|
Showing posts with label cara tulis entri. Show all posts
Showing posts with label cara tulis entri. Show all posts
Gaya Penulisan Sebagai Identiti Blog27 comments 07 May 2011Sebelum ni aku pernah buat entri "cipta identiti blog". Dalam entri tu aku kata, gaya penulisan turut bantu kita lebih dikenali. Nak tak nak, korang kena setuju.=p Gaya penulisan aku takde la bagus mana. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Blog ni pon masih kategori picisan, dan sentiasa akan ditahap picisan sampai bila-bila. Tapi, kalau nak berbanding dulu. Entri aku jauh lebih serabut. Tiada skill langsung dalam menulis. Korang kena baca 5-6 kali baru boleh faham kot. Kehkeh.. Aku banyak belajar teknik menulis blog berdasarkan pemerhatian. Aku selalu perhatikan gaya penulisan blogger2 hebat, seperti Darkbatman dan Hami Asyraf. Korang tak kenal Hami Asyraf? Memang silap besar la. Ok, aku mengaku. Aku stalk blog dia sejak awal-awal berblog. Best woah blog dia. Superb..!!! Blog jenis macam ni la yang aku rekemenkan korang untuk follow. Banyak faedahnya. Ilmu pun free-free je boleh dapat. Baru-baru ni pulak, aku kenal dua lagi blogger yang penulisan diorang boleh dikatakan superb. Tajuk entri pun menarik belaka. Rasanya korang semua pun kenal dengan Solihin Zubir kan? Satu lagi adalah, The Crow Empire. Stail penulisan dia lagi mantop. Korang try baca entri dia. Aku yakin, korang mesti terasa kelainannya. Walaupun kadang-kadang entri dia merapu, tapi seronok baca. Jumlah follower blog dia biasa-biasa je. Inilah buktinya, bilangan follower tak menunjukkan betapa bagusnya sesuatu blog tu. Bahkan, dengan konsep blog "i follow u, u follow me back", jumlah follower sekarang hanyalah sekadar angka. Aku bukanlah nak bodek, ataupun kipas blogger-blogger yang aku sebut kat atas tu. Tapi, aku nak korang terjah blog2 diorang. Dan nilai sendiri stail penulisan diorang. Dan cuba aplikasikan kat blog sendiri. Bukan aku suruh tiru, tapi mana yang baik apa salahnya kita serap masuk dalam blog kita kan? Kita berblog mesti la nak jadi lebih baik dari semasa ke semasa. So, ambillah blog yang baik untuk dijadikan panduan. Janganlah duduk di takuk yang sama lagi. Majulah penulisan yang menarik untuk blog kita. Gud Luck..=) Perlu Ke Publish Sampai 3-4 Entri Sehari?41 comments 30 April 2011
Biasanya sehari berapa banyak entri yang engko publish? Wahh, sampai 10 entri sehari? Giler gempak. Processor apa engko pakai? Banyak bebenor idea nak update.
Owh, engko copy paste artikel je. Pastu, cerita kat blog pagi, tengah hari, malam apa yang ko makan ek? Padanla. Kalau macam tu la, entri engko beriban sehari pon aku tak tegezut. Meh sini la ceq nak tanya engko. Apa yang engko harapkan daripada entri engko sebenarnya? Aku yakin 100 percent, takde kurang takde lebih. Engko mestila nakkan pembaca kan? Aku tanya, aku jawab. Dah tu, kalo nak pembaca. Yang engko main copy paste je berita kosmo, metroseksual tu pasai apa? Kalo orang baca sekalipun, apa yang ko dapat? Ye, yang engko dapat hanyalah pengunjung seketika blog engko. Diorang datang, baca dan blah. Itu ke yang engko nak kan? Takkan.. So, sebenarnya kat sini. Entri engko banyak sekalipun dalam sehari tak guna. Kalau ianya langsung tak mendatangkan "impak" kat hati pembaca. Lolz, bukan impak maksima filem tu. Tapi, perasaan "WOW". Biarlah diorang tinggalkan blog engko dengan perasaan kagum. Mungkin kagum terhadap gaya penulisan engko. Ataupun buah fikiran, idealism engko yang lain daripada lain. Ini setakat copy paste artikel. Pastu engko langsung tak bagi pendapat personal kat situ. Mana la orang nak impress dengan blog engko. Hah, engko dengar cakap otai? Dia suruh publish 3-4 entri sehari? Owh, pasal tu ko publish sampai 10 entri sehari ek. Ish2, tipu je tips tu. Engko jangan percaya. Engko pikir sendiri la. Kalau publish banyak entri dalam sehari. Engko boleh ke kejar kualiti blog yang tinggi? Agak mustahil kan? Iye, kualiti entri adalah nadi bagi blog engko. Bukannya header "bertabarruj" dengan mekap 3 inci tu. Tapi penyampaian engko dalam content entri. Itu yang engko perlu kuatkan sebagai seorang blogger. Ye, aku tau. Header cantik2, kasi posing maut sket lagi banyak follower. Tapi aku tanya engko la. Engko puas hati ke kalau orang follow engko sebab kebolehan engko mencapap, tayang muka dalam dunia blog? Orang sanjung wajah, bukannya isi entri engko. Engko puas hati ke macam tu? Kalau engko puas macam tu takpe, teruskan. Aku tulis semua ni untuk mereka yang ada "critical minded" je. Yang "low minded" tu, teruskanlah agung2kan blogger sebab rupa paras diorang tu. Teruskan jadi kaki kipas, kaki bodek dan sebagainya. Aku suka tengok gelagat blogger2 kipas ni. Boleh jugak jadi hiburan aku. Kehkeh.. Uiks, macam dah lari tajuk. So, back on track dan terus ke conclusion. Tak perlu korang paksa diri untuk tulis banyak entri sehari. Tapi kualiti entri korang tak ke mana. Perkuatkan entri, secara tak langsung. Blog korang akan lebih berkualiti. End of bebelan Jejaka Terhangat.. Tips Blogging: Tips Menulis BloG Oleh Jejaka Terhangat..37 comments 17 October 2010
Setiap blog ada cara penulisan dia tersendiri. Cara aku tulis entri lain. Cara korang lain. So, utk entri ni aku just nak share kat sume cara bloG Jejaka Terhangat ni ditulis..
1. Gunakan ayat sempoi. Aku tulis entri guna ayat yg tak terlalu formal, jugak tak terlalu poyo. Tapi kadang2 poyo gak. Hehe.. 2. Jangan guna bahasa SMS. Buat apa kita tulis bloG kalau pembaca tak paham kan. Jangan tulis short form syok sendiri. Haish, sakit jiwa raga aku nak pahamkan bahasa SMS ni.. 3. Say No to ayat terlalu panjang. Aku tak nak tulis terlalu panjang dalam satu ayat.. Kalo panjang2 sangat nanti reader lost fokus masa baca. Cuba habiskan ayat sependek yg boleh, dan reader boleh faham.. 4. Gunakan point dalam entri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
|
