Ye dak? Seperti yang aku kata. Pemahaman iframe ni membolehkan korang manipulasi trafik. So, aku pernah buat eksperimen SEKALI kat Gengblogger. Dan hasilnya.. KORANG BOLEH STICK KAT POST POPULAR HARI INI DENGAN SENANG.. Cam hampes. Patut la aku tengok asyik orang same je stick kat post paling popular. Sebelum ni berhempas pulas aku nak stickkan post aku kat situ. Aku mula tanya kat diri sendiri, "Adakah diorang yang kat Popular Hari Ini GB tu semuanya manipulasi trafik guna iframe"? Caranya senang je. Korang publish entri korang lepas pukul 12 malam. Pastu cepat2 ping entri tu kat Gengblogger. Pastu gantikan code iframe kat blog korang dengan link gengblogger. Camni: Pastu korang buat blogwalking sket. POOFFF, magically entri korang kat Popular Hari Ini GB. Blog mana yg selalu ada visitor lagi senang. Tak payah buat blogwalking dah boleh stick. Opps, aku tak cakap sape2 pon. Penyataan ni adalah general.. Orait, sekarang sume dah tau. Aku tau malam ni korang sume nak try kan? Nampaknya Gengblogger pon kena tutup gak la lepas ni. Haha.. (OK, Joking once again.).. Kepada blogger "HERO" kat luar sana yang kata iframe tu curi trafik. Aku nasihatkan lagi skali. Study dulu konsep iframe betol2. Shoutmix, cbox, Who'is among us, Hitstat, semuanya dapat trafik drpd blog korang. Nuffnang sendiri pon dapat trafik drpd blog korang walaupon dia tak bagi BE (tp dia guna javascript). Ada ke diorang bagitau? Takda kan? Just kena pandai2 tau sendiri. Takkan semua pasal blogging ni nak disuap. Adehh.. Supaya orang lain tak salah sangka pasal iframe, ni aku tekankan. Iframe bukan utk dapatkan trafik semata2. Tapi ia jugak rangka utk satu2 blog or website. Kemahiran iframe membolehkan korang construct satu2 website or blog dengan lebih mantop.. Err, rasanya dah terlebar pulak aku bebel ni. Kepada sesiapa yg tegur aku, Terima kasih aku ucapkan. Ada yg kata aku otai sampai tak berani nak tegur. Adoi, aku bukan blogger otai ok. Tengok la blog aku pon baru beberapa bulan. Masih banyak yg perlu belajar pasal blog. Korang semua lagi otai kot. Ngehh.. Aku lagi suka orang tegur daripada orang yang "Kaki Kipas". Sekali lagi, thanks semua. =) Senarai Penuh Nama Peserta Contest Jejaka Terhangat (update: 11/2/2011)52 comments 05 February 2011Wahh, tak sangka. Setakat ni agak memberangsangkan penyertaan utk contest ni. Thanks kepada semua yang join. Yang masih blom join, korang pon masih boleh cepat2 join.. Walaubagaimanapun, aku nak ingatkan kat peserta. Pastikan korang ikut betol-betol cara2 nak join contest ni kalau nak menang. Sebab aku perhatikan banyak kesilapan kecik yg peserta buat.. Contohnya, banner contest entri dan sidebar tak diletakkan dengan betol. Tak TAG dengan betol (tag yang betol mestilah ada nama bloggers dah disertakan dgn link blog diorang sekali). Pastu link kepada blog jadi link kepada entri pulak. Tolong betolkan kalau nak menang yek..=) Senarai Nama Peserta Contest (update: 11/2/2011): 1. GreenAppleKu 2. sicomot-comel 3. salma 4. mr.k_boy 5. KiD 6. Nana 7. Sembang2 wif Yuyue 8. pieyaris 9. eb ezrin2 10. PriNceghOstz 11. Elhidayah Elias 12. Cute MuM 13. Fadzillah Kamarudin 14. NOOR FATIN 15. ɛмα-яαнмαн 16. Cik Eliza 17. Cik Aish 18. Izzaty Hedry 19. MIRUL 20. farasakura 21. cAQluF 22. lovelyfana 23. Miss Ran 24. ESYA 25. Ms and Mr Red Ribbon 26. Nurul Aniza 27. micky eyqa 28. P.i.n.K.y MoMMa 29. iLa VaNiLLa 30. tomatokering 31. syazwina 32. Noor Liana Johari 33. DiriKu 34. fatin nabilah 35. Woofer Storm 36. saibah 37. afie 38. diana 39. ADfeez 40. sueRAFE 41. Elahh Booncet 42. a big girl 43. cik lemon 44. Putri Malu 45. Ayuni Liyana 46. syuwai 47. shigellazoster 48. amir 49. yaya budak suka embun 50. saraeisyabalqis 51. Miezah 52. ezzatyharith 53. mirahashime 54. miSssabrinaa 55. Intan suhaila 56. Miera 57. nisanabilah 58. HadifaR_R 59. mizzasma 60. Muazz Adley 61. cik ETTY 62. Siti Wardah 63. nur hannani 64. Fariq 65. Siti Nurazlinda 66. Ioveyou Imissyou 67. aKu,diA dAN kAmu 68. PUTERA2PUTERI 69. Ezatty 70. wie 71. Dila Rashid 72. MaTNaggeR 73. Nadhirah-chan 74. noraznida 75. Pembawa_Wacana 76. LyanaSyaZam 77. kiwi 78. rusyda xoxo 79. Sharifah nor 80. WaNniE 81. Muazz Adley 82. Mia.lurve 83. cempakakuning 84. adamoyu 85. Haziq Yaacob 86. Cempakamelati 87. kiz 88. ifwat 89. sasa asya 90. echa 91. Naz 92. kakyong 93. Mrs.Eady 94. abdul rasyid 95. Kei Seichi 96. fadwa 97. ch!natsu 98. Hairi Hamid 99. RuBiE ZaiNuDdin 100. Mrs. Asida 101. ilya 102. Azziera a.k.a Ziera 103. nadratul 104. mAsLiAnA 105. deefaLya 106. chikova 107. zati embong 108. sumpit 109. eT 110. Aku Sofinah.L 111. kakngah 112. r-5 113. azura wif lurvee 114. Fara 115. arep_lockermonth 116. mOoN 117. Zur@ZaRi 118. Deela Ashrawi 119. Ms sunsWeetz 120. H.A.N.I.S 121. Farah 122. sumpit 123. Firdaus Kasim 124. Aziziah Khalid 125. Syed & Yuss 126. Miss Liyana 127. kina 128. Orang Kampung 129. Ina Hashim 130. oYa 131. Nu'nu Safia 132. (One) SiTi* 133. MISS LANZA 134. Mas Aziana Othman 135. BAJITOS 136. ツ Fatin 137. rafolian 138. far_east 139. waalllaa 140. $YAzana raszilan 141. Sweety Lolipop 142. Syaza 143. Osmera 144. EirA 145. alice 146. Cik Azizah 147. name saye miza 148. LittLeMyRsHMaLLoW 149. cik niza 150. ekinashikin 151. nelly 152. Sabihah 153. dylla bakri 154. cik hana Check la link blog korang ye. Kalau ada yg aku terlepas pandang or salah link. Tolong habaq mai kat che. Segera akan diperbetulkan. Hehe.. PENYERTAAN CONTEST TELAH DITUTUP. MANA2 PENYERTAAN SELEPAS INI TIDAK DILAYAN. TERIMA KASIH.. [Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!204 comments 02 February 2011
Woah.!! Buat pertama kalinya aku buat contest. Hadiah yang aku nak bagi ni pon bukan cikai-cikai. Hadiah berupa sebuah henpon e-Touch 212 Pro. Harganya RM150 sebijik. Amacam, berminat nak dapat free? Join contest ni dulu. Ahaks..
Meh tengok syarat2 contest: a) Anda mestilah ada blog.. b) Anda mestilah merupakan follower blog Jejaka Terhangat ni. c) Anda mestilah berada di Malaysia.. d) Satu blog boleh sertai sekali jer.. Orait, dah lepas syarat kelayakan contest? Bagus. Meh tengok apa pulak yg perlu korang buat.. Cara sertai kontest ni: 1. Buat satu entri yang bertajuk: "[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free..!!!" 2. Kat entri tu, letakkan banner contest (besar) di atas dan linkkan ke entri ni.. 3. Bagi sebab kenapa korang nak menang contest ni. Dalam sebab tersebut MESTI diletakkan nama Jejaka Terhangat dan di link kan ke blog ni.. 4. Copy code banner (kecik) berikut dan pastekan kat sidebar blog korang.. 5. TAG 6 orang blogger yang aktif (pastikan diorang tau ditag).. 6. Lastly, letakkan link entri korang kat komen bawah ni.. Dah, tu je. Senang kan? Budak tadika pon reti buat. Ngehh.. Pemenang akan dipilih berdasarkan peserta yang bagi sebab yang paling BEST.. PENYERTAAN KINI DITUTUP..!!! *code banner sidebar menggunakan iframe. Anda boleh removekan banner setelah contest tamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
|


