|
Showing posts with label churp-churp. Show all posts
Showing posts with label churp-churp. Show all posts
Churp-Churp VS Says.my: Mana Lagi Best Nak Buat Duit??13 comments 20 October 2011Aku rasa ramai yang dah tau apa itu Churp-churp dan Says.my kan? Kedua-dua ni adalah platform pay per click. Di mana korang akan dibayar mengikut kadar yang company tu tetapkan. Biasanya, Churp-churp dengan Says tawarkan 20 sen setiap link campaign yang telah diklik. Bloggers pun boleh ambil peluang daripada kedua-dua platform ni untuk jana pasif income. Selain bersumberkan nuffnang atau innity. Apa perbezaan antara dua company ni. Mana satu yang lebih bagus? Kedua-duanya pun ada pros dan cons yang tersendiri. Perbezaan 1: Says.my: Ada limit untuk setiap campaign sharer. Biasanya RM10 seorang. Churp-churp: Tiada limit untuk individu. Boleh kumpul klik sebanyak mungkin. Perbezaan 2: Says.my: Upadate jumlah klik yang telah kita kumpul sekurang2nya sejam sekali. Churp-churp: Tak tentu bila dia update. Sabor je la. Perbezaan 3: Says.my: Bank in terus dalam akaun. 2 minggu proses cash out selesai. Churp-churp: Wang terkumpul dihantar secara pos dalam bentuk cek. Ambil masa hanpir 2 bulan untuk proses cash out selesai sepenuhnya. Walaupun churp-churp tiada limit untuk setiap individu. Tapi, berdasarkan pemerhatian aku. Susah untuk dapatkan jumlah klik churp-churp. Mungkin sebab orang yang klik link campaign kita tu perlu pastikan iklan tu kena habis load betul-betul dulu, baru klik dikira. Berbeza dengan Says, jumlah klik lebih mudah masuk. So, secara pandangan peribadi aku. Says.my lebih best untuk jana duit sampingan berbanding Churp-churp. Bagi sesiapa yang belum register Says, sila tekan [ sini ]. Pendaftaran adalah PERCUMA..!! Sangat mudah. Hanya log in dengan akaun facebook. Dan proses register pun selesai. Pastu boleh la start jadi campaign sharer dan kumpul pasif income. Good Luck..=) Mari Buat Identiti Palsu Untuk Promosikan Churp-Churp.24 comments 09 April 2011Woah, sekarang aku perhatikan ramai yang dah jadi churper. Mana taknya, churp-churp antara platform yang paling senang nak cari duit melalui online. Lagipun, churp-churp bukan hanya utk bloggers je. Tapi, yang bukan bloggers pun boleh join sama. Tapi, of course la advantage lebih pada bloggers, sebab kita boleh promosikan churp2 ads kat blog masing-masing selain kat facebook atau twitter. Yang ni aku tak tau la siapa punya kerja. Lelaki atau perempuan. Sanggup create akaun facebook dan twitter palsu. Dengan gunakan profile gadis-gadis gebu dan seksi semata-mata untuk tarik orang klik link churp-churp dia. Alahai, so low class person. Semakin hari, semakin banyak pulak tu fake profile yang dibuat. Bajet dengan letakkan gambar aweks seksi, dan send short link churp-churp kat facebook tu aku akan klik la tu. Usah harap. Ahaks. Kalau ada di antara kita yang buat camtu. Diharap hentikanla aktiviti tu yek. Banyak lagi cara yang bermoral kita boleh gunakan untuk promosikan link churp2. Aku tau, tak hensem tak cantik, tak ramai nak klik. Tapi, usaha dan rezeki yang kita dapat lebih barakah sekiranya kita promosikan secara jujur. Bukankah dapat keredhaan daripada-Nya, itu lebih penting??
Subscribe to:
Posts (Atom)
|

